BAB 3

519 50 2
                                    

Di kafe, lama Qariz merenung wajah jelita yang duduk menghadapnya sehingga membuatkan wanita itu tidak senang duduk. Muka ini macam dia pernah lihat tapi tidak pasti di mana.

"You bukan ambil business course, kan?" Soalannya berjaya menghentikan pergerakan Helena yang seperti cacing kepanasan.

"Ke..kenapa?" Akibat terlalu terperanjat dengan soalan itu, Helena menjadi sedikit gagap.

"Am I right?" Dibiarkan pertanyaan Helena.

"Betullah itu, dia tak ambil business course." Mendengarkan jawapan Isyraf, Qariz mengangguk-angguk sebagai balasan. Tepat sangkaannya.

"Why do you ask?" Isyraf mengganti kakak iparnya yang hanya kaku ditempat duduk.

"Pada perhatian I, dalam meeting tadi dia nampak agak awkward and she just elaborate a lil bit about her contents. Mujur ada you, Isyraf untuk backup." Isyraf menarik senyum. Dipandang sekilas wajah Helena. Muram saja air muka wanita itu.

"Wait a sec! Kenapa you buka company kalau you bukan ahli perniagaan?" Mata Qariz kembali tertumpu pada Helena.

"The owner of the company was my husband. I had to take over the company after my husband, Asytar got involved in a building fire about 2 years ago. Dia hilang dalam kebakaran itu. I dah buat police report tapi masih juga tak jumpa." Helena menahan sebak didada. Tidak sanggup dia mahu menggali semula kisah lama.

"Kes itu sudah ditutup setelah setahun kejadian itu berlaku." Bibir dikemam. Dia sudah tidak tahan lagi.

"Kemudian, mana Asytar?" Dia berpaling ke tepi melihat Isyraf. Sesungguhnya, dia memang tiada jawapan untuk itu.

Tapi, sampai bila tanda tanya ini harus tergantung begitu saja?

"Kami tak tahu." Bertaut kening Qariz setelah menerima balasan daripada Isyraf.

......................

Angin malam menerpa lembut ke wajahnya. Bulan pula memantulkan cahaya menerangi air di dalam kolam renang kedalaman 11 kaki itu.

"Hilang? Tak mungkinlah sampai sekarang belum jumpa? It's been 2 years. Where he is?" Muka kelirunya jelas terpancar.

Disebabkan terlalu banyak berfikir, kepalanya berasa begitu berdenyut. Argh! Rasa ini datang kembali.

Dia mengambil tempat disofa yang telah disediakan ditepi kolam yang bertujuan ingin mengambil angin malam dan melepak bersama keluarga disitu pada hujung minggu.

Dahi dipicit-picit untuk melegakan rasa sakit dikepala. Dia bencikan rasa ini. Sakit ini memang tidak dapat ditahan jika tidak makan ubat.

"Kak Wan! Kak Wan!" Dilaung nama pembantu rumah agak kuat walaupun ruang dapur dan halaman belakang ini tidaklah terlalu jauh.

"Ya Encik Riz?" Kak Wan yang sedang mengelap lantai tadi tergesa-gesa datang ke arah anak majikannya apabila namanya diseru lelaki itu.

"Tolong ambilkan ubat Riz sekarang. Cepat sikit!" Dia mengangguk menerima arahan lalu dia segera ke dapur semula. Laci kabinet yang menempatkan pelbagai jenis ubat terus dibuka. Dicari nama lelaki itu pada setiap plastik ubat.

"Kak Wan!" Gerangan diluar sudah menjerit memanggilnya kerana terlalu lama menunggu ubat.

"Ya, Kak Wan datang!" Setelah jumpa yang dicari, segelas air kosong dibawa bersama buat Qariz.

"Terima kasih Kak Wan." Qariz menelan 2 biji sekaligus ubat itu. Gelas yang sudah kosong diletakkan diatas meja kopi.

Dia menyandar disofa sambil memejam mata. Nafas dalam dihirup kemudian dihembus perlahan cuba menenangkan fikiran.

"Encik Riz..Encik Riz tak boleh banyak berfikir kerana kepala Encik Riz belum sepenuhnya sembuh. Encik Riz kena banyak berehat." Pesan wanita itu prihatin dengan anak muda sepertinya.

"Berehat? Sudah setahun Riz berehat di Korea dan itu Riz rasa terlalu memadai. Selama setahun itu jugalah bonda tolong uruskan company dekat sini. Riz dah tak mahu menyusahkan bonda lagi." Kak Wan ukir segaris senyuman. Terlalu baik hati Qariz. Patutlah Dato' Seri Fathini begitu menyayangi jejaka ini.

"Kalau begitu, Encik Riz jangan banyak berfikir. Kalau Encik Riz jatuh sakit, Dato' Seri akan lebih susah hati." Qariz membuka mata memandang lurus ke hadapan.

Benar kata Kak Wan, bondanya selalu ambil berat tentang kesihatannya walaupun dia sudah besar panjang. Terlupa makan ubat pun akan dibebel oleh Dato' Seri Fathini. Boleh bernanah telinga.

"Baiklah Kak Wan. Erm..Riz masuk dululah. Esok ada meeting, kena bangun awal. Kak Wan jangan lama-lama dekat luar ini. Dengar kata dekat taman perumahan ini ramai orang minyak." Dalam sakit, sempat dia mengusik pembantu rumah.

"Ish kamu ini! Ada saja benda nak mengenakan Kak Wan." Kak Wan menampar lembut bahu Qariz manakala lelaki itu hanya tergelak halus.

Qariz bangun berhati-hati cuba mengimbangi tubuhnya.

"Goodnight Kak Wan." Kak Wan mengangguk sebagai balasan. Matanya mengekor bayangan Qariz sehingga bayangan itu hilang.

Lelaki itu tidak pernah menghampakan keluarga. Agaknya siapalah pujaan hati Qariz, ya? Sungguh untung bagi seseorang gadis itu jika dapat menakluki hati Qariz.

Kacak, kaya, baik hati, hormat orang tua dan yang paling penting, akhlak yang begitu sempurna. Memang cukup pakej lelaki itu.

Renungannya cuma sekerat jalan apabila telinganya menangkap bunyi daun-daun pandan yang ditanamnya berlaga-laga sesama sendiri seperti ada yang baru menempuhnya.

"Kak Wan jangan lama-lama dekat luar ini. Dengar kata dekat taman perumahan ini ramai orang minyak."

Terus meremang bulu roma saat teringat akan pesanan terakhir anak majikannya tadi. Ini Qariz punya pasallah ini. Dasar mulut lepas!

Lekas dia masuk ke dalam rumah. Sliding door ditarik kemudian dikunci kemas. Langsir dikedua-dua belah dirapatkan.

Sementara di dalam bilik pula, Qariz menutup kuat matanya cuba paksa diri untuk tidur tetapi tetap tidak bisa. Kenapa mata dia keras sangat ini?

Kelopak mata dibuka. Ditatap kosong siling putih kamarnya. Mungkin wajah putih mulus Helena terbayang-bayang difikiran menyebabkan dia tidak boleh lelap.

Masih lagi dia ingat bagaimana sayunya wajah wanita itu ketika menceritakan tentang suaminya yang hilang entah ke mana.

Dia dapat merasakan apa yang Helena rasakan ketika itu namun tidaklah pula dia menunjukkan perasaannya pada Helena dan Isyraf.

Jika diceritakan pada orang lain, rasanya mereka dapat merasai juga perasaan ini.

Tidak pula dia sangka bahawa disebalik wajah manis itu terselitnya sebuah kedukaan yang telah bertahun-tahun disimpan.

Dia ingin bantu wanita itu untuk mencari Asytar. Apa masalah jika mahu menolong orang dalam kesusahan, kan? Tapi yang masalahnya, dari mana dia harus mula?

Jauh dia berfikir sehingga tidak sedar bila dia tertidur.

Dua Rupa, Satu HatiWhere stories live. Discover now