"Hai cikgu! Hehehe.." Thompson terpacul di depan pintu. Tangan kanannya membawa satu plastik hitam berisi buah belimbing untuk cikgu kesayangan.
"Thompson?" Mulut Elliot terlopong melihat sosok di depannya. Tanpa angin tanpa ribut kedatangan Thompson bertepatan dengan waktu memerlukan.
"Hiks.. Hiks.." Elliot meluru memeluk Thompson. Esak tangisnya merembes dari kelopak mata yang membengkak setelah semalaman meringis. Thompson yakin itu bukan tangisan kerinduan. Pasti ada beban berat yang membelengu cikgunya.
Elliot duduk di ruang tamu sambil menatap datar skrin televisyen. Thompson keluar dari dapur sambil membawa hirisan buah belimbing dan sambal belacan. Kaum perempuan kalau masa membawang memang lengkap berkudapan bagai.
"Cikgu.. Makan ni cikgu.. Mak baru kutip di kebun kelmarin" Perlawa Thompson. Elliot melihat sekilas ke arah pinggan sajian kemudian tersenyum ke arah Thompson. Senyum yang jelas dipaksakan. Suasana kembali hening. Thompson terlihat fokus menonton rancangan Animal Planet manakala Elliot mengetik layar telefon pintarnya.
"Cikgu?" Tanya Thompson. Dia menatap Elliot yang terlihat sayu menatap skrin telefon pintar. Mata Thompson mula memerah menakung air mata melihat kondisi cikgunya yang berantakan kala ini. Telefon pintar kini bertukar tangan. Thompson yang kebingungan hanya menyambut telefon yang dihulur. Di skrin terpapar sebuah video yang mengelitik naluri ingin tahu wanita Thompson.
Mulut Thompson terlopong saat menonton video lucah tersebut. Lebih parah lagi video yang melibatkan kekasih kepada cikgu kesayangannya. Elliot makin terpuruk diulit emosi. Thompson merangkul erat Elliot. Semoga saja esak tangis mereka yang bersamaan dapat meredakan remuk redam hati Elliot.
*
*
*
Cuti akhir semester yang berbaki 5 hari lagi terpaksa dipendekkan. Thompson memutuskan untuk pulang awal ke kolej latihannya. Alasan kepada ibunya adalah untuk menyiapkan tugas amali yang perlu disiapkan di bengkel kolej. Apatah lagi nanti ketika musim cuti berakhir bersamaan dengan berakhirnya cuti sekolah kebangsaan akan menyebabkan tiket bas laris terjual. Thompson tidak sanggup dan tidak pandai menaiki kapal terbang yang semestinya lebih mahal.
Perjalanan berjam-jam terasa bertahun lamanya. Kali ini semangat Thompson kembali ke kolej berbaur kesedihan dan tekad membara. Sesampainya di terminal bas, Thompson melilau mencari insan yang sangat ingin ditemuinya. Setelah hampir setengah jam menunggu, telefon pintar Thompson akhirnya berdering.
"Hello? Dini dek?" Tanya Thompson.
"Hello? Kamu dimana?" (Terjemahan)
"..."
"Oh okay.. Ku nganti ba kedai makai aok? Lapar ku.."
"Oh okay.. Saya tunggu di kedai makan okay? Saya lapar.." (Terjemahan)
Setelah memesan makanan Thompson duduk di pojok restoren makanan segera berhawa dingin tersebut. Tidak ramai pengunjung pada hari tersebut. Mungkin kerana hari di luar yang hujan renyai-renyai sedari petang tadi.
" Hai Thom.. Lama dah datai? Sorry laun.. Hehehe.." Jacob datang menghampiri Thompson yang keenakan menyantap hidangan makan malam. Beberapa pengunjung wanita yang menunggu makanan di kaunter pesanan sempat melirik Jacob dan berbisik sesama mereka.
"Hai Thom.. Lama dah sampai? Sorry lambat.. Hehehe.." (Terjemahan).
"Enda gak entu lama.. Enda makai dek?" Thompson menatap Jacob yang langsung duduk di hadapannya tanpa memesan makanan.
YOU ARE READING
SELAMAT PAGI CIKGU (COMPLETED)
RomanceBersedia untuk patah hati berkali-kali? Silakan membaca😇