Part 2

172 10 0
                                    

Tamat kelas bahasa melayu . Kami belajar sambil mendengar bebelan cikgu Zira . Ini semua angkara Amir yang membuatkan cikgu Zira membebel dan memberi tazkirah kepada kelas kami .

"Eii semak betul lah Amir tu , ada jer nak bagi cikgu Zira tu membebel . Dahla membebel lama lak tuh" Rungus Mira mengingatkan kembali betapa malangnya nasib kelas mereka disebabkan Amir .

"Tulah , sibuk taknak belajar , last sekali kena bebel" Husna menyokong apa yang diperkatakan Mira . Sapa jer yang tak marah . Sorang buat salah , semua kena . Kena tazkirah panjang pulak tu .

Sedang ralit husna , mira , Sofea dan adriana berbual mereka dikejutkan dengan pertembungan antara makhluk-makhluk perosak yang sangat dibenci oleh mereka bertiga . Makhluk itu ialah , Sierraz , Farish , Danish dan yup ketua yang baru datang dah jadi gangster sekolah tu . Sapa lagi ? Firash .

"Lah manusia ni lagi , takdak manusia lain dah ker aku nak jumpa sekarang ni" rungut Mira yang bertentang dengan Farish . Farish dan Mira sudah lama menjadi musuh . Sejak form 1 lagi . Hal ini kerana , Farish amat suka mengusik Mira dan jika mereka bertembung ada saja yang tidak kena antara mereka .

"Eleh , pikir aku nak sangat jumpa kau" Farish menjeling Mira sambil menggigit roti yang dibelinya di kantin .

"Dah pergi sana , kitaorang nak lalu lah" halau Sofea yang sudah lama memandang geram terhadap manusia yang sedang memandang tajam ke arahnya.

Kau nak apa lagi hahh syaiton-- jerit Sofea di dalam hati . Dalam hati jerlaa , bukan luar .

"Kalau kitaorang taknak" jawab Firash selamba sambil tersenyum sinis kepada Sofea .

"Blah lah , semak tahu?" Ariana sudah tidak menahan sabar dengan jembalang yang berada di depannya itu .

Keempat-empat lelaki itu berjalan meninggalkan Sofea dan kawan-kawannya . Puas dah kot nak usik orang tu yang blah tuh--

"Benci benor dengan makhluk² tu , ingatkan 3 ekor jer yang ada dalam muka bumi ni . Rupanya tambah lagi sekor , perangai sama laktuh" Sofea mengomel geram . Lelaki-lelaki itu selalu mengacau ketenteraman hidup mereka .

"Tulaa , nak jer aku cekik biar masuk ICU baru padan muka , kerja nak buli , usik , marah orang . Ingat diorang apa herhh" Mira turut mengutuk 4 lelaki itu .

"Dahla jom makan , aku laparlah" kata Husna sambil memegang perutnya

"Kau bila jer kenyang" mereka tergelak dengan sindiran Ariana . Husna membuat muka cemberutnya.

--------------------------------

Setibanya di rumah Sofea terus meloloskan dirinya untuk berehat di bilik memandangkan mama nya sedang memasak di dapur . Papa nya sudah lama pergi ke pejabat . Dia melompat ke atas katil untuk tidur . Penat rasanya seharian berada di sekolah , dengan kena bebel nya , jumpa manusia-manusia yang menyakitkan hati lah . Selepas beberapa minit terlelap , Sofea terdengar suara Tengku Nazira yang mengetuk pintu biliknya sambil memanggil namanya .

"Yer kenapa mama" sahut Sofea lemah . Orang mengantuk lah eii .

"Pergi mandi , solat pastu turun makan , cepat cepat" jerit mama dari luar biliknya. Jeritan itu cukup kuat untuk didengari oleh Sofea .

Sedang dia leka mengelap rambut seusai sudah mandi , dia terdengar fon nya berbunyi . Sofea terus berlari untuk mengambil telefon nya yang berbunyi tanda mesej masuk

Bbgurls❤️

Babe jom keluar - Mira

Keluar mana ? - Husna

Tempat biasa , shopping jom ? - Mira

Aku on jer , Husna ? Sofea ? - ariana

Jomlah aku pun bosan ni - sofea

Aku pun on , jomlah - Husna

Orite , tunggu dekat depan shopping mall , dah g siap , pukul 3 aku nak semua dah ada , kalau takda siap korang - Mita

Baek bos ! - Sofea

Dah g siap shuhh shuhh - Mira

Aku menyiapkan diri untuk solat . Seusai solat aku turun kebawah untuk makan tengah hari bersama mama . Hidangan semua disediakan seratus peratus oleh mama . Katanya taknak sapa-sapa kacau dia time masak . Lagipun mama suri rumah sepenuh masa . Dia cuma menolong papa jika papa memerlukan pertolongan nya untuk mengendalikan syarikat . Lagipun mama juga mahir di dalam urusan pengendalian syarikat . Namun dia berbuat keputusan untuk menjadi suri rumah dan menjaga keluarganya . Ini supaya keluarga tidak lah terabai dan anak anak juga mendapat kasih sayang yang secukupnya .

"Hai mama , Syakirin " panggil Sofea sambil mengambil tempat di ruang makan . Tengku Syakirin merupakan adik kedua sofea . Beza umur antara mereka hanya lebih kurang 2tahun . Kini Syakirin berada di tingkatan 3 manakala kakaknya berada di tingkatan 5.

"Hai kakak , cantik-cantik nak g mana ? Jumpa boyfriend eii" Tuduh Syakirin sambil tergelak mengejek kepada kakaknya . Sofea sudah tarik muka dengan apa yang dikatakan adiknya tadi .

"Banyak lah kau , takdanya nak g jumpa boyfriend , Mamaaaaa kakak nak g shopping dengan gurls boleh" pujuk Sofea sambil membuat muka comel berharap mamanya akan memberi perlepasan untuk nya pergi ke mall bersama sahabatnya .

"Eleh ingat comel dahlatu" Syakirin membuat muka loya melihat kakaknya merayu untuk keluar .

"Comel hokeyhh , jeles cakaplah" Sofea menjeling adiknya . Ada saja yang ingin digaduhnya .

"Takdak masa" Syakirin menyambung makannya tanpa menghiraukan kakaknya yang sibuk memujuk mama untuk keluar .

"Boleh lah maa" rayu Sofea lagi

"Yerlahh pergilah , jangan balik lewat sangat , after shopping terus balik rumah terus keyh" ujar Tengku Nazira memberi keizinan untuk anaknya . Dia tidaklah begitu kongkong anaknya . Lagipun dia tahu , Sofea sudah besar dan tahu untuk menjaga dirinya .

"Yeayyyy, tq mama , sayang mama , muahmuahhh" Sofea bersorak riang apabila mamanya memberi kebenaran untuk keluar .

Selepas makan dia terus berjalan ke garaj untuk menaiki kereta . Sofea sudah pun pandai menaiki kereta walaupun diikutkan dia masih tidak boleh mengambil lesen memandu disebabkan oleh faktor umurnya . Tapi apa dia kesah . Polis saman bayarlah . Perkara itu dijadikan perkara biasa baginya . Namun dia tidak pernah ditahan oleh polis .


I Love You Encik Nakal [SU]Where stories live. Discover now