Yunji's pov
Harini aku kena pergi hospital untuk buat check-up, haih orang lain datang semua dengan suami. Aku? Seorang diri hm aku usap perut aku yang masih kempis dan tersenyum. Sekarang tak nampak lagi baby bump, 3-4 bulan nanti nampak lah kot.
Aku masih tunggu giliran aku, sakit pinggang tahu tak duduk lama2. Aku bosan hm yunhee tak teman aku sebab dia cakap dia ada hal so dia suruh aku pergi sorang nanti balik dia ambik itupun dia kata kalau masa tu dia tak busy, kalau tak memang kena naik teksi ah citer dia.
Waktu macam ni, tiba2 aku teringat dekat mendiang omma dan appa aku. Kalau diorang masih ada mesti diorang happy sebab diorang nak dapat cucu, omma dan appa yohan pun mesti happy kalau tahu pasal ni. Tapi dalam keadaan kitorang sekarang aku belum lagi nak bagitahu diorang.
Dah sampai giliran aku, aku ketuk pintu dan masuk ke dalam. Doktor perempuan tu senyum dan dia suruh aku duduk, lepastu dia buat muka pelik.
"Mana suami awak?", aku dah agak dah. Confirm! Soalan ni keluar.
"Suami saya busy, jadi dia tak dapat teman saya harini", terpaksalah aku menipu.
"Ouh, kalau tak keberatan boleh saya tahu suami awak kerja apa?"
"Dia CEO"
"Haih dia boss kan? Takkan lah tak boleh cari masa untuk isteri dia yang tengah kandungkan benih dia ni?", aku hanya menunduk. Takkan aku nak cerita benda sebenar lak kat doktor ni, aku pun tak tahu yohan tengah buat apa sekarang.
"Saya bukan marah tau, cuma yelah awak mengandung. Selalunya ibu mengandung ni perlukan suami dia di sisi bila masa2 macam ni", aku cuma balas dengan senyuman
"Takpelah, saya Dr.Jung. Saya akan pantau keadaan awak sepanjang awak mengandung ni, awak pun kena lah ikut jadual ye datang buat check-up"
"Baik doktor", dia check profile aku dulu. Lepastu dia ajak sembang sikit2 aku layan jelah kan.
TOK! TOK! TOK!
"Masuk", jerit Dr.Jung dari dalam. Dan pintu pun terbuka, aku malas nak pandang belakang tengok siapa so aku biarkan.
"Maaf saya lambat", suara ni. Suara yang aku rindu, terus aku toleh pandang belakang.
"Yohan", dia senyum.
"So Pn.Kim, suami awak ya?", aku hanya mengangguk
"En.Kim, silakan duduk", dia duduk dekat kerusi lagi satu
"Yohan, bukan awak kerja ke harini?"
"Tak salahkan kalau saya cari masa untuk ada dengan isteri saya yang tengah mengandungkan anak saya?", aku tak terkejut dia tahu aku mengandung sebab aku tahu tu mesti kerja yunhee. Yang aku terkejut, dia gelar 'saya' 'awak' dengan aku. Ke dia buat macam tu sebab doktor ada kat depan ni?
Aku masih terkejut, lepastu Dr.Jung suruh aku baring sebab dia nak buat ultrasound. Aku ikut je lah dia, yohan pun ikut sekali. Dah selesai tu aku nak turun, yohan pegang tangan aku. Aku cuba tepis tangan dia tapi dia lagi kuat so yeah.
"Ok Pn.Kim, kandungan awak dalam keadaan yang baik2 sahaja. Buat masa ni jangan buat kerja yang terlalu berat ya, En.Kim pun kena selalu ada masa dengan isteri ya. Dia mengandung, bukan demam biasa. Dan selalunya kalau ibu mengandung ni dia nak suami dia selalu ada dengan dia"
"Baik doktor, saya janji saya akan jaga isteri saya dengan baik", aku hanya memberi fake smile di situ. Ye ye lah tu nak jaga aku huh, kan aku dah cakap emosi aku kejap ok kejap tak.
Dah selesai check-up, kitorang keluar dari bilik tu. Dia tak cakap apa2 dengan aku, dia cuma ikut je aku pergi mana. Lepas aku ambik vitamin2 yang pihak hospital bagi, aku terus jalan laju2 pergi keluar hospital.
YOU ARE READING
[C] Devil || KimYoHan
Random"Kenapa awak buat semua ni?" -Choi Yunji "Bukan urusan kau" -Kim Yohan . . . . . . . + Amariler baca ff yang tak seberapa ini sekian trimas