Part 10

128 6 0
                                    

"Hai fea , awal sampai harini" tegur Mira yang baru menjejakkan kaki ke dalam kelas . Dia ternampak Sofea yang menongkatkan kepalanya diatas meja sambil termenung

"Hai Mira , haah aku pun tak tau kenapa aku rajin Harini" balasnya sambil meneruskan khayalan nya tanpa menghiraukan Mira . Otaknya kini berada entah kemana .

"Haihh kau ni berangan jer kerja nya" Mira mengeluh melihat sahabatnya itu

"Alahh , bukan selalu" katanya sambil tergelak kecil . Sedang mereka berdua leka berborak , sahabatnya yang lain datang ke arah mereka . Semuanya bersemangat datang ke sekolah . Tapi semangat ni kejap jer . Lepas jumpa 4 malaun tu terus hilang semangat .

"Hai korang , awal datang ? Ada hot news Ker" tanya husna tersengih-sengih . Kaki gosip dah datang . Geng² makcik-makcik bawang lah ni . Jarang lah dia nak terlepas hot news dekat sekolah ni .

"Takda news pun . Aku just nak jemput korang jumaat minggu depan datang rumah aku . Kenduri kahwin tu" balas Sofea sambil tersenyum hambar . Haih kawin kawin kenapa lah kena kawin .

"Alah nak kahwin dah member aku ni , alala nanti bagi anak buah dekat aku banyak-banyak tau , pastikan melebihi 5orang" kata Ariana sambil tersenyum nakal .

"Woahh , kau pikir aku kilang anak ? Nak anak mintak Sierraz , ajak dia kawin cepat-cepat skit" balas sofea menjeling Ariana yang berada di sebelahnya .

"Panggil aku Ker?" Tegur seseorang di belakang mereka . Gurls berpaling untuk melihat gerangan itu . Dan panjang umur sungguh . Boys masuk ke kelas dan duduk di tempat mereka .

"Haah Ariana ni sibuk nak ada anak , tu yang aku suruh dia cepat- cepat kawin . Alang-alang kau ada boleh lah kot" sindir Sofea selamba . Ariana yang berada di sebelahnya sudah mengelegak menahan marah .

"Ohh yakaa , hm nanti lah aku pikir , aku takda hal bab anak ni" Sierraz mengeyit mata kearah Ariana . Gurls dan boys sudah tergelak dengan apa yang diperkatakan Sierraz . Haihh melayan sungguh !

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa . Bagi kelas 5 waja , subjek addmath merupakan subjek yang paling tidak digemari oleh mereka.  Ada sesetengah jer yang bersungguh dengan subjek itu . Yang lain ? Tunggang terbalik , kadang tu sampai sanggup duduk dalam tandas sampai habis waktu addmath .

Sedang kusyuk mereka belajar , kelas itu dikejutkan dengan kehadiran pengetua ke kelas mereka . Semua sudah kecut perut , mana taknya pengetua kot ! Orang paling berkuasa di dalam sekolah , bila-bila masa saja dia boleh buang pelajar yang berbuat salah atau melanggar peraturan sekolah .

"Assalamualaikum , saya nak jumpa dengan Firash Rayyan boleh cikgu" tanya pengetua kepada guru yang mengajar subjek kimia ketika itu .

"Ya boleh cikgu , silakan . Firash datang depan , pengetua nak jumpa" cikgu afiq memanggil Firash untuk tampil ke hadapan

"Terima kasih cikgu" ucap pengetua sambil menyuruh Firash mengikuti nya ke pejabat miliknya .

Bagi Firash , dia dan pejabat dah berkawan baik sejak dia menjejakkan kaki di sekolah ini , jadi dia sudah tidak kisah dengan apa yang akan berlaku di dalam bilik itu .

"Yer pengetua ada apa" tanya Firash tenang

"Saya dah tengok rekod sukan kamu masa di sekolah lama , nampaknya kamu seorang yang aktif bersukan , apa kata saya tawarkan kamu sebagai ketua pasukan bola keranjang sekolah ini , nak tak ?" Ujar pengetua sambil menyelak helaian rekod kokurikulum milik Firash . Firash sungguh meminati aktiviti sukan . Lebih-lebih lagi bola keranjang . Baginya dengan bermain bola keranjang dia dapat menghilangkan masalah yang dihadapinya . Sahabatnya juga mempunyai minat yang serupa . Nama pun sahabat . Kebanyakan ada persamaannya .

"Saya boleh je setuju , tapi saya akan masuk kalau kawan-kawan saya masuk " terang Firash sambil mengingati rakan-rakannya . Dia tidak akan melakukan sesuatu benda itu tanpa menghiraukan rakannya . Baginya sahabat adalah segalanya

"Oky baiklah , awak boleh ajak kawan-kawan awak . Jadi awak terima ?" Tanya pengetua inginkan kepastian

"Yaa , saya terima" balasnya sambil tersenyum .

Firash pulang ke kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran . Dia gembira dengan apa yang ditawarkan pengetua tadi . Memang cita-cita nya dari dulu untuk mengetuai team bola keranjang .

"Weyy kau asal happy semacam jer ni , lepas balik pejabat terus happy ! Pelik ? Selalunya muka kau macam singa bila lepas balik pejabat , asal ? Pengetua panggil kau ? Kau buat kes apa lagi ni ? Kenapa tak ajak kitaorang pun"bertubi-tubi soalan diberikan oleh Farish setibanya Firash ditempatnya .

"Haihh , aku nak jawab yang mana satu ni?" Firash menjeling Farish yang berada di sebelahnya . Farish tersengih malu dengan apa yang dilakukannya tadi . Gelojoh betul !

"Hurm , aku ada good news untuk kita" kata Firash teruja . Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya . Haihh semua gadis di dalam kelas itu  sudah terpaku dengan senyuman Firash , tidak bagi gurls ! Bagi mereka singa macam tu mana boleh bawak-bawak senyum , kalau senyum pun sinis jer

"Apadia-apadia" seloroh tiga orang sahabatnya yang penuh dengan tanda tanya .

"Jap-jap bagi aku tarik nafas dulu . okyh kita dapat wakil sekolah dalam team bola keranjang" kata Firash tersenyum bangga kepada sahabatnya

"What ? Bola keranjang ? Weyy gila ahh , fav game tuh" mata Sierraz sudah bersinar dengan apa yang dipertuturkan Firash tadi

"Yer , kita dapat masuk ! aku jadi leader korang , so korang kena dengar cakap aku , tak nak bantah-bantah" Firash tergelak sinis

"Haihh , memang selama ni kitaorang ikut cakap kau jer pun mamat keras kepala"  Danish menjeling tajam Firash . Mereka amat teruja dengan apa yang dikhabarkan itu .

Finally , gelanggang bola keranjang milik kami . Hehe !

Selepas setahun tak update dan yahh Mimi ada jer ni 😂💗

I Love You Encik Nakal [SU]Where stories live. Discover now