Yohan's pov
Myeongdong Mall
"Wah lama tak datang sini", teruja nau dia dapat jejak mall. Yelah dulu mesti dia selalu lepak sini kan, tapi lepas apa yang dah timpa family dia takkan dia nak datang sini lagi kan
One thing yang aku bangga dengan dia ni is dia bukan jenis macam orang yang tak berduit tapi berlagak macam ada duit, ha dia bukan macam tu. Dia jenis yang rendah diri dan yes dia je yang tahan dengan perangai aku
Aku hanya ikut je mana dia nak pergi. Niat aku bawak dia keluar harini, aku nak dia shopping lah apa pun yang dia nak, aku bayar. Aku tengok dia ni dari tadi berjalan, takde pulak barang yang dia tengok2
"Oi, kau ni dari tadi asyik berjalan je. Kau taknak ke tengok barang2 dekat sini?"
"Hehe, nak beli barang takde duit lah wak. Dapat jalan dalam ni pun jadilah"
"Habistu aku ni apa?"
"Awak? Awak suami saya lah, apa lagi"
"Ha, kalau aku ni suami kau, kau tahu kan apa tanggungjawab aku?"
"Jaga saya lah, apa lagi"
" Ha tulah, lainkali cakap lah laki kau ni bengap lagi. Kau pun bengap tahu tak?"
"Kenapa pulak?"
"Aku kan suami kau, so kalau kau nak apa2 cakaplah. Aku bayar, kau tu tanggungjawab aku. Beli je apa kau nak, aku ikut kau"
"Taknaklah, nanti menyusahkan awak pulak"
"Suka hati kau lah yunji, aku malas nak bertekak dengan kau dekat sini. Kalau nak apa2 cakap je dengan aku, aku ada je kat belakang kau ni"
Aku ikut je mana dia pergi, aku tengok mata dia tak lepas pandang barang2 baby. Teringin nak baby ke apa? Aku biarkan dia, aku ikut dia sampai lah depan satu kedai ni. Dia tengok2 je beg tu tapi tak ambik pun, lepastu dia jalan balik. Aku geram ni, aku terus tarik dia masuk dalam kedai tu balik
"Eh awak ni kenapa main tarik2 pulak ni"
"Kau kalau nak beg ni ambik je"
"Eh takpelah saya tengok je tadi, taknak pun"
"Kau jangan nak segan silu sangat boleh tak? Ambik je lah, duit aku duit kau jugak. Ambik"
"Awak ni, beg tu mahal tau. Nanti habis duit awak beli beg tu je, takpayah lah membazir je lah wak. Bukan saya pakai selalu pun"
"Memanglah tak pakai selalu, time2 kau teringin nak pakai tu apa salahnya pakai. Ambik je beg tu, dah banyak tau barang yang kau tengok je. Ei dari tadi aku perati, dah yang ni ambik je"
"Haih, awak betul nak saya ambik? Tak menyesal? Mahal tau"
"Halah setakat harga satu beg tu apa lah sangat, kereta lagi sebiji nak beli untuk kau pun aku mampulah"
"Awak, takbaik tau riak. Tuhan tarik balik nikmat tu nanti baru awak tahu"
"Aku tak riak, aku cuma nak yakinkan isteri aku sorang ni yang aku mampu nak tanggung kau. Dah kau tak payah nak banyak bunyi lagi, ambik je beg tu"
"Hm okay, saya ambik ni sebab awak suruh tau"
"Ye ye", finally dia ambik jugak beg tu. Aku tahu sebenarnya dia nak beg tu, tapi dia malu. Lagipun aku suka jugak tengok beg tu, sesuai dengan dia. Cantik.
.
.
.
.
.
."Awak, saya laparlah. Jom balik"
"Kau ni kenapa?"
"Kenapa apa? Saya lapar, jom lah balik makan dekat rumah"
"Haih kau ni, apa yang susah sangat? Eh orang lain pergi shopping makan semua dalam mall ni jugak tau, yang kau sebuk nak makan dekat rumah tu buat apa?"
"Lah, salah ke saya nak makan kat rumah? Kenapa? Masakkan saya tak sedap ke sampai awak taknak makan dekat rumah?"
"Ke situ pulak kau, eh kalau tak sedap takdenya hari2 aku balik lunch kat rumah. Harini makan kat luar je, tak payah susah2 nak masak"
"Takpe ke makan kat luar?"
"Takpe"
"Tapi nanti membazir"
"Kim Yunji"
"Okok kita makan kat luar hehe", kitorang terus bergerak pergi ke restoran. Aku bagi dia yang pilih mana dia nak makan
"Awak nak makan dekat mana"
"Aku tak kesah, aku ikut kau je"
"Alah janganlah ikut saya je, awak pilihlah. Yang nak bayar karang pakai duit awak bukan duit saya, nanti kalau saya terpilih tempat mahal2 kang habis pulak duit awak"
"Kim Yunji, memang nak aku cakap banyak kali ke? Aku mampu tau, pilih je lah mana kau nak makan. Ey nak beli barang kena bertekak nak makan pun kau nak bertekak jugak ke?"
"Eh saya cakap elok2 eh, awak yang marah2"
"Ei dia ni lah, eh kau pilih je lah tempat mana kau nak makan. Aku tak kesah, aku lapar ni aku ngap kau kat sini kang"
"Ei awak ni!", dia pukul lengan aku alahai comel je pipi merah2 dah ehek malu ler teww
And yes finally kitorang sampai dekat satu restoran ni, sebab aku cakap dekat dia aku teringin nak makan western so dia pilih restoran ni hm not bad lah
"Kau confirm ke kat sini sedap?"
"Eh of course, dulu saya selalu jugak lah makan kat sini"
"Ok hm order lah", waiter tu datang bagi menu and kitorang order makanan kitorang, nasib baik dia pilih je kalini apa2 tak kesah pasal harga kalau tak confirm kat sini pun bertekak jugak
Selesai waiter tadi ambik order kitorang, kitorang tunggu. Masing2 tak cakap apa2, aku takdelah rasa nak main fon so aku tengok lah dia. Mata dia pulak duk melilau lilau tengok kawasan dalam mall tu
"Yunji"
"Hm"
"Sampai bila kita nak macam ni?"
"Maksud awak?"
"Memang kita nak jadi macam ni ke sampai bila2?"
"Habistu, awak nak macam mana lagi? Awak bukan sayang saya pun", so dia ingat aku tak sayang dia lah hm
"Kau sayang ke dekat aku?"
"Tak", auch pedih siot
"Serious?"
"Serious"
"Suka hati kau lah yunji", aku baru nak feeling sedih sikit waiter sampai bagi makanan, tak jadi aku nak sedih aku lapor ni
Selesai makan apa semua, aku pergi bayar. Dah bayar kitorang terus pergi dekat tempat parking kereta dan balik rumah
.
.
.
.
.
.
.
.
.TBC
Kalau aku rajin aku double update eh
Kalau rajin lah.
Enjoy! Mwah😘
[✓] Votement
YOU ARE READING
[C] Devil || KimYoHan
Random"Kenapa awak buat semua ni?" -Choi Yunji "Bukan urusan kau" -Kim Yohan . . . . . . . + Amariler baca ff yang tak seberapa ini sekian trimas