03. Lipas Terbang

140 18 1
                                    

“SUDAHLAH CIK NON

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“SUDAHLAH CIK NON... yang lepas biar lepas.” Dipujuk Cik Non yang masih menangis.

“Itulah kau, jagalah adik elok-elok, yang dipecutnya kenapa!” Tubuh Lah dipukul lagi dengan bantal yang menghiasi sofa.

“Cik Non! Tak patah riuk apa pun, nanti abang saya pulak yang patahnya! Sudahlah Cik Non!” halang Kai.

Penat dia. Dari tadi hanya dia yang bersuara memujuk wanita itu. Dipeluk kejap tangan Cik Non, tidak mahu dilepaskan. Lah pula diam membisu. Membiarkan sahaja dirinya di’hukum’.

“Kalau jadi apa-apa, tak tahulah macamana Cik Non nak jawab dengan mak ayah korang nanti.” Ditarik hujung tudungnya dan dilap hidung yang berair.

“Cik Non! Selimut saya tu!” Kai menjerit.

Haish, hujung tudung dengan hujung selimut pun sudah tak reti beza, sedih sangatlah gamaknya tu. Sedangkan dia hanya luka sedikit di kepala dan calar di pipi. Itupun dah siap dibalut waktu ke klinik tadi. Mujur kereta di belakang sempat mengelak ketika dia mencium tar.

“Iyalah... maafkan Lah yang selalu jadi abang tak berguna.”

Erk.

Terdiam Kai dan Cik Non memandang Lah yang melangkah keluar dari bilik Kai dengan kepalanya yang menunduk ke bawah. Mereka berpandangan.

“Aiiyopp Cik Non... Cik Non buat...” Dia menggerakkan jari di hadapan muka Cik Non yang mula rasa bersalah.

“Kena masak laksalah esok nampaknya,” Cik Non mengurut dahi.

☁️



Perlahan-lahan dulang diletakkan di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perlahan-lahan dulang diletakkan di atas meja. Kai curi pandang wajah Lah sambil menahan senyum. Memang sakit kepalanya hari ini tapi tidaklah sampai tidak boleh ambil minuman sendiri. Sengaja mengada-ngada dengan abangnya itu.

"Minumlah air ni. Aku terbuat banyak pulak."

Ceh, nak bagi tapi taknak mengaku. Kai mencebik.

Tak Pernah Hilang (Completed)Where stories live. Discover now