Part 14

120 5 0
                                    

"Sebenarnya...."

"Sebenarnya apa Firash ?" Tanya Sofea tidak menyempat .

Haih sebenarnya sebenarnya ,cakap jelahhh ?!

"Haihh kau ni sabar lah , hilang mood aku nak cerita kau tau" Firash menjeling Sofea yang tersengih-sengih mengetahui kesilapannya

"Oky teruskan , aku janji aku tak potong dah" jawab Sofea sambil menggaru kepalanya

"hurm , sebenarnya dulu aku ada sorang kawan , dia ni kira bestfriend lah , dulu group kami ada 5 orang , macam kau tahu aku , Sierraz , Danish , Farish kan kawan baik . So dulu kami ada lagi sorang sahabat . Tapi sahabat aku erm.." percakapan Firash terjeda seketika apabila dia rasakan ada cecair jernih turun dari matanya . Dia cepat-cepat mengusap air mata itu sebelum dilihat Sofea .

"Asal dengan dia wey" tanya Sofea pelik apabila Firash tiba-tiba berhenti dari bercakap

"Dia meninggal sebab Leukimia stage 4 , dia hidap penyakit tu setahun sebelum dia tahu yang dia sakit . Masa tu kami tak boleh terima kenyataan yang dia dah tak ada . Baru seminggu sebelum dia meninggal di ada cakap yang dia nak celebrate birthday mommy dia , banyak plan yang kami buat sebab nak surprise kan mommy dia , and at last kami yang kena suprise sebab kematian dia" ujar Firash sebak . Kali ini air matanya tidak lagi dapat bertahan , air mata yang ditahan selama ini gugur jua , Sofea yang berada di sebelahnya menggosok belakang Firash bagi meredakan sebak yang dihadapi oleh lelaki itu .

"Dan sejak dari tu jugak lah perangai kami berubah dekat 100% jugaklah . Kami yang happy , peramah , suka senyum bertukar jadi seorang lelaki yang dingin , badboy , suka buli orang , marah tak tentu pasal . Aku tak boleh nak terima benda tu sampaikan aku desak mama suruh pindah Australia , aku suruh papa kendalikan syarikat dia kat sana . Dan baru tahun ni hati aku terbuka untuk balik Malaysia , jumpa balik dengan bestfriend aku yang terpisah dekat sini . So tempat ni dah jadi fav place bagi kami , kalau rindu jer kami akan datang kat sini , ingat semula semua kenangan dengan dia"  Firash mengusap air matanya yang keluar dari tadi , sebak hatinya mengingatkan tragedi itu

"Wey sebak aku dengar" kata Sofea sambil menahan air mata yang ingin mengalir . Dia pun tersentuh dengan apa yang diceritakan oleh Firash tadi . Sungguh besar ujian lelaki itu .

Firash yang melihat Sofea yang ingin menangis terus memeluk gadis itu ke dakapannya . Sofea hanya merelakan tubuhnya dipeluk oleh Firash . Biar lelaki itu reda dari tangisannya .

"Aku tahu kau kuat wey , start from now , kau jangan nangis macam tu dah keyh , tak gentleman lah , lagipun Allah dah takdirkan apa yang terbaik buat kita . Jodoh , ajal maut tu ditangan Allah , kita hanya mampu berdoa ja apa yang terbaik buat kita" ujar Sofea sambil tersenyum ikhlas

"Thankyou Sofea ada dengan aku sampai harini , aku hargai sangat walaupun kita musuh dulu , HAHA dahlah jom balik , lewat dah ni , aku tak solat lagi ni , kita balik dulu lah" Firash tersenyum sambil menarik Sofea untuk ke kereta . Segala kenangan lama ingin dilupakan nya buat seketika . Namun bukan selamanya

'aku harap kau tenang kat sana Ariq , kami semua rindukan kau , aku doakan kau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . Kami semua takkan lupakan kau , kau lah sahabat dunia akhirat kami , thankyou ada dengan kami Tengku Ariq Iqram , walaupun sekejap kami hargai sangat-sangat ' - Firash

Firash dan Sofea berlalu ke kereta untuk pulang .

I Love You Encik Nakal [SU]Where stories live. Discover now