Lah - Kai
Membesar dengan 2 personaliti dan kerjaya berbeza namun mereka punya darah yang sama, yang mengikat hati mereka. Dua beradik yatim piatu bergelut meneruskan hidup selepas kehilangan ibu dan ayah mereka.
Mereka tidak sehaluan sehinggalah t...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“KAU MASAK APA TU? Aku taknak makanlah!” jerit Lah dari ruang tamu. Menusuk bau makanan mula membangkitkan selera walaupun dia baru sahaja balun 2 mangkuk mee segera tadi. Risau perut membuncit, dia tidak mahu menambah sebarang makanan untuk malam itu.
“Kai!”
Lah melarikan pandangan dari laptop ke dapur. Dia terdiam. Sepi. Belakang tengkuknya digosok perlahan dan tubuh disandarkan ke sofa.
Terlupa... dia terlupa.
Dia kini seorang diri di rumah itu. Kai sudah berpindah keluar. Bau masakan itu pasti dari rumah sebelah. Biar sebulan berlalu, dia masih belum mampu membiasakan diri. Payahnya...
☁️
LANGKAH TERASA LONGLAI, seakan berlari di atas tanah berlumpur namun digagahkan juga. Lif yang dinaiki bagaikan tidak bergerak, memaksa dia keluar dan meneruskan dengan mendaki anak tangga.
Wajah Amira menangis menyapa matanya. Langkahnya menjadi perlahan, bagai tidak mahu mendekati walhal tadi dia bersungguh-sungguh memicu langkah. Ibu bapa Amira turut berada di situ, memujuk anak mereka yang kesedihan.
Kata Amira, tiba-tiba sahaja Kai pengsan ketika sedang ingin menuruni anak tangga. Akibatnya dia terjatuh hingga ke penghujung anak tangga dan mengalami pendarahan di kepala.
Lah termenung panjang mengingati bagaimana dia tersungkur di muka pintu ketika keluar menuju ke tempat kerjanya tadi. Memang rasa hatinya tidak enak namun tidak disangka rupanya ada sesuatu yang berlaku pada Kai.
Sudah berbulan-bulan tidak bersua muka, mengapa perkara ini yang mempertemukan mereka?
Penerangan doktor langsung tidak masuk ke kepalanya. Hanya beberapa perkara sahaja yang dia faham. Kai sepatutnya tidak pengsan terlalu lama memandangkan kecederaannya tidaklah begitu serius tetapi peristiwa hari ini seakan-akan kemuncak pada kecederaan yang sudah lama ada di kepalanya. Pertanyaan dari doktor itu membuatkan dia terkedu.
“Encik Khairul pernah mengalami sejarah kecederaan di kepala?”
Serta merta dia teringatkan hari Kai jatuh dari motor. Adakah itu salahnya?
☁️
SELAMA 5 HARI WAJAH KAI monyok kini bertukar ceria apabila hari ini dia dibenarkan pulang. Bertambah gembira apabila diberitakan yang Amira sudah mengandung 7 minggu.
Cik Non datang bersama Lah semata-mata mahu mengiringi anak muda itu pulang ke rumahnya. Amira pula diminta menanti di rumah, menjaga baik kandungannya disebabkan sebelum ini dia mengalami tekanan akibat dari apa yang menimpa suaminya.
“Sudah-sudahlah Cik Non, sakit kepala Kai menahan gelak ni,” Kai terkekeh ketawa di tempat duduk belakang.
Dari tempat pemandu, Lah memandang melalui cermin pandang belakang. Lapang hati memandang Kai yang melentokkan kepala di bahu Cik Non. Luka di sisi kepalanya masih bertampal.
“Nak makan apa, meh Cik Non masakkan,” Cik Non membuka tawaran dengan sukarela.
“Laksa, laksa!” Lah mencelah. Laksa Cik Non tiada siapa boleh menandingi. Boleh demam rindu kalau lama tak makan.
“Aish, Cik Non tanya akulah! Tak habis-habis laksa kau!” Kai menepuk kuat bahu Lah hingga mengaduh lelaki itu.
“Mengada!” Lah menjeling geram.
“Tak apalah. Cik Non boleh masak laksa lain kali. Kali ini, Kai nak makan apa?” Cik Non menepuk peha anak saudaranya.
“Hmm...” Kai mula menerawang fikirannya. Lagaknya seperti anak kecil diberi tawaran gula-gula. Hujung telunjuk bermain di dagu. “Laksa, boleh?”
Meledak ketawa Cik Non apabila menyedari Lah mendengus geram. “Seronok ya main-mainkan abang kamu ni, Kai...”
Kai hanya ketawa senang. Lah diam, memandang ke luar tingkap dengan tangan menggosok wajahnya, menahan senyum. Dia bahagia.
“Eh, rumah siapa ni? Kau beli rumah ke, Lah?” soal Kai ketika mereka tiba di perkarangan sebuah rumah dua tingkat.
“Ish, main-mainlah kamu ni, Kai! Cepatlah masuk! Cik Non masak kat rumah kamu saja,” bebel Cik Non yang mula mengeluarkan beberapa beg plastik berisi bahan untuk memasak laksa yang dibeli tadi.
Kai bersandar pada kereta, memandang rumah bercat hijau coklat di hadapannya dengan mulut yang sedikit terbuka. Lah menelan air liur yang terasa berpasir apabila melihat reaksi Kai. Kai memandang tepat ke arahnya dengan wajah polos.
“
Kau beli rumah senyap-senyap ke? Rumah lama dah pulang pada Cik Non ke?”
Terasa jantungnya direntap kuat, Lah menahan dirinya yang hampir terjatuh. Segera dia menerpa laju ke arah Kai dan menolak adiknya masuk semula ke dalam perut kereta.
“Cik Non, masuk! Masuk balik dalam kereta!”
“Eh, nak ke mana, Lah?”
“Masuk!” Tidak disedari dia menengking wanita yang disayangi itu.
Terkejut Cik Non dibuatnya lantas segera dia menerpa masuk kembali bersama beg plastik di tangan. Lah memecut laju, selaju jantungnya berdegup. Papan tanda jalan dipandang.
Hospital.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.