"fea dah buat keputusan pa , dan Fea setuju dengan plan papa tu" Sofea tersenyum hambar kepada papanya .
"Terima kasih fea sebab ikut kemahuan papa , majlis akan berlangsung Khamis ni , esok cuti kan ? Sofea pergi fitting baju dengan Firash yer" terang papa gembira dengan keputusan yang diberi oleh anaknya
"Yerlahh papa , fea ikut jer" Sofea berlalu ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh mamanya . Malas nak bantah . Dia tahu jika itu keputusan yang terbaik untuknya , dia ikut .
"Hai maa" sapa Sofea sambil tersenyum dibuat-buat . Hatinya masih sakit mengenangkan dia akan disatukan dengan musuhnya sendiri .
"Hai fea , so macam mana ? Fea terima keputusan papa" tanya Tengku Nazira sambil menghidangkan makanan di atas meja makan
"Fea taknak lukakan hati papa dan mama , fea nak balas budi papa dan mama , jadi fea setuju" balas Sofea sambil meraup mukanya . Fikiran nya tengah serabut ketika ini . Hilang selera nak makan .
"Mama harap fea tak marahkan papa , papa buat ni semua sebab dia sayangkan fea . Papa teringin sangat nak jadi besan kawan baik dia . Mama ikutkan jaa" terang Tengku Nazira sambil tersenyum manis . Seperti tiada apa yang berlaku .
"Sokay ma , fea pun dah buat keputusan ! So keputusan fea , fea setuju" balas Sofea sambil tersenyum hambar .
"Yerlahh fea , dah pergi panggil Syakirin , ajak makan sekali , asyik terperap jer dalam bilik tu , mengalahkan anak dara la budak sorang tu" Sofea tergelak kecil apabila Tengku Nazira memerli adiknya yang kerap kali berada di dalam bilik . Entah apa lah yang dia buat dalam bilik lama-lama
Seusai makan tengah hari , Sofea terus berlalu ke biliknya . Fikirannya masih memikirkan tentang masa depannya jika dia menjadi isteri orang pada usia yang amat muda ini .
Mampukah aku galas tanggungjawab besar ni ? Aku muda lagi kot! Firash dapat terima aku ker ?
Pelbagai soalan berlegar di fikirannya . Dia buntu saat ini . Apa yang harus dilakukannya . Terima dengan seadanya , atau membantah semula keputusan papanya . Tapi dia tahu , semua sudah terlambat . Dia dah buat keputusan untuk menerimanya . Jadi dia harus terima dengan hati yang terbuka walau apa yang terjadi nanti .
Sofea tertidur selepas penat memikirkan soal keputusannya sebentar tadi . Dia bangun untuk mandi dan solat . Tidak sangka begitu lama dia tertidur .
Sofea turun ke bawah melihat apa yang dilakukan mama nya ketika ini
"Hai mama , what are you doing? " Tanya Sofea sambil tersenyum kepada mamanya yang berada di halaman rumah
"Ni haa tengah tanam pokok bunga" jawab Tengku Nazira meneruskan aktiviti menanam pokoknya . Tengku Nazira amat suka menanam pokok bunga di halaman rumah . Nak dikatakan setiap hari dia akan berkunjung ke taman bunga untuk melihat pokok-pokok bunga yang ditanam olehnya
"Ohh , ma fea nak keluar jap boleh ?" Tanya Sofea sambil mencium bunga melur yang ditanam oleh mamanya .
"Nak keluar pergi mana" Tengku Nazira berpaling ke arah anaknya
"Nak keluar pergi taman depan tu jer , nanti fea balik keyh" balas Sofea meminta kebenaran mamanya untuk keluar ke taman yang berdekatan dengan rumahnya . Taman perumahan itu dilengkapi dengan pelbagai fasiliti . Jadi memudahkan penduduknya untuk beriadah mahupun membeli peralatan rumah .
"Yerlahh , jangan balik lewat sangat" balas Tengku Nazira menyambung aktiviti tanam menanam nya .
Sampai sahaja di taman , Sofea mengambil tempat di sebuah pondok yang berdekatan dengan tasik . Suasana di situ sangat nyaman dan tenang . Suasana ini mungkin mampu mengubati hatinya yang gundah gulana ketika itu .
Sedang ralit memerhati kanak-kanak yang berada di tepi tasik . Sofea terkejut apabila seseorang menyapanya dari belakang . Hampir saja dia terjatuh dari tempat duduknya . Nasib sempat cover herhh !
"HAHAHA , lawak lah muka kau terkejut" ketawa terbahak-bahak orang itu apabila melihat keadaan Sofea yang masih terkejut dengan kehadirannya
"Kau lagi , aku bosan lah ngadap muka kau" Sofea menjeling Firash yang berada di belakangnya
"Nanti muka ni lah kau kena ngadap sampai jemu kau tau" Firash tersenyum sinis dan mula duduk di kerusi berhampiran dengan tempat Sofea duduk .
"Aku tahu lah" bentak Sofea terhadap Firash yang mengingatinya tentang hal itu
'Aku dah nak lupa , kau pergi ingatkan balik'
"Kesah pulak aku , btw esok aku kena pergi fitting baju dengan kau kan ? So aku nak tepat jam 9 kau dah kena ada depan rumah . Tak boleh lebih seminit pun . Kalau kau lebih , tau lah kau apa aku buat" kata Firash tersenyum sinis kepada Sofea
"yelah , dah berambus semak lah kau ni , kacau jer aku nak release tansion ni" Sofea menghalau Firash yang masih tercegat berada di depannya
Bila lah nak blah haihh .
"Okaylah sayang , aku balik dulu k , jaga diri , jaga hati , kau tu aku punya , jangan nak tengok laki lain oky sayang , muahh muahh , saya balik dulu yer" balas Firash sambil tergelak terbahak-bahak melihat muka cemberut Sofea . Dah macam tenuk aku tengok HAHA.
"Eii tak hingin lah nak jadi sayang kau" jerit Sofea geram dengan sindiran yang diberikan oleh Firash
"Elehh aku tau lah kau teringin" Firash mengusik Sofea dan terus melarikan diri , takut diligan oleh gadis itu .
YOU ARE READING
I Love You Encik Nakal [SU]
Подростковая литература"always remember that i'm here, i'll always choose u and i will love u for the rest of my life...." Berkahwin pada usia yang muda bukan kemahuan semua remaja . Bagaimana nasib seorang gadis yang berhati batu perlu menerima jejaka yang dianggap sebag...