Author's pov
"Han, malam ni benda ni nak hantar mana?", tanya hangyul kepada yohan yang tengah mengira bungkusan dadah itu
"Malam ni dekat myeongdong, make sure line clear dulu baru kita hantar", ya mereka mengedar dadah seperti selalu
"Guys, satgi aku ada meeting so korang buat korang2 je lah eh. Malam ni aku balik lambat", kata seungyoun yang dah siap memakai suit kerjanya untuk ke office.
"Okayh"
"Malam ni kau, seok hyung and seungwoo hyung ikut aku. Yang lain duk rumah buat homework", kata yohan kepada mereka
"Alah hyung, nak ikut. Bosan ah asyik buat homework je", kata eunsang lalu pout
"Aip aip, hyung kata apa? Biar jahat, tanggungjawab sebagai pelajar jangan abaikan. Faham?", yeah itu dia apabila seungwoo berbicara
"Ha dengar cakap seungwoo hyung tu, jangan ngada sangat taknak siapkan homework", kata yohan pula
Yang lain dah buat muka cemberut. Seungyoun dah pergi kerja, yohan, seungwoo, wooseok dan hangyul masih sibuk dengan dadah2 yang elok tersusun dalam satu luggage yang besar
TING TONG!
"Siapa lak yang datang time2 macam ni ey, gyul simpan benda ni kat dapur sekarang", hangyul hanya mengikut arahan. Dah selamat simpan natang tu, yohan terus pergi ke pintu untuk buka lah nak tengok siapa yang datang
"Hi awak hehe"
"Kau buat apa datang sini?"
"Alah saje datang nak melawat, eh sana sana saya nak masuk", ya tuhan yunji oi sukatikau je masuk rumah orang. Si yohan tu tak pelawa pun kau masuk
"Hi korang!!", yunji terus menyapa manusia2 yang ada dalam rumah tu
"Eo? Noona?"
"Eh, yunji buat apa dekat sini?", tanya seungwoo dengan lembut. Diorang ni jahat, jahat gak tapi takde lah nak berkasar dengan si yunji tu 24jam
"Hehe saje datang nak melawat, bosan lah lagipun omma takde dekat rumah"
"Oh ahjumma pergi mana noona?", tanya hyeongjun
"Dia balik kampung lama dia, katanya kawan lama dia ajak jumpa so yeah noona malas nak ikut noona tinggal lah sorang2"
"Oh gitu, noona tak kerja ke?", tanya dongpyo pulak
"Tak, kan noona cuti 2 hari lepas kejadian malam tu. Lupa ke?"
"Eh haah lah hehe"
"Yunji, duduk lah dulu. Oppa buatkan air"
"Okeh", yunji terus duduk atas sofa. Ni pun sama ni jenis tak boleh dipelawa langsung
"Mana seungyoun oppa?", tanya yunji apabila dia langsung tidak nampak kelibat seungyoun
"Dia kerja, sibuk cari dia pahal? Rindu dia?", eh eh yohan ni. Itupun kau nak marah ke?
"Ish awak ni, bukanlah. Saya tengok dia takde pun ha saya tanyalah", yohan hanya diamkan diri dan alihkan pandangan ke tv
Tak lama lepastu seungwoo membawa dulang bersama cawan yang berisi air oren di dalamnya dan letak depan yunji
"Oppa tak bubuh racun kan dalam ni?"
"Yunji, jahat jahat oppa ni takdelah sampai oppa nak letak racun dalam minuman yunji. Dah minum je, jangan risau", yunji terus meneguk air oren tadi sampai licin. Maklumler penat jalan kaki woi rumah yohan tu dah lah kedalam
"Kau bila nak balik ni? Senja dah ni, yang kau datang time2 macam ni buat apa?"
"Alah, dah sekarang baru rasa bosan nak buat macam mana hm"
"Cepat sikit balik, banyak lagi kerja aku nak buat lah"
"Kerja apa?"
"Kau tak perlu tahu pun, dah minum kan? Ha balik"
"Bagitahu dulu awak nak buat apa"
"Kalau aku taknak bagitahu?"
"Saya taknak balik, saya ikut awak mana awak pergi"
"Aku nak pergi edar dadah dekat orang, nak ikut?", terus terdiam yunji
"Oh ha takpelah kalau macam tu, saya balik dulu", baru je yunji nak melangkah keluar
"Tunggu situ, aku hantar kau balik. Dah senja dah ni, kau tu baru je nak elok dari trauma semalam. Dah jom", uwah jarang2 yohan caring ni. Yunji hanya mengikut arahan
Yunji masuk dalam kereta yohan tapi dia ambil seat di belakang
"Apa kau ingat aku ni driver kau? Kau duduk depan", yunji terus keluar dan duduk di depan. Keadaan dalam kereta tu awkward gila. Yunji tak berani bersuara, takut apa yang dia cakap nanti boleh lukakan hati yohan so dia hanya diamkan diri dia
Sampai je dekat depan flat yunji, dia terus keluar dari kereta yohan. Baru yohan nak tekan minyak, yunji ketuk tingkap kereta yohan
"Nak apa lagi?"
"Takde apa, saya cuma nak cakap yang saya harap awak berhenti buat kerja2 bodoh ni", yunji tersenyum kelat, yohan terus pergi tinggalkan yunji terkebil kebil disitu
.
.
.
.Yunji's pov
Aku terus naik ke rumah aku sebaik sahaja yohan pergi. Hm bila lah omma nak balik huhu aku bosan duduk sorang2 kat rumah
Aku terus menuju ke bilik aku dan aku terus hempas badan aku atas tilam yang empuk tu. Aku memandang siling rumah aku
"Haih macam mana aku nak buat yohan dengan yang lain stop buat benda2 bodoh ni eh. Diorang tu bukan tak baik, baik je. Tapi bila diorang buat benda2 tu hilang semua kebaikan yang ada dekat diorang", aku bermonolog sendiri
Aku kena cari cara2 untuk buat diorang berhenti buat kerja2 ni. Hm tapi, aku ni siapa je nak buat macam tu? Diorang nak ke dengar cakap aku? Haih
Kalau bolehlah kan aku taknak benda2 ni boleh buat masa depan diorang jadi gelap, tambah2 lagi yang masih bersekolah tu. Diorang dah lah sekolah lagi, tapi diorang buat benda2 macam tu hm
Kenapa diorang jadi macam tu sebenarnya?
Projek diorang semua tak laku ke sampai kena buat kerja bodoh macam tu?
Tapi diorang CEO kot, takkan lah tak laku. Mesti laku punya kalau tak, mesti bankrupt dah
Tapi kenapa diorang buat macam tu atau diorang kurang kasih sayang dari keluarga?
Hm
Boleh jadi jugak kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.TBC
Aku tahu aku makin banyak merepek merapu huhu help me aku kekurangan idea
[✓] Votement
YOU ARE READING
[C] Devil || KimYoHan
Random"Kenapa awak buat semua ni?" -Choi Yunji "Bukan urusan kau" -Kim Yohan . . . . . . . + Amariler baca ff yang tak seberapa ini sekian trimas