1

318 36 34
                                    

A/N: Chap first ni banyak pasal yunji je dulu tau, watak2 lain belum keluar lagi okay? Ha nah baca lah hehe

.
.
.

"

Huh", yunji mengeluh sedikit setelah selesai mengemop lantai di restoran itu.

"Yunji! Nanti tolong lap meja tau!", laung salah seorang pekerja di situ dan yunji hanya mengikut arahan.

Setelah selesai semua kerja, yunji mengemas barang2nya dan pergi ke owner restoran itu, "Bos, waktu kerja saya dah tamat. Saya balik dulu ya", dengan sopan yunji memberitahu kepada bosnya.

"Baiklah ini upah kamu untuk harini, esok saya nak kamu buat overtime boleh? Pasal bayaran kamu jangan risau, saya akan naikkan. Macam mana?"

"Okay bos, saya kerja lebih esok", siapa je taknak duit kan? Tambah2 lagi orang seperti yunji semestinya memerlukan duit untuk hidup.

Yunji pula seorang yang boleh dipercayai. Semua owner tempat kerja yang dia pernah bekerja, percayakan dirinya.

Gajinya sehari di restoran itu tidaklah banyak, cuma 14,087won(RM50) sahaja. Cukup2 makan je.

(a/n: Harga tu memang betul tau hehe aku search google tau ha)

Setelah mengambil upah, yunji berjalan pulang ke rumah. Tak jauh mana pun rumah dia dengan restoran tu, cuma mengambil masa sebanyak 15 minit jika berjalan kaki.

Sebaik sahaja sampai di rumah, yunji terus masuk ke dalam rumah dan menyapa ommanya yang sibuk memasak di dapur.

"Omma? Omma masak apa tu?"

"Alah takde apa sangat pun, samgyetang je"

"Alah takde apa sangat pun, samgyetang je"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana omma dapat barang?"

"Tadi ada lah omma kutip2 tin dekat bawah tu, lepastu omma jual lah. Dapat duit tu omma beli lah barang2 ni, nak masak untuk kamu. Kamu kata dah lama tak makan macam ni kan", ommanya tersenyum

"Omma, kan yunji dah cakap jangan buat kerja2 tu. Biar yunji sorang je yang kerja, lagipun yunji tak nak susahkan omma", yunji memang tak suka kalau omma dia buat kerja2 macam tu.

Bukan dia malu kalau omma dia kerja macam tu, cuma dia tak nak omma dia rasa penat

"Dah lah tu, kamu pergi mandi ye nak. Kejap lagi kita makan sama2. Malam nanti kamu nak pergi kerja lagi kan?"

"Baik omma, yunji mandi dulu ya", yunji terus masuk ke dalam biliknya untuk mandi

Beginilah kehidupan yunji, pagi hingga tengahari dia akan bekerja di restoran. Malam pula dia akan bekerja di 7e

7.30 malam

Yunji's pov

Aku keluar daripada rumah dan berjalan menuju ke tempat kerja aku iaitu di 7e. Lepas 20 minit aku berjalan, sampai sudahhh.

Aku masuk ke dalam dan letakkan barang2 aku di bawah counter dan aku membuat kerja aku seperti biasa, mengemop, mengemas dan menunggu orang datang.

Shift aku dekat sini tak lama mana pun, dari pukul 8 malam sampai 3 pagi. 7 jam je, aku dah biasa dah.

Mesti korang tertanya tanyakan? Aku ni takde kawan ke? Memang aku hidup susah dari azali ke? Ha meh aku nak cerita sementara belum ada orang datang.

Aku dulu sebenarnya seorang yang happy go lucky dan agak masuk air. Dulu aku ramai kawan sebab character aku yang sangat disenangi oleh orang ramai.

Aku dulu hidup senang dan serba mewah, apa aku nak semua dapat. Orang kata hujung jari je lah nak dapat apa yang aku nak. Boyfriend pun senang2 je lah aku boleh dapat, petik je jari berpusu pusu orang nak dekat aku hoho tapi aku bukan jenis macam tu okay.

Aku tak pernah ada boyfriend pun. Sadis kan? Hahahaha kesah lak aku, manusia yang pernah try aku semuanya sebab duit. Gi mati ah diorang tu.

Tapi sekarang, hm semua tu dah tak ada dah. Baik kawan mahupun hidup mewah semua tu dah lama tak ada dalam hidup aku. Umur aku sekarang dah 21 tahun, bermakna dah 5 tahun aku hidup macam ni.

Appa aku bankrupt dan kami semua dihalau dari rumah agam kami. Appa dah tak mampu nak bayar duit rumah tu. Appa aku kena tipu dengan orang sampai syarikat dia jatuh merudum. Appa mula cari kerja yang sesuai dengan keadaan dia masa tu seperti jadi delivery man, cuci pinggan, cuci tandas awam dan macam2 lagi appa buat untuk tampung kami bertiga.

Kawan2 aku? Huh, semua hilang semua lenyap. Diorang tak tahu masa diorang susah dulu siapa yang tolong diorang. Semua kawan dengan aku sebab duit. Bila aku macam ni baru aku tahu mana yang betul2 ikhlas dengan aku, sorang je. Kim Yunhee.

Tapi yunhee sekarang takde dekat sini, dia tinggal luar negara sebab ikut family dia yang dah dipindahkan ke sana. Dia je satu satunya kawan yang aku ada. Tapi aku dah lama tak contact dia sebab fon dia hilang. Cuma surat dari dia yang aku tunggu. Hm macam long distance relay lah ha gituuu.

Berapa bulan lepas kami mula hidup susah, appa jatuh sakit sebab terlalu banyak kerja yang dia buat untuk kami. Aku dan omma cuba cari duit sama sama untuk beli ubat appa, tapi setakat ubat dekat farmasi tak dapat bantu untuk sembuhkan appa.

Aku dengan omma hanya redha dengan ketentuan yang telah ditakdirkan untuk kami sekeluarga. 2 bulan appa menanggung sakit dan appa hembuskan nafas terakhir dia depan mata kami, aku sayang appa.

Appa satu satunya lelaki yang aku cinta dan appa ialah hero aku. Dia jaga aku baik sangat, dia tak bagi mana mana lelaki pun sentuh aku and dia didik aku betul2. Aku bukan tak pernah kena pukul dengan appa, pernah. Tapi bila aku buat hal, lepastu appa akan pujuk aku and dia peluk aku.

Aku rindu sangat dekat appa, dah hampir 5 tahun appa tinggalkan aku dan omma. Appa seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab, kalau dulu dia tak pernah bagi aku kerja sampai aku kena kerja diam2 untuk bantu dia.

Lagi satu, appa bukan lah seorang yang kaki mabuk dan appa bukan seorang yang selesaikan masalah dia dengan minum arak. Tapi appa suka selesaikan suatu masalah itu dengan baik. Kalau appa nak hilangkan stress pun appa akan buat dengan meluangkan masa dengan aku dan omma. Dia pernah kata,

"Daripada appa minum benda kejadah tu untuk hilangkan stress, baik appa luangkan masa appa dengan kamu dan omma. Sejuk sikit hati appa tengok 2bidadari depan mata appa ni"

Hm appa, bogishipeo :(

Tanpa sedar air mata aku mengalir bila teringat dekat appa. Aku lap air mata aku dan aku tampar sikit pipi aku, nasib baik takde orang lagi kalau tak mesti orang tu ingat aku gila tetiba nak nangis hahaha lantak diorang lah nak pikir apa pun
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TBC

Maap, chap ni sendu sikit lah hoho enjoy awak awak semua, muah! ˘ ³˘

#sayarindux1hm

[✓] Votement

[C] Devil || KimYoHanWhere stories live. Discover now