Part 6

119 8 0
                                    

Sofea berjalan masuk ke perkarangan sekolah dengan muka monyok . Kejadian semalam masih bermain di otaknya . Dia dibelenggu dua perasaan ketika ini , kasihan dan marah . Dia kasihan kan papanya yang merayu untuk dia berkahwin dengan pilihan papanya . Dan dalam waktu yang sama juga dia turut berasa marah diatas keputusan terburu-buru papanya untuk dia berkahwin . Kahwin paksa atas permintaan keluarga , sapa mahu kan ?

"Fea kenapa ni" Sofea ditegur sahabatnya ketika dia masuk ke kelas dengan muka monyok nya .

"Cakap lah fea , asal ni" Ariana tidak senang duduk dengan kelakuan rakan baiknya itu.

"Kalau aku cakap , korang tolong jangan bagitahu sapa-sapa boleh ? Ini rahsia kita jer" kata Sofea mengeluh lemah .

"Yeryer kitaorang janji ! Apadia" tanya husna menginginkan jawapan

"Aku kena kahwin dengan pilihan papa aku" jawab Sofea tenang namun tidak setenang hatinya tika saat ini .

"What––" jerit Mira tidak percaya

"Weyy bangang , slow lah" Husna menjentik dahi Mira kegeraman apabila dia menjadi tarikan semua warga kelas . Mana tak nya , suara macam telan speaker rumah kenduri .

"Betul Ker wey" soal Ariana inginkan kepastian . Baru dia tahu perkara ini membelenggu otak rakannya ketika ini

"Yer lah" jawab Sofea sambil tersenyum hambar . Begitu ketara mukanya yang tidak merelakan semua ini berlaku

"Dengan sapa" tanya husna ingin tahu

"Musuh paling aku benci ! TENGKU FIRASH RAYYAN" Sofea menekankan nama Firash

"What ! dia tu ? " sekali lagi mira terjerit , kali ini menarik minat semua pelajar yang berada berdekatan dengan kelas . Dia hanya tersenyum malu terhadap pelajar yang memandang nya dengan perasaan hairan .

"Oii berok , aku kata jangan jerit kan" marah Husna , bengang betul dengan si Mira ni . Mira hanya mampu tersenyum malu .

"Hurm aku tak tahu aku nak setuju ke tak sekarang ni , aku terpikirkan papa , aku nak balas budi dia besarkan aku , tapi dalam masa yang sama , aku taknak kawin dengan mamat menjengkelkan tu" balas Sofea sambil menunduk . Dia buntu memikirkan apa yang harus dilakukan nya .

"Aku rasa lagi better kau pergi jumpa Firash , mintak pendapat dia , tanya dia betul-betul" jawab Ariana sambil tersenyum manis kepada sofea tanda memberi semangat .

Seusai tamat waktu pembelajaran , semua murid berpunsu-punsu ingin ke kantin untuk rehat . Sofea sudah tidak merasa lapar . Yang dia tahu sekarang ni , dia nak cari Firash dan tanya dia sendiri , dia dah tahu atau belum benda ni semua

Sesudah terjumpa kelibat geng Firash . Sofea terus mengajak rakannya untuk menemaninya berjumpa dengan Firash .

"Wey Firash , aku nak bincang sesuatu sikit dengan kau" Sofea menegur Firash yang sedang meratah ayam yang dibeli oleh Danish .

Duit sendiri ada , sibuk nak ambil orang punya !

"Pasal kawin tu?" Tanya nya selamba

"Haa––haah pasal tu", tergagap gagap Sofea ingin menuturkan apa yang ingin dicakapkannya .

"Hurm yelah , nanti tunggu aku dekat belakang makmal sains B , nanti aku datang , btw pastikan kau datang sorang jer" balasnya lalu berjalan meninggalkan mereka untuk membasuh tangan .

"Weh babe , korang g lah makan dulu , aku tau korang lapar , nanti aku naik kelas sorang lah keyh , g makan dulu" Sofea menyuruh rakannya untuk berlalu pergi membeli makanan

"Kau sure taknak makan ni" tanya Ariana risau. Yelah Sofea ni ada gastrik . Kalau dia sakit susah pulak nanti .

"Sokay , aku okay , lagipun aku dah kenyang dah"jawab Sofea sambil tersengih lalu meninggalkan rakan-rakannya untuk pergi ke makmal B .

.
"Kenapa kau nak jumpa aku ni" tanya Firash sambil menjamah roti yang dibelinya .

Tak habis-habis makan jer kerja !

"Kau dah bagi jawapan Ker pasal benda tu" tanya Sofea sambil menundukkan mukanya mengadap lantai .

"Dah" jawab Firash selamba

Kini dia teringatkan kembali apa yang dilaluinya semalam .

Sebenarnya papa nak Firash kawin dengan anak kawan papa , anak uncle haziq" ujar Tengku Zaihan perlahan ingin anak nya bersetuju dengan rancangan nya untuk menyatukan anaknya dengan anak kawan baiknya.  Perkara ini telah menjadi bualan sejak Firash dan Sofea  kecil lagi .

"What ? Kawin ? Uncle Haziq ? Si Sofea tu" Firash terkejut dengan apa yang dikatakan papanya .

"Yer Tengku Athirah Sofea , anak kepada Tengku Haziq" balas papanya dengan nada tegas , dia inginkan kebahagian buat anaknya , baginya Sofea merupakan calon menantu yang terbaik buatnya , oleh itu dia tidak mahu Sofea terlepas ke tangan lelaki lain selain anaknya

"Tapi pa , Firash stay muda lah pa , habis sekolah pun tak lagi pa" ujar Firash berharap papanya tidak memaksanya

"Papa tahu , tapi papa nak Firash kawin dengan Sofea , papa rasa Firash layak untuk jaga sofea dan jadikan Sofea isteri firash yang sah , papa harap Firash tak musnahkan harapan papa untuk bermenantukan Sofea" balas Tengku Zaihan sayu , baginya dia hanya inginkan yang terbaik buat anak lelaki nya ini

"Baiklah pa , firash setuju , tapi ni semua sebab papa , sebab Firash sayang papa , sayang mama , Firash taknak mama papa sedih , so Firash terpaksa setuju" balas Firash lalu pergi menuju ke arah biliknya

"Wehh aku tanya ni dengar tak" tanya Sofea geram . Haishh aku ni macam orang gila panggil kau , kau boleh mengelamun jauh .

"Yeryer apadia" balas Firash terpinga-pinga

"Aku tanya kau , kau setuju ker tak ? Tu jer , tak suruh kau mengelamun pikir pasal anak bini kat rumah pun" rengus Sofea geram dengan Firash . Kau pikir aku tunggul ?

"Aku setuju , aku setuju pun sebab aku nak balas jasa mama papa aku yang dah besarkan aku , aku taknak lukakan hati diorang . Btw , bini aku ada depan mata ni haa , anak tu erm–– maybe dalam 2 , 3 bulan lagi ada lahtu" balas Firash sambil tersenyum nakal ke arah Sofea .

"Eii pervert" Sofea menampar kuat tangan Firash yang berada sedikit jauh dengan nya .

"Biarlah , niyh kau terima ke tak ?" Tanya firash kepada Sofea yang memandang nya tajam .

"Aku belum bagi jawapan lagi" Sofea mengeluh berat

"Alah terima jerlah weyy , kalau bukan disebabkan aku , sebab mama papa kau" Firash memujuk Sofea supaya menerima apa yang diinginkan oleh ibubapa mereka

"Yelah nanti aku bagitau papa" balas Sofea lalu meninggalkan Firash berseorangan di pondok itu .

'Aku harap mama papa kau akan happy bila dia dapat tahu benda ni'

I Love You Encik Nakal [SU]Where stories live. Discover now