13

185 31 3
                                    

Yunji's pov

Dah 3 hari omma duduk dekat hospital, semalam omma appa yohan dan yunhee datang. Lama diorang duduk sini, risau pasal aku katanya hm. Aku duduk sebelah omma aku, tangan dia aku genggam erat

Baru 3 hari omma terlantar dekat hospital, aku dah rindu nak bergurau dengan omma. Aku rindu nak tengok omma gelak, aku rindu nak makan dengan omma, aku rindu nak manja2 dengan omma lepas balik kerja

Aku menangis lagi, aku penat. Tapi air mata aku tak berhenti henti mengalir dari tadi. Bila omma nak sembuh balik? Aku rindu omma

"Yunji anak omma...", lemah je suara omma aku. Omma belai rambut aku perlahan, aku cuba tahan air mata aku dari mengalir

"Ya omma, kenapa? Omma nak apa2 ke?"

"Tak sayang.. Omma cuma nak cakap, omma sayang kamu tau", aku tak kuat! Please aku nak menangis

"Omma, yunji pun sayang omma", aku senyum dekat omma aku. Aku kena kuat depan omma aku, aku minta izin nak keluar ambil angin sekejap

Sebaik je aku keluar dari bilik omma aku, air mata aku terus jatuh. Aku tak kuat tengok omma aku macam tu, dah 3 hari omma aku bergantung pada mesin

"Tak habis lagi ke menangis?", aku pandang gerangan suara tu. Yohan..

"Yohan? Mana yang lain?", aku lap air mata aku

"Tah, ada lah kot dekat rumah. Lepas habis kerja tadi aku saja lah datang sini nak tengok ahjumma"

"Ouh, awak masuk lah dalam. Saya nak ambil angin dekat luar", aku baru nak melangkah pergi yohan panggil aku. Aku toleh pandang dia

"Pergi ambil angin je tau, bukan menangis", haih dia ni macam tahu2 je aku nak buat apa. Aku senyum dan aku terus pergi dari situ
.
.

Yohan's pov

Aku masuk bilik ahjumma, keadaan dia masih sama macam sebelum ni. Aku duduk dekat sebelah ahjumma, dia pandang aku dan aku senyum. Aku pegang tangan ahjumma

"Yohan.. Tolong ya jaga yunji bila ahjumma dah takde nanti"

"Ya ahjumma, yohan janji. Tapi ahjumma janganlah cakap macam ni ya? Kalau yunji dengar, mesti dia sedih"

"Yalah", ahjumma senyum sikit. Senyuman ahjumma nampak perit hm

end yohan's pov
.
.
.

Author's pov

Semua berkumpul di hospital termasuk En.Kim dan Pn.Kim. Diorang dapat berita yang keadaan omma yunji semakin kritikal, masing2 menunjukkan riak yang risau

Yunji tak yah cerita lah, memang dah bengkak habis dah mata dia menangis. Mujur sahaja ada Pn.Kim  untuk menenangkan yunji, dah macam mak dengan anak pun ada juga

Doktor masih di dalam, merawat omma yunji. Masing2 resah gelisah menunggu doktor keluar dari bilik tu. Omma yunji dah nazak
.
.
.
.

30 minit berlalu, akhirnya doktor keluar dari bilik itu. Semua berlari menuju ke arah doktor yang merawat omma yunji

"Doktor, omma saya macam mana? Dia okay je kan?", doktor itu mengeluh. Keluhan doktor tu buatkan diorang bertambah risau, doktor tu tepuk bahu yunji

"Saya harap awak bersabar ya, saya minta maaf sebab tak dapat selamatkan omma awak. Keadaan dia terlalu kritikal, dia dah tak boleh bergantung pada mesin lagi. Saya minta maaf lagi sekali", terus terjatuh yunji

Yang lain cuba menenangkan yunji, En.Kim tolong uruskan semuanya

"Kenapa omma tinggalkan yunji hiks hiks yunji rindu omma.. Lepasni yunji nak manja2 dengan siapa, siapa nak tunggu yunji balik malam2. Omma yunji rindu omma hiks", Pn.Kim terus memeluk yunji bagi menenangkan dia

Yunhee berlari pergi toilet, nak menangis. Dia tak kuat tengok kawan baik dia macam tu. Bukan dia tak boleh menangis dekat situ, tapi dia kena kuat depan yunji. Yunji dah lemah, yunji dah takde siapa2 lagi
.
.
.

Yunji's pov

Persemadian omma aku semuanya dah selesai, aku balik rumah. Aku masuk bilik omma, aku ambil baju dia dan aku cium. Rindunya bau omma

Tiba2 loceng rumah aku berbunyi, aku pergi buka pintu. Yunhee yang datang, aku senyum dekat dia

"Yunji ah, aku teman kau eh malam ni. Kesian kau, duduk sorang2. Risau pulak aku"

"Tak menyusahkan kau ke?"

"Tak susah pun, kau kan chingu aku. Aku teman kau okay", aku hanya mengangguk dan dia masuk dalam rumah aku. Kami duduk sama2 di ruang tamu, aku termenung. Dia datang duduk sebelah aku dan dia peluk aku, serta merta air mata aku mengalir lagi

"Yunji dah lah, jangan lah macam ni. Tak baik tau, kesian omma kau hm dah lah jangan menangis lagi. Aku kan ada dengan kau"

"Aku rindu omma aku yunhee hiks"

"Ya ya aku tahu kau rindu omma kau, dah okay", dia gosok belakang aku sambil peluk aku. Lama kelamaan aku  tertidur

end yunji's pov
.
.

Yunhee's pov

Aku baringkan yunji perlahan lahan. Kesian dia, satu satu dugaan yang dia kena hadapi. Dulu appa dia pergi, harini omma dia pergi. Banyaknya dugaan kau yunji, takpelah aku akan sentiasa ada dengan kau

Aku pergi dapur untuk melegakan dahaga. Haih aku pun rindu nak gelak2 dengan ahjumma jugak hm baru je minggu lepas dia masakkan untuk aku lepas yunji bagitahu aku nak makan masakkan dia. Rindunya dekat ahjumma

Sedang aku melayan perasaan, tiba2 handphone aku berbunyi. Terpapar nama oppa aku

Eo oppa, wae?

Yunji okay ke?

Tadi tak okay, sekarang dah okay sebab dia tidur. Kenapa?

Ouh okay, takde apa. Omma yang tanya.

Omma tanya ke oppa yang tanya ni?

Ish kau ni, omma yang tanyalah. Dah lah bye

Dia terus end call. Eleh kalau risau tu cakap je lah, ego tinggi betul oppa aku ni. Aku terus baring dekat sebelah yunji, lama lama aku pun terlena sekali
.
.
.
.
.

TBC

Makin merapu kan? Ya aku tahu eheh aku rasa macam lambat lagi nak habis citer ni😂 tengok je lah macam mana ya okay byeeee

[✓] Votement

[C] Devil || KimYoHanWhere stories live. Discover now