"Hoi orang jalan pakai mata bukan pakai hidung" marah lelaki tersebut sambil memandang tajam kearah Sofea yang berada di depannya
"Excuse me encik, kau yang jalan tak tengok orang salahkan aku pulak, herhhh" bentak Sofea dengan perasaan bengang , mana taknya lelaki itu yang berlari tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang, kini menyalahi Sofea yang baru menjejakkan kakinya ke dalam kawasan sekolah
"Dah lah kau, blah sana, semak lah tengok muka kau pagi-pagi ni, potong mood betul laa" Sofea berjalan meninggalkan lelaki yang melanggarnya tadi dengan perasaan geram bercampur marah yang berbuak-buak.
"Kau fikir aku nak sangat langgar kau?" jerit lelaki tersebut apabila memerhatikan Sofea berjalan jauh meninggalkan nya .
"Woi aku dengar!" Sofea menjerit tanda mendengar apa yang diperkatakan oleh orang yang melanggarnya tadi
"Kesah pulak aku" lelaki itu berlalu pergi sambil mencari pejabat untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar baru di Galaxy Highschool. Galaxy Highschool merupakan sekolah yang terkenal di daerah ini . Sekolah ini mencatatkan rekod paling cemerlang di dalam daerah itu . Bukan itu sahaja , Galaxy Highschool dijadikan sekolah pilihan disebabkan pelajarnya yang cemerlang dalam semua bidang termasuk aspek kokurikulum mahupun pelajaran .
"Kau dah kenapa murung semacam jer Sofea" Tanya Ariana yang duduk di sebelah Myra dan Husna . Ariana , Myra dan Husna merupakan sahabat rapat bagi Sofea . Merekalah yang menolongnya dikala dia berada dalam kesusahan . Mereka berempat berkawan sejak dari sekolah rendah lagi .
"Aku terjumpa singa terlepas dari zoo tadi" sindir Sofea yang masih bengang dengan kejadian yang berlaku tadi , baginya lelaki itu memang memotong mood baiknya untuk ke sekolah .
"Woo sapa weyhh, si tiga ekor tu ker?" tanya husna yang merujuk kepada 3 orang pelajar lelaki yang sangat mereka benci . Pelajar itu ialah Farish , Sierraz dan danish . Mereka bertiga merupakan top 5 lelaki yang terkacak di Galaxy Highschool . Tetapi sikap mereka yang dingin dan nakal membuatkan mereka dikenali sebagai budak nakal di sekolah itu . Siapa yang mengacau ketenteraman hidup mereka pasti mendapat balasan yang kadang tu tidak masuk akal . Disebabkan itu lah mereka digeruni oleh sesetengah pelajar yang ingin mendekati mereka . Cikgu juga sudah muak dengan perangai mereka bertiga . Kebanyakan cikgu takut untuk membuat tindakan disebabkan ibubapa kepada 3 pelajar ini merupakan ahli perniagaan yang terkenal . Semuanya merangkap datuk dan tengku . Oleh itu tidak hairanlah jika mereka datang ke sekolah pun dengan menaiki kereta mewah .
"Taklah, tiga ekor tu jin terlepas, lagipun aku dah loya dah tengok muka tiga orang tu, sekarang ni ada manusia baru dalam sekolah kita ni, aku rasa pelajar baru, tapi nampak macam sama jer samseng jalanan macam tiga ekor tulaa" Terang Sofea bercampur perasaan geram yang tidak lagi surut di dalam badannya . Ada kalanya, macam nak sumbat jer jembalang sorang tu masuk dalam tongsampah baru dia tau . Senang-senang jer nak tuduh orang itu ini.
"budak baru lagi, haihh bosannya ngadap budak-budak baru ni" keluh Myra sambil membuat muka . Myra memang malas mengambil tahu tentang budak-budak baru yang datang ke sekolah ini . Baginya pelajar-pelajar itu hanya membisingkan lagi sekolah yang sediakala bising ini .
Sedang mereka ralit berbual + membawang , cikgu Zira aka guru kelas mereka, masuk ke dalam kelas dengan membawa seseorang di belakangnya . Sofea melihat lelaki itu atas bawah . Kelihatan familiar. Dia cuba mengingati muka lelaki itu .
Dan-- , yaallah laki ni lagi! jangan cakap dia masuk kelas ni
"Okay class, kita ada pelajar baru yang masuk ke kelas ni, baiklah awak diluar tu masuk dalam dan kenalkan diri" suruh cikgu Zira kepada pelajar lelaki itu .
"Hai, nama aku Tengku Firash Rayyan, aku dari Australia, datang sini sebab ikut mama dengan papa aku pindah, aku rasa dalam kelas ni ada beberapa orang kenal aku, dan aku rasa korang mesti kenal diorang kan" tanya Firash sambil menunjuk kearah tiga orang pelajar lelaki yang sedang duduk mengebat diatas kerusi dan meletakkan kaki di atas meja .
Kurang adab-- sindir Sofea kepada 3 orang itu didalam hati .
"Hai bro, balik asal tak cerita" tanya Sierraz sambil menggigit kukunya .
"Haah wey, kau bukan kata yang kau nak balik bila habis form5 dah Ker?" Tanya Farish pula mengenai soalan yang ditanya Sierraz tadi .
"Bosanlah duduk sana, takda kawan, datang sini ada korang" kata Firash tanpa menghiraukan cikgu dan rakan kelas yang berada di dalam kelas mendengari perbualan mereka .
"Aku tau kau rindu kitaorang kan" kata Sierraz , Farish dan danish serentak . Mereka terus berlari kedepan memeluk kawan mereka . Sierraz, Farish, Danish dan Firash sudah berkawan sejak kecil . Mereka dipisahkan oleh ibu bapa disebabkan mengikut haluan keluarga mereka masing-masing . Bila masuk ke sekolah menengah, Sierraz, Farish dan danish berjaya rapat semula namun mereka kehilangan seorang lagi sahabat mereka iaitu Firash yang mengikuti mama dan papanya untuk menguruskan syarikat di sana . Oleh itu , hubungan mereka renggang disebabkan jarak yang menghalang .
"Come and hug me sec time pleaseeee" kata Sierraz yang tidak puas memeluk Firash .
"Eii taknak aku, nanti diorang ingat aku gay, hilang kemachoan aku" ujar Firash sambil menjauhkan diri dari Sierraz yang ingin memeluknya .
Dahdah tak payah nak buat sesi ziarah kasih sangat, pergi balik tempat buka buku, kita nak belajar" marah cikgu Zira yang melihat mereka berempat yang masih setia berada di depan bersama Firash .
"Cikgu kalau Harini tak belajar boleh tak" sampuk Amir aka budak paling malas belajar dalam kelas . Yang dia tahu, tidur, tidur dan tidur . Tapi keputusan peperiksaannya dia always cemerlang . Tak tahu lah apa yang dimakan .
"Banyak lah tak payah belajar, kamu ni nak SPM dah sepatutnya masa-masa macam ni dah focus dengan pelajaran . Ni tak, masih main-main , tidur dalam kelas, main game . Lagi beberapa bulan nak SPM kan? kurangkan benda tu semua, expecially game, game lah yang memudaratkan otak kamu dan segala ingatan tentang pelajaran kamu habis lupa disebabkan game . Tak salah nak main game, tapi jangan melebihi had masa . Sekurang-kurangnya main game tak lebih dari sejam . Buat jadual sendiri dekat rumah . Ada masa untuk ulangkaji, ada jugak masa untuk buat benda lain, sampai bila awak nak buang masa dengan benda macam tu, jadi lebihkan masa untuk membuat revision bukan main game, faham ?" Dan kami dibebelkan oleh Cikgu Zira disebabkan Amir . Satu kelas memandang Amir sambil membuat muka tidak puas hati .
Herhh , free² jer kena bebel--
YOU ARE READING
I Love You Encik Nakal [SU]
Teen Fiction"always remember that i'm here, i'll always choose u and i will love u for the rest of my life...." Berkahwin pada usia yang muda bukan kemahuan semua remaja . Bagaimana nasib seorang gadis yang berhati batu perlu menerima jejaka yang dianggap sebag...