Sofea dan rakannya berjalan untuk masuk ke dalam kelas . Pagi ini mereka bersemangat untuk datang ke sekolah dengan lebih awal dari sebelumnya . Sedang asyik berborak sambil berjalan untuk menuju ke kelas . Sofea dan rakannya ternampak banyak pelajar sedang memerhatikan sesuatu . Mereka tertarik untuk dekatkan diri ke tempat para pelajar itu bergerumun .
"Dah kenapa ni" tanya Sofea kepada seorang pelajar junior yang turut menyaksikan pertengkaran itu.
"Ada orang buat hal dengan boys , so now diorang tengah bergaduh" terang pelajar itu sambil terjengket-jengket untuk melihat pertengkaran itu .
Oky boys tu 4 orang malaun tu lah . Sierraz , Farish , Firash , dengan Danish .
"Apa hak kau nak tuduh aku goda awek kau ? Awek kau yang terhegeh-hegeh dengan aku . Pergilah tanya dia . Aku tak hamak lah perempuan macam tu . Buka sana buka sini . Entah dah berapa kali kena dah tu . Kalau aku bawak balik dekat mama aku pun belum tentu mama aku nak ambik buat menantu . Aku tak teringin lah awek kau . Sorry okyhh . Aku ada maruah lagi nak ada awek macam mana !" Hambur Farish dengan perasaan marah dengan seorang lelaki yang tiba-tiba saja menyerangnya dengan alasan dia menggoda girlfriend lelaki itu . Mana taknya , Firash digilai ramai gadis oleh itu tidak hairanlah ada yang iri hati dengan nya .
"Blah lah kau , sibuk nak serang orang , kena hambur sikit dah kecut . Apa cer bro. Lain kali angkat lah ramai sikit . Baru best nak gadoh . Ni kau datang sorang , alahh balik lah , takut kau tak hidup lama pulak nanti" sindir Sierraz dengan ayat pedasnya.
"Kau tunggu kau , Harini hari kau , esok lusa hari aku . Aku takkan berdiam diri . Kau rampas awek aku , so kau tunggu balasan kau" jerit lelaki itu berlalu meninggalkan mereka berempat .
"Dasar gila" jerit Farish geram . Walaupun Firash yang dituduh . Dia tetap merasai apa yang Firash rasa . Mana taknya , dituduh rampas dan goda girlfriend orang . Dia tahu , rakannya itu masih ada maruah untuk memilih wanita untuk dijadikan teman hidup walaupun hanya untuk seketika mahupun selamanya.
"Dahlah yang lain pergi masuk kelas , tak payah sibuk nak tengok , mengata sangat . Nanti ada jugak aku tumbuk sorang-sorang kot ." Usir Firash yang melihat ada segelintir pelajar lagi yang melihat pertengkaran itu . Ada yang memerhati dan ada jugak yang mengata sesuatu.
Sofea , Mira , Husna dan Ariana hanya melihat kejadian itu tanpa bersuara . Malas lah nak masuk campur , bukan urusan kitaorang pun !
Masuk sahaja ke kelas semua pelajar belajar seperti biasa . Untuk subjek pertama kelas 5 waja , ialah subjek matematik yang dikendalikan oleh cikgu Suraya , cikgu yang segak bergaya namun jika dia marah , sekali buku-buku terbang turun kebawah . Itu menyebabkan ramai murid tidak berani membuat hal di dalam kelasnya , apa lagi memonteng kelas .
"Assalamualaikum kelas" cikgu Suraya memberi salam sambil memerhati tempat yang diduduki oleh boys .
"Mana 4 orang kawan kamu ni" tanya beliau kepada pelajar kelasnya . Semua hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu apa-apa tentang boys.
"Hurm , kerja ponteng ponteng ponteng , kalau diorang masuk kelas , suruh diorang masuk bilik saya , saya nak jumpa" cikgu Suraya meneruskan aktiviti pembelajarannya dengan perasaan geram yang berbuak-buak . Pelajar 4 orang itu selalu menaikkan darah mudanya .
Selepas diberitahu yang cikgu Suraya ingin berjumpa dengan mereka . Boys terus berjalan menuju ke bilik guru yang berada di tingkat dua. Mereka sudah tahu apa motif cikgu Suraya memanggil mereka .
Ni mesti sebab tak masuk kelas ni ¡
"Kenapa kamu berempat ponteng kelas saya ! Saya dah bagi amaran dah kan , jangan ponteng kelas saya , jangan melawan cakap saya , apa yang kamu semua tak paham lagi ni , ni bukan pertama kali kamu buat , dah dekat 3 kali dah . Tak takut Ker dengan SPM . Now saya malas nak cakap banyak , saya akan call mak ayah awak cakap apa yang awak dah buat dekat sekolah ni . Biar awak sedar dan faham sikit pentingnya masuk ke kelas dan belajar" marah cikgu Suraya . Boys hanya membuat muka selamba badak mereka .
Ada saya kesah cikgu ?
"Buat lah apa yang cikgu nak buat , asalkan cikgu happy" boys berlalu pergi meninggalkan cikgu Suraya terkebil-kebil disitu .
Pergi macam tu jer budak-budak ni . Haihhh !
Cikgu Suraya menelefon ibu bapa boys untuk memberitahu tentang kelakuan anak-anak mereka disekolah . Bagi ibubapa boys mereka dah lali dengan apa yang diperkatakan tentang anak mereka di sekolah . Sudah mereka tahu , 4orang sahabat baik itu sungguh nakal . Tetapi apa yang membanggakan ibubapa boys ialah keputusan peperiksaan mereka yang cemerlang. Walaupun boys kadangkala tidak masuk ke kelas , tidur dalam kelas , nakal , buli orang , mereka tetap konsisten dalam pelajaran . Selalunya mereka akan mendapat Top 10 daripada 300 pelajar sekolah itu di dalam aspek pelajaran . Jadi tidak peliklah jika mereka menjadi pelajar harapan sekolah untuk mendapat straight A' di dalam peperiksaan besar iaitu SPM .
YOU ARE READING
I Love You Encik Nakal [SU]
Roman pour Adolescents"always remember that i'm here, i'll always choose u and i will love u for the rest of my life...." Berkahwin pada usia yang muda bukan kemahuan semua remaja . Bagaimana nasib seorang gadis yang berhati batu perlu menerima jejaka yang dianggap sebag...