Prolog

1.4K 62 2
                                    

Resah. Dari semalam lagi hatinya tidak tenang. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Wajah kacak suaminya yang sedang menyarung blazer kelabu gelap itu dipandang.

"Abang tak nak ambil cuti ke hari ini?" Asytar membuntangkan blazer yang baru disarungnya tadi kemudian muka berkerut Helena ditatap. Senyuman diukir manis.

"Kenapa pula ini sayang?" Dielus pipi mulus isterinya.

"Seminggu berturut-turut dah abang kerja tanpa cuti. Rehatlah pula hari ini dekat rumah dengan Eyna, ya?" Helena sengaja menggunakan alasan itu supaya Asytar tidak syak sesuatu yang dirasainya waktu itu.

"Hari ini abang memang tak boleh cuti, sayang. Banyak sangat meeting dengan company dari luar negara. Abang busy sikit hari ini.." Dia sudah menarik muncung panjang mendengarkan balasan Asytar.

"..tapi abang janji yang abang akan ambil cuti bila jadual abang tak sepadat sekarang. Abang akan ambil cuti seminggu untuk bawa sayang ke Dubai, nak?" Dalam rela, Helena terpaksa mengangguk setuju.

Setelah habis sarapan, dia menemani lelaki itu sehingga ke kereta. Huluran tangan Asytar disambut lalu dikucup.

"Jaga diri. I love you." Ucap Asytar seusai mencium dahi sang isteri.

"I love you more, abang." Dia tersenyum kecil. Kepala Helena dibelai sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.

Helena melambai tangan pada suaminya yang sedang mengundurkan kereta keluar dari perkarangan rumah banglo mewah milik mereka.

Selepas bayangan kereta Range Rover Sport kepunyaan Asytar telah hilang, dada kirinya disentuh. Terasa begitu laju jantungnya berdegup.

Sungguh, jiwanya berasa tidak tenang. Cepat-cepat dia istighfar dalam hati. Mudah-mudahan tiada perkara buruk yang berlaku pada jejaka itu mahupun diri sendiri.

Dia mengambil keputusan untuk menyibukkan diri dengan mengemas rumah demi menghilangkan rasa gundah yang bersarang dihati.

Mop dibasahkan lalu habis semua lantai diruang tingkat bawah itu dibersihkan dari ruang tamu, ruang keluarga, ruang makan sehingga ke dapur.

Ting!

Sedang leka dia mengemop lantai dapur, satu notifikasi masuk. Tangannya menyeluk poket seluar. Bibirnya lantas menarik senyum membaca mesej yang dihantar.

From: Hubby
-Gate and door dah lock?

To: Hubby
-Always. Lunch nanti dirumah ya?

From: Hubby
-Sorry sayang. Abang rasa tak sempatlah nak balik.

To: Hubby
-Okay kalau macam itu Eyna bawa bekal pergi office abang ya?

From: Hubby
-No need. Menyusahkan sayang saja.

To: Hubby
-Please abang?

From: Hubby
-Alright then. Anything for you, my dear.

To: Hubby
-Thank you abang ;)

Bibirnya lebar saja dengan senyuman. Telefon kepunyaannya kembali disimpan ditempat asal. Batang mop pula disandarkan sementara di dinding.

Dia membuka peti dibahagian penyejukbekuan. Plastik yang mengandungi udang dan ketam itu direndam di dalam air terlebih dahulu supaya cepat lembut dan senang untuk dibasuh.

Dua Rupa, Satu HatiWhere stories live. Discover now