Part 12

122 8 0
                                    

Seusai majlis , semua tetamu yang hadir beransur pulang , hanya tinggal sahabat Sofea dan Firash yang masih belum pulang .

"Bila nak balik ni ? Semua dah balik korang tercegat apa lagi dekat sini ?"gurau Firash sambil melihat rakan-rakannya dan juga rakan Sofea yang masih melantak makanan yang disediakan di luar rumah .

"Alah kau ni , bagi lah chance kitaorang nak makan habis-habisan dekat sini , lagipun ni bukan rumah kau , rumah Sofea , Sofea tak kisah pun , kau sibuk pahal , dah shuh shuh" kata Sierraz sambil meneruskan mencekik laksa yang disediakan di atas meja . Kali ni dah masuk 3 mangkuk dia melantak . Fuhh , takleh buat suami .

"Sapa kata aku tak kesah , hah kau Ariana , mencekik dari tadi lagi ? " Sofea timbul di belakang Firash .

Aikk bila dia ada ? - Sierraz

"Alah aku lapar lah fea , dah jangan kacau" balas Ariana tidak melayan apa yang diperkatakan Sofea

"Hah elok kau orang jadi laki bini , sama ja dua-dua" sindir Firash kepada Sierraz dan ariana

"Eii taknak ahh jadi bini dia" jeling Ariana sambil meneruskan makan

"Sapa nak jadi suami kau" jeling Sierraz pula

"Ha gaduh-gaduh , aku kawin kan nanti kang" Firash menolak kepala Sierraz dan berlari dari diligan Sierraz .

Sahabat Sofea dan Firash kembali pulang ke rumah masing-masing . Sofea naik ke biliknya untuk membersihkan diri .

Selesai mandi dia keluar berkemban untuk mengambil baju . Dia terlupa membawa baju masuk ke dalam bilik air . Sedang dia berjalan untuk pergi ke bilik persalinan , dia terperasan satu figura sedang memerhatikan nya . Dia berpaling untuk melihat semula apakah ia . Dan dia terkejut apabila melihat Firash tengah landing elok di atas sofa sambil memerhatikan nya

"Woi kau buat apa dalam bilik aku" marah Sofea sambil berlari masuk semula ke dalam bilik air

"Lah dah papa suruh masuk sini , aku masuk jerlah" katanya selamba , matanya tidak lekang dari memerhatikan Sofea

Woahhh menguji kesabaran betul - Firash

"Keluar lah ei aku nak pakai baju" jerit Sofea yang berada di dalam bilik air

"Pakai jelah apa masalahnya" jawab Firash selamba sambil membuka fon nya .

"Nanti kau nampak lah , keluar lahh Firashhhh " jerit Sofea lagi . Kali ini suaranya naik seoktaf

"Yerlahyerlahh" akhirnya Firash mengalah , malas mahu bertengkar dengan gadis itu . Buang masa

Dia turun ke bawah untuk melihat apa yang perlu dilakukan nya di bawah . Sementara menunggu Sofea siap pakai baju , lebih baik dia buat apa yang patut .

Sedang leka menonton televisyen , dia ditegur oleh papa Sofea aka ayah mertuanya ketika ini .

"Ehh Firash kenapa tak masuk mandi dalam bilik" tanya Tengku Haziq pelik . Tadi dah disuruh masuk ke dalam bilik . Kali ni muncul di depan tv semula , dengan masih berbaju melayu .

"Sofea mandi pa" jawab Firash tenang , matanya masih tidak lekang menonton tv

"Oh yakaa , takpalaa , pergi mandi dekat bilik mandi bawah tu , bilik air tu bilik air tetamu punya , sebelah jer dengan bilik tetamu" suruh Tengku Haziq kepada Firash .

"Yerlahh papa"balasnya sambil mengambil tuala berlalu pergi kearah kamar mandi yang ada di tingkat dua .

Seusai mandi dia berlalu ke bilik Sofea . Kini bilik itu milik dia dan Sofea . Mereka diwajibkan tidur satu bilik , itu semua angkara sahabatnya yang memberi cadangan kepada mama papa Sofea untuk mereka tidur satu bilik katanya bagi mengeratkan hubungan suami isteri .

Herhh , tak membantu betul sahabat pun- Firash

Dia melangkahkan kaki masuk ke bilik . Dia meneliti bilik itu , cantik dan bersih , kemas teratur . Dia mencari dimana Sofea berada . Alangkah terkejutnya apabila seseorang mengejutkan dia di belakang .

"Hahhh , apa jenguk-jenguk" jerit Sofea tepat di telinga Firash . Tak sampai sebulan suami dia pekak lah ni kalau menjerit macam ni hari-hari .

"Ehh aku cari kau" balas firash sambil berjalan masuk ke dalam bilik

"Haah cari kau" kata Firash dan duduk di atas katil .

"Lah asal cari aku" tanya Sofea pelik . Aik demam ker pakcik ni ?!

"Saja" balas Firash selamba sambil menghempaskan diri di tilam empuk milik Sofea .

"Hoi dah la tak mandi , sedap-sedap pulak tidur atas katil aku" jerit Sofea lagi , melihatkan Firash yang selamba tidur di atas katilnya

"Aku mandi dah la tadi" balas Firash sambil memejamkan mata . Haih penat !

"Bila masa kau masuk bilik mandi" terjongket kening Sofea memandang pelik ke arah Firash

"Aku mandi bilik tetamu lah , Ish kau ni banyak cakap lahh , meh tido sini" Firash menarik Sofea jatuh terbaring sebelahnya . Sofea membulatkan matanya . What !?

"Eii apa ni tarik-tarik" Sofea bangun duduk di atas katil melihat Firash yang masih memejamkan mata .

"Alah duduk lah sini teman aku lahai" Firash bangun dari tidurnya , dia duduk berhadapan dengan Sofea

"Hurm kau nak apa?" tanya Sofea melarikan pandangannya dari mata Firash yang dari tadi merenungnya

"Saja nak ajak borak" balas Firash , tetap memerhatikan gelagat Sofea yang melarikan pandangan apabila mata mereka bertembung .

Comel !? Eh jap aku puji ker ? Nono - firash

"Aku takdak masa lah nak layan kau" Sofea bangun untuk keluar dari bilik , malangnya pegangan tangan Firash erat sehinggakan dia tidak dapat meleraikannya .

"Sabarlah , duduk dulu aku nak cakap" tarik Firash mendudukinya Sofea semula

"Hurm apadia" tanya Sofea tidak memandang Firash

"Tengok lah aku" Firash menarik muka Sofea untuk memandang kearahnya

"Ha apadiaaa encik Firash Rayyan" soal Sofea geram . Haihh tak habis-habis annoying

"Aku just nak ucap thanks kat kau" kata Firash sambil tersenyum ikhlas

"Untuk?" Tanya Sofea pelik

" Sebab kau terima aku , bukan apa , aku just nak happykan mama papa aku jer , so aku buat apa yang diorang nak kan dari aku , so now aku dah tunaikan permintaan diorang" balas Firash sambil tersenyum manis . Terselit keikhlasan dari senyumannya

"Welcome , aku pun buat semua ni sebab mama papa aku jer , aku taknak sangat kawin dengan kau" kata sofea sambil tersenyum sinis

"Kau ingat aku nak kawin dengan kau sangat" Firash juga tersenyum sinis kepada Sofea . Dan sejak dari detik itu , mereka tersenyum sinis sampai tidur




HAHAHA !


I Love You Encik Nakal [SU]Where stories live. Discover now