Part 11

119 6 0
                                    

Hari ditunggu-tunggu oleh semua telah pun sampai . Tapi tidak bagi Firash dan Sofea . Bagi mereka hari ini lah detik paling hitam untuk mereka terima . Pada hari ini , berlangsungnya majlis pernikahan antara mereka di usia yang begitu muda , hendak ditolak sudah terlambat . Akhir nya perlu diterima dengan hati yang terbuka walaupun kadangnya hati ini tidak rela untuk semua itu .

"Fea , cepat mandi , nanti mak andam nak datang makeup fea , cepat-cepat" Tengku Nazira menjerit memanggil anaknya untuk mandi .

"Yer ma , nak mandi la ni" jerit Sofea perlahan . Dia masih termenung di atas katil memikirkan apa yang akan terjadi sebentar saja lagi . Haih kawin- kawin .

Sedang dia asyik berada di dalam dunia nya . Pintu bilik ditolak dan masuk 3 orang sahabatnya ke dalam .

"Woihh , tak reti-reti nak mandi lagi , mak andam datang nanti kang baru tau" jerit Mira di tepi telinga Sofea , menghentikan lamunan gadis itu .

"Weyy bila korang masuk"Sofea terkejut dengan kehadiran rakan baiknya . Bila pintu tu terbuka ? Tak nampak pun .

"Kelmarin" jawab Ariana selamba sambil menjeling Sofea.

"Dahdah pergi mandi lah , nanti mama kau naik atas bising" Husna menolak Sofea masuk ke dalam bilik air

Selepas beberapa minit membersihkan diri , Sofea keluar untuk berlalu pergi ke bilik pakaian . Dia melihat sebuah gaun yang cantik terletak dia dalam almari bajunya . Gaun yang dipilihnya tempoh hari ! Masih cantik dan sama seperti haritu .

"Fea ! Pakai cepat , mak andam dah datang lah nak makeup kau" jerit Ariana di luar bilik persalinan .

"Yeryer jap" Tak menyempat betul !

Sofea keluar dengan memakai gaun pengantin . Gaun itu terletak elok di badannya . Tanpa secalit mekaup pun dia tampil cantik memakai gaun itu .

"Cantiknya pengantin baru ni" puji mak andam melihat Sofea yang baru keluar dari bilik persalinan

"Terima kasih kak" balas Sofea malu .

HAHA sejak bila kau sopan macam ni Sofea ? - Sofea

"Meh sini , akak nak makeup Sofea , kalau tengokkan muka Sofea ni , Sofea just pakai makeup yang natural pun dah oky , muka awak ni dah cantik dah , cuma touch up sikit jer" balas mak andam itu aka kak ila .

Sofea berlalu pergi ke depan meja soleknya untuk disolek oleh kak Ila . Baginya kak Ila ni sangat peramah , nampak jer garang tapi sporting , banyak juga topik yang dibualkan , tak ada lah kekok sangat .

"Oky done , wah cantiknya fea" puji kak Ila melihat Sofea yang cantik dengan makeup dan gaun pengantinnya .

Sofea menilik mukanya di depan cermin . Dia tersenyum bangga .

Ni betul ke Sofea ni ? Cantiknya - Sofea

Pintu bilik ditolak oleh seseorang , Sofea berpaling untuk melihat gerangan itu . Dia tersenyum manis apabila melihat wanita itu masuk dan terus memeluknya

"You look so pretty fea , cantiknya anak mama ni , macam tak percaya" puji puan Nazira melepaskan dakapannya .

"Thankyou ma" balas Sofea ikhlas

"Oky now dah siap kan ? Jom turun , rombongan lelaki dah sampai dah tu" saat itu tangan Sofea mulai berpeluh dengan apa yang diperkatakan mamanya . Datang apa awal-awal ni ?!

Dengan sekali lafaz , Sofea menjadi hak milik sepenuhnya Firash , dia memeluk mamanya yang berada di sebelah sambil menangis , ni bukan menangis terharu , ni menangis sebab memikirkan apa yang akan berlaku nanti selepas dia menjadi isteri kepada Firash . Apa dia akan berjaya menjadi isteri yang baik ? Ataupun dianggap seperti musuh seperti mana yang terjadi ? Dia dibelenggu tanda tanya

"Fea apa berangan lagi ni , tu Firash datang dah tu "kata Tengku Nazira . Sofea berpaling ke hadapan , dia melihat Firash datang kearahnya .

"Hi wife you look so pretty " kata firash sambil tersenyum nakal . Dia menyarungkan cincin ke jari sofea .

Sofea menyalami tangan suaminya dan Firash mencium dahi Sofea . Momen itu ditangkap oleh juru kamera yang diupah oleh keluarga mereka . 

Selepas tamat upacara itu , semua tetamu dijemput untuk menikmati makanan yang disediakan . Semua makanan sudah ditempah oleh keluarga Sofea sendiri . Catering yang menyediakan makanan itu adalah kepunyaan rakan kepada papa Sofea . Jadi tidak risaulah layanan nya tiptop !

Sofea dan Firash melayani tetamu yang hadir , tetamu yang dijemput hanya rakan terdekat kedua-dua belah pihak . Majlis itu dibuat kecil- kecilan sahaja namun terserlah kemewahannya . Itu semua diatas permintaan keluarga mereka juga . Firash dan Sofea hanya mengikuti semua itu tanpa membantah . Bagi mereka

Membantah pun bukan boleh menang !?

So ikutkan sahaja kemahuan mama dan papa nya .

I Love You Encik Nakal [SU]Where stories live. Discover now