Tengah sedap-sedap tidur , Sofea terdengar mamanya menjerit namanya .
"Fea bangun ! Dah lewat ni , awak tu nak kena pergi butik pengantin lagi fitting baju dengan Firash , cepat-cepat nanti Firash datang fea tak siap lagi , jenuh pulak nak menunggu , bangun cepat" jerit Tengku Nazira dari dapur . Sofea yang masih setia dengan bantalnya mengeliat geram apabila mamanya menganggu tidur nya .
Nak tidur pun tak aman !
"Tengku Athirah Sofeaa ! Wakeup now sebelum mama simbah awak dengan air" jerit mamanya lagi . Anaknya memang liat untuk bangun . Apatah lagi pada waktu pagi . Jenuh nak jeritnyaa !
"Yer ma , dah bangun ni" jerit Sofea sambil menyambung tidurnya .
"Pergi mandi now ! Dah pukul 8.45 dah ni . Nanti Firash datang lah" Tengku Nazira sudah tahu perangai anaknya . Cakap jer dah bangun , at last masih berkelubung dalam selimut .
"Yer mama" jawab Sofea tenang
eh jap pukul berapa mama cakap tadi ? 8.45 ? Firash suruh tunggu pukul 9 and now 8.45 ? Hah mati aku !
Sofea berlari menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri . Ala kadar jelah , dah lewat dah pun . Dia siap memakai pakaiannya . Dia hanya menyarungkan baju t-shirt muslimah berwarna biru laut dengan shawl dan seluar
Jeans berwarna hitam ."Okaylah ma , fea pergi dulu , Firash dah sampai tu" Sofea menyalami tangan mamanya yang berada di ruang tamu sambil menonton tv bersama adiknya .
"Yerlahh jaga diri , jangan bergaduh pulak dekat butik tu , kalau aunty Zulaikha bagitau yang kamu buat perangai dekat butik , siap kamu berdua eh" Tengku Nazira memberi amaran kepada anaknya . Dia sudah tahu , farish dan Sofea memang tidak bersefahaman . Jadi tidak pelik jika berlaku pentengkaran di butik itu . Lagipun butik itu kepunyaan sahabat baiknya sendiri . Jadi apa-apa hal mesti diberitahu kepada Tengku Nazira dahulu .
"Insyaallah ma , fea pergi dulu" ucap Sofea sambil berjalan pergi ke luar rumah untuk memakai kasut dan terus berjalan memasuki ke dalam kereta yang sudah menunggunya di luar perkarangan rumah .
"Mak aii , mengalahkan tuan puteri bersiap , dekat sejam aku tunggu tau tak" marah Firash apabila Sofea masuk ke dalam kereta yang dipandunya .
"Sorry lah , aku terlupa pasal benda ni" jawab Sofea mengelak dari perkara sebenar .
Sebenar nya dia yang lewat bangun , HAHA !
"Haihh , tak sangka bakal bini aku ni nyanyuk rupanya , nanti dah kawin , anak pun terlupa letak mana , Ish Ish" Firash menggelengkan kepala sambil menghidupkan enjin nya untuk meneruskan perjalanan ke butik itu
"Kau jangan nak melebih ehh , anak-anak bagai , tumbuk kang koma kot" marah Sofea kepada Firash . Lelaki itu sering kali menyakat nya .
"Betul apa ? Takpa sayang , nanti kita buat anak banyak-banyak oky lepas kawin" Firash tersenyum nakal ke arah Sofea . Sofea sudah membuat muka ingin muntah .
"Pervert punya jantan" Sofea menjeling tajam Firash yang masih tersenyum nakal
Sesudah sampai di butik yang ingin dituju , mereka disapa oleh pemilik butik itu . Syarifah Zulaikha atau lebih dikenali sebagai aunty aikha atau Puan zu .
"Ni anak Tengku Nazira Ker" tanya aunty Zulaikha kepada Sofea yang baru menjejakkan kaki ke dalam butik .
"Yer saya" jawab Sofea sambil tersenyum manis . Farish yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri .
"Nak fitting baju kan?" Tanya aunty Zulaikha lagi
"Haah aunty nak fitting baju" ujar Sofea sambil berjalan masuk ke dalam butik itu . Butik yang sangat terkenal di daerah itu . Butik paling mewah yang pernah ada . Ramai berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh butik itu .
"Oky guys nak baju kaler apa ? Boleh aunty tahu ? Btw ni ker bakal menantu Tengku Nazira ni ?" Aunty Zulaikha melihat gerangan yang berada di sebelah Sofea .
Sangat kacak dan bersopan santun , layak dijadikan suami !
"Aunty rasa ? Fea oky jer Kaler apa pun , asalkan simple and nice . Yer ni bakal suami fea" jawab Sofea , senyuman masih tak lekang dari bibirnya
"Segak nya , pandai fea pilih eh" aunty Zulaikha tersenyum-senyum melihat pasangan itu . Sangat secocok . Seorang hensem dan seorang lagi cantik .
"Tq aunty" balas Firash sambil tersenyum malu
Happy lah tu kena puji ?
"Dahdah cer pergi try baju ni , aunty rasa baju ni sesuai dengan kamu berdua" katanya sambil memberikan sepasang baju pengantin yang berwarna biru gelap , sangat Elegen , cantik dan simple .
"Cantik lah aunty , simple but nice , tak ada banyak batu-batu dan manik sangat" puji Sofea sambil memadankan baju itu ke badannya
"Firash macam mana ? Cantik ?" Tnya aunty Zulaikha kepada Firash yang berdiam diri sejak dari tadi .
Dah bisu ker bakal suami aku ni ? - sofea
"Cantik aunty , Firash tak kesah pun , Firash ikut jer yang mana Sofea pilih" ujar Firash disertakan dengan senyuman manisnya yang tak lekang dek mulut . Tetiba jer pemurah senyummm .
"oky macam mana ? Setuju nak yang ni ? Kalau tak suka kita boleh tengok design lain . Ada banyak lagi design selain ni . Kalau korang nak yang ni pun tak pa , lagipun aunty tengok sesuai sangat dengan korang" aunty Zulaikha tersenyum melihat pasangan itu memadankan pakaian yang direka oleh nya sendiri . Sangat cantik dan padan dengan mereka !
"Fea rasa yang ni dah oky lah aunty . Cantik sangat , fea pilih yang ni lah , Firash ? kau ?" Tanya Sofea tanpa segan silu . Dia menyiku Firash yang berada di sebelahnya .
"Aku oky jer , lagipun baju ni nampak sesuai dengan aku" balas Firash sopan .
Baiknya siaa . Talam betul - Sofea
"Okylaa , kitaorang pilih yang ni lah aunty" ujar Sofea meyakinkan aunty Zulaikha
"Baeklah ! Kenduri nya bila ni ?" Soal aunty Zulaikha
"Khamis minggu depan aunty , maaflah kad belum siap , so tak boleh bagi lagi" jawab Sofea . Dia tidak melakukan apa satu pun persiapan . Semua persiapan dilakukan oleh mama dan papa dia dan Firash .
"Orite , nanti aunty siapkan pakej ni semua oky ! , apa-apa aunty bagitau mama fea lah yer" kata aunty Zulaikha
"Baeklah aunty , kalau tak ada apa-apa fea dengan Firash mintak balik izin dulu lah" jawab fea sambil menyalam aunty Zulaikha untuk pulang . Firash juga turut serta menyalam aunty Zulaikha
"Yerlahh" balas aunty Zulaikha tersenyum
YOU ARE READING
I Love You Encik Nakal [SU]
Novela Juvenil"always remember that i'm here, i'll always choose u and i will love u for the rest of my life...." Berkahwin pada usia yang muda bukan kemahuan semua remaja . Bagaimana nasib seorang gadis yang berhati batu perlu menerima jejaka yang dianggap sebag...