9

191 33 6
                                    

Yunji's pov

Harini tengahari buta aku dah kena delivery dekat satu company ni. Dah lah order banyak2 lepastu aku jugak yang nak kena pergi hantar. Orang yang sepatutnya buat delivery ni cuti lah pulak so aku kena lah ganti tempat dia sementara waktu ni

Aku susun makanan2 yang diorang dah order, satu box ni je penuh makanan diorang je tau. Dia nak bagi staff2 dia makan ke dia nak makan sorang? Tapi takkanlah makan sorang kan, ah lantaklah

Aku terus bergerak menuju ke alamat yang boss aku bagi tadi. Dia cakap diorang ni regular customer, cuma diorang jarang datang kedai. Diorang akan order macam ni je lah

Sampai je aku dekat bangunan Kim's Enterprise tu, aku letak motor dekat tepi guard. Aku masuk dalam tu dan wow aku dah lama tak masuk tempat macam ni. Company dia sumpah besar nak mampus dan nampaklah yang company ni sebuah company yang orang kata maju lah and ada matlamat tersendiri

"Cik?", aku pandang orang yang panggil aku em nampak dari gaya dia macam dia ni PA CEO dekat sini. Aku tengok nametag dia, Song Yuvin.

"Ya?", aku membalas dengan sopan

"Cik ni nak delivery makanan untuk En.Kim ke?"

"Ya saya"

"Ouh kalau macam tu, bilik En.Kim di tingkat 5 ya. Dia dengan kawan2 dia dah tunggu dalam bilik tu. Keluar je dari lift, belok kanan lepastu straight je ha nanti ada satu bilik dekat hujung  tu ha tu bilik En.Kim. Saya tak boleh nak tolong cik harini sebab saya tengah rushing ni, saya pergi dulu ya"

"Eh takpe2 saya boleh buat. Terima kasih", aku bow dan dia bow semula lepastu dia terus blah uish tengah rushing betul tu. Tapi takpelah sebaik dia baik, handsome pun handsome jugak ahaks. Dah yunji dah, sedau sikit diri kau tu siapa

Aku terus masuk lift dan aku tekan tingkat 5. Sampai je dekat tingkat 5 aku belok kanan dan aku straight sampai bilik hujung dan tertera lah nama EN.KIM dekat pintu tu. Sampai je depan pintu, aku terus ketuk pintu

"Siapa?", aku dengar dia jerit dari dalam

"Delivery", aku jerit sedikit supaya orang kat dalam dengar suara aku. Tak lama lepastu pintu terbuka

"Eh noona?", aku pandang gerangan suara itu

"Eh dohyon?", ha kenapa budak ni dekat sini

"Noona buat apa dekat sini?"

"Delivery makanan lah, makanan ni dohyon ke order?"

"Eh bukanlah, yohan hyung yang order", ha sudah mana datang pulak yohannya

"Yohan hyung?"

"Oi dohyon! Apa yang lama sangat tuu!! Cepat sikit oi lapo ni!", aku dengar suara minhee jerit dari dalam

"Ish korang ni sabar lah, tengok ni siapa yang delivery makanan kita", dohyon ketepi supaya semua orang dalam bilik tu nampak aku dan semua terkejut tengok aku dekat depan pintu tu

"Yunji? Kau buat apa dekat sini?", eh eh yohan ni, nampak macam aku datang nak memasak ke

"Nak hantar makanan ni lah"

"Ouh ha masuklah kau, dohyon tutup pintu tu", aku masuk dalam office yohan. Wow besar weh office dia. Cantik

Aku letak makanan2 tu dekat atas meja, maknae line excited betul dapat makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku letak makanan2 tu dekat atas meja, maknae line excited betul dapat makan. Sekarang aku tahu, diorang selalu lepak dekat sini rupanya

"Aku tak tahu pulak kau kerja dekat restoran tu, sebelum ni tak nampak pun", kata yohan

"Selama ni kerja saya dekat dapur je, harini saya hantar ni pun sebab terpaksa. Orang yang sepatutnya hantar tu cuti"

"Ouh, aku ingat kau kerja 7e je"

"Awak, setakat gaji saya sehari dekat 7e tu tak cukup lagi nak tampung keluarga saya. Sebab tu lah saya buat 2 kerja. 7e tu malam je saya kerja. Lain lah awak, dah memang hidup senang", semua diam. Masing2 tak tahu nak cakap apa

"Noona tak penat ke buat 2 kerja hari2?", tanya hyeongjun

"Penat tu penat, tapi nak buat macam mana. Tulah lumrah hidup kan", suasana dalam bilik tu kembali sunyi. Disebabkan terlalu sunyi aku cuba memecahkan kesunyian dalam bilik tu

"Awak, ni takde pakai kad kredit eh. Cash tau"

"Ye aku tahu lah, nah ambik", dia bagi elok2 kalini hoho taknak kena bebel lah tu. Btw kan handsome lak yohan ni pakai suit hohoho

Tiba2 aku ternampak gambar family yohan. Mata aku hanya memandang seseorang yang macam aku kenal dalam gambar tu

"Yohan, tu family awak eh?"

"Hm, tapi diorang takde dekat sini. Diorang duduk dekat London. Aku sorang je dekat sini"

"Kim Yunhee", nama tu yang keluar dari mulut aku. Diorang pun macam terkejut bila dengar aku sebut nama kawan baik aku, Kim Yunhee.

"Kau kenal dongsaeng aku?"

"Yunhee? Dongsaeng awak?", aku pun terkejut sekarang ni weh

"Ye, yunhee dongsaeng aku. Macam mana kau boleh kenal dia?"

"Dia bestfriend saya"

"Bestfriend? Jap setahu aku, dia ada sorang je bestfriend. Choi Yun..jap kau Choi Yunji kan?"

"Yelah saya lah Choi Yunji"

"Wait, what? So selama ni yang yunhee selalu cerita dekat aku tu kau lah?"

"Yunhee cerita apa dekat awak?"

"Kisah hidup kau"

"Ouh, jadi awak dah tahu lah kenapa saya jadi macam ni?"

"Tahu, even diorang semua ni pun tahu. Tapi kitorang tak tahu pulak orang tu kau"

"Ouh ok", aku diam semua diam. So aku ambil keputusan untuk balik ke restoran semula

"Takde apa2 lagi kan, saya balik dulu eh", baru aku nak melangkah keluar

"Yah Choi Yunji", yohan panggil aku. Aku pandang dia

"Ya, kenapa?"

"Kau dah lama tak contact yunhee kan? Sebab fon dia hilang?"

"Haah"

"Kau rindu dia tak?"

"Tipu lah kalau saya cakap saya tak rindu kawan baik saya sendiri", aku tersenyum kelat hm sumpah aku rindu dia. Kalau waktu2 aku tengah penat kerja macam ni dia selalu teman aku dulu.

"Ok kalau macam tu, ahad depan ikut aku"

"Ikut awak? Pergi mana?"

"Ahad depan yunhee balik sini, dia sorang je sebab dia kata dia dah taknak duduk London dengan omma appa kitorang. Dia nak duduk sini, dan dia ada cakap dengan aku kalau boleh orang first yang dia nak jumpa selepas aku, kau. Dia suruh aku cari kau and now aku memang dah kenal kau, tak susah lah kerja aku nak cari kau. Dia rindu kau, ikut aku minggu depan nanti aku ambil kau", panjang lebar yohan terangkan dekat aku

"Eh takyah susah2, saya boleh je naik bas nanti"

"Aku cakap aku ambik, aku ambik. Kau jangan nak bantah eh"

"Ish yelah2, dah lah saya pergi dulu. Bye", aku terus melangkah keluar. Tak sabar nak jumpa yunhee minggu depan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TBC

Kekeringan idea dah sebenarnya ni, tapi sebab aku bosan aku keluarkan je lah apa yang ada dalam otak aku buat masa ni hohoho byeee

[✓] Votement

[C] Devil || KimYoHanWhere stories live. Discover now