Part 5

142 6 0
                                    

Firash pulang ke rumah dengan menaiki motor berkuasa tinggi nya . Baginya , motor itu ialah segala-galanya bagi Firash . Motor itu jugak merupakan hadiah daripada papanya sempena majlis hari lahirnya tahun lepas . Oleh itu , Firash terlampau sayangkan motor itu sehinggakan kadangnya tidak membenarkan sesiapa menunggang motornya .

"Assalamualaikum Maa Firash dah balik" jerit Firash sambil membuka pintu rumah . Dia ternampak seorang budak lelaki berlari kearahnya sambil tersenyum gembira .

"Yeayy , Abang dah balik" jerit Fariq . Tengku Fariq Aryan merupakan adik kepada Firash . Fariq berusia 3tahun . Beza umurnya dan adiknya amat ketara jauhnya .

"Hai si comel abang" Firash menarik hidung adiknya sambil tersenyum . Jika disekolah Firash merupakan seorang remaja yang nakal dan dingin . Tetapi tidak dirumah . Jika dirumah , Firash lah lelaki yang paling manja dan murah senyumannya .

"Firash dah balik" sapa Tengku Zafirah yang baru saja datang ke ruang tamu untuk melihat anak lelakinya .

"Yer mama , dah balik dah ni"balas Firash sambil menyalami tangan mamanya .

"Dahdah pergi naik atas mandi , lepastu solat zohor , dah solat turun makan dekat bawah , papa balik makan tengah hari Harini , katanya ada hal penting yang nak dibincangnya" Tengku Zafirah menyuruh anaknya naik keatas untuk mandi dan solat . Walaupun mereka kaya dan boleh memiliki segalanya . Tengku Zaihan dan Tengku Zafirah mendidik anak-anak mereka untuk bersyukur dan tidak meninggalkan solat . Baginya solat merupakan pintu untuk mendapat apa yang mereka mahukan . 

Seusai mandi dan solat , Firash duduk di atas katil termenung dan memikirkan apa yang diperkatakan oleh mamanya tadi .

Papa ada hal yang penting nak bincang ? Hal apa ?

Dia dibelenggu tanda tanya yang berada di dalam otaknya . Akhir sekali dia berbuat keputusan untuk membiarkan saja soalan itu menjadi tanda tanya . Now , aku lapar !

"Hah turun pun anak mama , ingat dah dibuai mimpi indah dah"Tengku Zafirah memalingkan muka apabila terdengar seseorang turun dari tangga .

"Tak lah , Firash siapkan homework tadi" bohong Firash .

"Aikk sejak bila anak mama rajin ni" Tengku Zafirah kehairanan . Sebelum ni jarang sungguh nak dengar mahupun melihat Firash memegang buku dan kerja rumah nya

"Saja ja ma, tetiba jadi rajin tu yang buat" Firash tergelak kecil apabila memikirkan semula ayatnya . Sejak bila lah dia rajin buat homework .

Tidak sampai beberapa minit , mereka terdengar bunyi sebuah kereta parkir di garaj rumah mereka . Sudah tahulah siapa gerangan itu .

"Assalamualaikum" Tengku Zaihan memberi salam apabila menapak masuk ke dalam rumah

"Waalaikumussalam" jawab mereka yang berada di dapur .

"Hah Firash dah balik" sapa Tengku Zaihan kepada anaknya .

"Dah balik pa , Harini takda tuisyen petang" jawab Firash sambil menyalam tangan papanya .

"Baguslah tu , papa pun ada benda nak bagitahu Firash ni" terang Tengku Zaihan sambil mengambil tempat di meja makan . Nasi dicedok kedalam pinggan .

"Apadia pa" tanya Firash terburu - buru

"Sabarlah , makan dulu , nanti tunggu papa dekat ruang tamu okyh" suruh Tengku Zaihan dan meneruskan makannya yang tertunda .

Firash berjalan ke ruang tamu dengan bersemangat ingin mengetahui perkara yang dikatakan penting oleh papanya . Jarang sekali Tengku Zaihan ingin membincangkan sesuatu dengan nya . Oleh itu dia terasa hairan dengan apa yang diperkatakan Tengku Zaihan tadi .

"Oky sebelum tu , Firash tarik nafas panjang-panjang , jangan stress , dan papa harap Firash ikut apa yang papa nak tanpa membantah . Papa rasa perkara ini terbaik untuk Firash" kata Tengku Zaihan sambil mengambil tempat di sofa single .

"Apadia pa , buat suspen lah" Firash sudah berkerut dahi dengan apa yang diperkatakan bapanya . Apa ni ? Tak paham ?

"Sebenarnya papa nak Firash kawin dengan anak kawan papa , anak uncle haziq" ujar Tengku Zaihan perlahan ingin anak nya bersetuju dengan rancangan nya untuk menyatukan anaknya dengan anak kawan baiknya.  Perkara ini telah menjadi bualan sejak Firash dan Sofea  kecil lagi .

"What ? Kawin ? Uncle Haziq ? Si Sofea tu" Firash terkejut dengan apa yang dikatakan papanya .

Kawin dengan Sofea ? Hurhh musuh kot , boleh Ker musuh dengan musuh bersatu

Sementara itu di rumah Sofea

"Apa pa ? Kawin ? Dengan sapa" Sofea turut terkejut dengan berita yang dikhabarkan oleh papanya .

"Anak kawan papa , uncle zaihan" jawab Tengku Haziq tenang .

What ? Tengku Zaihan ? Si Firash tuh ? Ya Allah musuh kot

"Pa fea taknak lah paa" Sofea membuat muka sedih berharap papanya mengerti perasaan nya ketika itu .

"Please fea , ni jer papa mintak , papa harap fea terima" lain yang diharapkan lain pulak yang jadi.  Papa merenung anaknya dengan pandangan sedih , Sofea ketika ini terasa bersalah dengan papanya . Mamanya yang berada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak ingin masuk campur di dalam urusan ini . Tengku Nazira tahu jika dia masuk campur , mungkin akan menerukkan lagi keadaan .

"Nantilah fea bagi jawapan , biar fea pikir dulu" Sofea berlalu ke biliknya dengan perasaan bersalah bercampur pening .

Apa aku nak buat ni ? Terima Firash sebagai suami ? Dalam usia macam ni ? Oh no ! YaAllah aku tak kuat ~

I Love You Encik Nakal [SU]Where stories live. Discover now