02. Kai Nak Kahwin

159 20 1
                                    

"TEMAN AKU ESOK?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TEMAN AKU ESOK?"

Lah mendengus kasar. Rimas tidurnya terganggu. “Cik Non kan ada?” suaranya bergumam dari balik selimut.

“Aku nak kau ada jugak. Baby, baby please...” Kai mula mengada-ngada.

Selimut Lah direntap. Lah menarik semula selimutnya sambil kakinya sempat menendang Kai hingga jatuh terlentang di atas lantai. Sedebuk bunyinya mencium lantai sambil mengaduh kuat. Tidak berputus asa, Kai merentap lagi selimut itu dan segera dicampakkannya ke luar bilik.

“Kai bodoh!”

“Hah! Mencarut lagi, tak aman tidur kau 44 malam!” Kai menuding tepat ke arah wajah Lah.

Abangnya itu mengawal nafas. Mengawal marah sebenarnya. Kalau bukan kerana fikirkan Kai itu adiknya, mahu melayang lelaki bercermin mata itu ke laman rumah.

“Kau ni tak cukup kasih sayang ke? Kenapa asyik ganggu hidup aku!”

“Memang aku tak cukup kasih sayang pun. Aku ada kau je...”  Nada suara Kai mula mendatar.

Lah memejamkan mata. Rasa nak bagi makan tumit saja budak ini.

“Yalah, yalah! Aku teman kau esok!”

“Terima kasih, abang.” Sayu suaranya.

Lah memandang Kai yang melangkah longlai keluar dari biliknya. Drama pulak anak jantan seorang ni!

Tapi, jauh di sudut hati, dia akui kata-kata Kai. Mereka hanya berdua. Mereka hanya ada mereka, untuk mereka bersandar. Seketika, dia termenung.

“Pergh... muka syahdu! Menjadi ke drama aku tadi?” Terjongol kepala Kai di muka pintu dengan riak teruja.

“Berkudis punya budak! Pulangkan selimut aku!”

☁️

LAMA DIA BERDIRI DI hadapan mesin ATM hingga orang yang menunggu di belakangnya terpaksa menegur. Sejurus meminta maaf, dia beredar ke arah motornya yang diparkir tidak jauh dari situ. Not RM50 dipandang. Beralih pula ke arah motornya yang bersih namun nampak begitu lama keadaannya.

Itu motor arwah baba. Tidak pernah terfikir untuk dia menjual motor itu. Dia akui, dia tidak seperti Kai yang lebih berkerjaya. Lebih segak, lebih berkarisma. Biarpun dia abang, rasa rendah dirinya begitu mendalam walaupun tidak ditunjukkan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tak Pernah Hilang (Completed)Where stories live. Discover now