Kampung Penarik, Terengganu
Selama 5 jam setengah perjalanan, akhirnya sampai jua ke destinasi. Bagasinya dibawa keluar dari bonet kereta. Kaki melangkah ke arah sebuah rumah kayu.
Berasa lama benar dia tidak pulang ke kampung halaman menziarahi ibu dan ayahnya.
"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat?" Helena menyalami tangan Puan Hasrin yang sudah berada di beranda rumah.
"Waalaikumsalam, ibu sihat. Lame sangat Eyna dok balik. Ibu rindu sangat ke anok ibu sorang ni." Puan Hasrin dengan loghat Terengganunya lantas memeluk erat batang tubuh anak tunggalnya itu.
Helena tersenyum senang mendapat pelukan seorang ibu setelah hampir setengah tahun tidak rasa.
"Eyna pun rindu ibu. Ayoh mane?"
"Ayoh macam biaselah, pagi buta lagi keluar dah pergi mukat ikang dengan kawan ye. Kalu dah keluar dengan kawan ye, jalang nak balik dok ingat dah. Macam hilang ingatan tiba-tiba." Dia tergelak kecil memandang wajah cemberut wanita itu.
Encik Firdaus memang begitu. Kalau dah dapat memancing ikan dengan orang-orang kampung, jalan balik ke rumah terus lupa.
"Eyna pergi rehat dulu. Ibu masok dok siap lagi. Nanti siap, ibu panggil." Helena mengangguk. Mahu membantu ibunya di dapur tetapi tubuhnya pula lemah akibat memandu berjam-jam tadi.
Pintu biliknya dibuka. Benda pertama yang dia nampak di dalam kamar itu ialah sebuah gambar yang digantung di dinding.
Helena menghampiri gambar besar yang berada dikepala katil. Itulah gambar sewaktu ijab kabulnya bersama seorang jejaka yang sentiasa menjadi raja dihatinya. Loket dilehernya diusap-usap perlahan.
"Abang nak pergi mana?" Soal Helena saat melihat suaminya dari kemeja tukar ke baju t-shirt kosong.
"Ibu suruh abang ambilkan buah kelapa. Ibu nak buat kari ikan tengah hari nanti. Abang nak pergi panjat pokok kelapa sekejap." Terlopong mulutnya mendengar jawapan daripada lelaki itu. Biar betul yang Puan Hasrin menyuruh suaminya untuk memanjat pokok kelapa?
"Abang, kita baru saja kahwin semalam takkanlah dah kena panjat pokok kelapa hari ini? Abang orang bandar, boleh ke?" Dia sungguh tidak percaya dengan kenyataan ini.
"Kenapa pula tak boleh? Orang bandar ke kampung ke, sama saja sayang. Abang lelaki, tak ada hal dengan benda-benda kecil ini." Langkah lelaki itu diturut sehingga tiba di hadapan pokok kelapa.
"Abang, tak payahlah. Nanti Eyna cakap dekat ibu, ya? Kita beli saja santan yang dah siap dikedai. Tak payahlah susahkan diri abang panjat pokok tinggi langit ini. Nanti jatuh, tiada orang nak rawat abang."
"Abang takkan jatuhlah. Abang terror bab memanjat ini. Jangan risaulah. Dah, back off." Dia mendengus. Degil betul Asytar ini. Memang tak makan saman langsung!
Dia berundur beberapa tapak ke belakang. Matanya memerhati suaminya yang sedang memanjat pokok sedikit demi sedikit ke atas hingga sampai dipuncak.
"Ibu nak berapa kelapa ini?" Soal Asytar pada isterinya yang berada di tanah. Helena yang berpeluk tubuh itu mendongak sebentar memandang suaminya lalu pandangan dilemparkan ke arah lain.
"Entah. Ambillah semua. Ambil sekali dengan daun-daun pokok kelapa ini dah alang-alang naik, kan?" Sindirnya tidak puas hati.
"Aii..perli abang nampak?" Kata Asytar seraya tangannya cuba memetik buah menggunakan sebelah tangan saja. Dia dapat rasakan yang gadis itu berkecil hati dengannya.
"Tak adalah perli sangat." Gumam Helena perlahan yang pasti tidak dapat di dengari oleh Asytar.
"Move! Move! Abang nak lempar buah ini ke bawah." Seperti yang dipinta, dia menjarakkan lagi dirinya dari pokok kelapa itu sebanyak satu meter.
Buk!
Buk!
Buk!
Buk!Asytar menuruni pokok itu penuh hati-hati apabila dia merasakan bahawa empat buah kelapa itu cukup untuk dibuat kari ikan.
"Hati-hati abang!" Jerit Helena supaya lelaki itu lebih pandai mengawal kaki agar tidak tersilap langkah.
"Ya..abang tah--aw!" Ketika dia ingin mengalihkan lengan kirinya, lengan itu terlanggar sesuatu yang amat tajam sehingga mengakibatkan lengannya tergores panjang dan berdarah. Dia tak pasti apa yang tajam itu.
"Kenapa abang?" Tanya Helena yang mula risau akan suaminya yang sedang berada di tengah-tengah pokok kelapa.
"Nothing. Just a small wound." Asytar kembali menyambung perjalanannya walaupun berasa agak perit pada lengan. Helena mencekak pinggang lalu menggeleng perlahan. Cuai betul.
Asytar menepuk-nepuk seluar dan bajunya untuk menghilangkan habuk-habuk yang menyinggah di pakaiannya.
"Mari sini nak tengok luka itu." Helena menarik tangan suaminya. Lengan kiri lelaki itu diangkat. Matanya membulat memandang luka panjang pada lengan Asytar.
"Abang, dalam sangat luka ini. Jom masuk rumah. Eyna nak rawat luka abang. Kalau tak rawat nanti boleh melarat." Jejaka itu menggeleng menolak.
"Nantilah, abang nak bagi buah ini dulu pada ibu." Asytar mengutip keempat-empat buah kelapa itu kemudian dengan pantas masuk ke dalam rumah.
"Ibu, nah buah kelapa." Puan Hasrin menyudahi kupasan bawang terakhirnya. Dia mengangkat wajah melihat Asytar kemudian pandangannya jatuh pula pada buah kelapa yang dipegang lelaki itu.
"Asy ambil mane buah nyior muda ni? Ibu kang suruh Asy ambil buah nyior tua alik belakang rumah ni saja. Nyior muda orang tak buat santan, Asy." Asytar tersengih malu. Buat penat saja dia pergi panjat pokok tadi padahal Puan Hasrin hanya suruh dia pergi ambil kelapa di belakang rumah. Itulah, lain kali dengarlah separuh arahan lagi.
"Eh! Lengan tu kena mende?" Semua kelapa diletakkan diatas lantai dapur. Luka pada lengannya dilihat.
"Err.."
"Ye pergi panjat pokok nyior tadi ibu. Eyna rasa dah macam pelik saja kalu ibu suruh ye pergi ambil nyior dekat pokok. Dah ye nak pergi juga, Eyna bagi sajalah. Lengan ye daroh masa nak turun pokok tadi." Cerita Helena yang tiba-tiba muncul di pintu dapur sambil membawa beberapa buah kelapa tua.
"Ya Allah, Asy..mane ada ibu suruh Asy pergi panjat pokok." Puan Hasrin menepuk dahinya. Inilah yang dipanggil kes silap faham.
Helena membersihkan tangannya di sinki selepas itu dia mendekati suaminya.
"Mari Eyna rawatkan luka abang." Ditarik tangan lelaki itu sehingga masuk ke dalam bilik. Asytar mengambil tempat dibirai katil menunggu isterinya mengambil bekas ubatan.
Helena duduk bersimpuh dilantai. Bekas ubatan yang diletakkan disampingnya itu langsung dibuka. Beberapa helai tisu basah diambil lalu dibersihkan kawasan lengan yang kotor dengan darah sebelum luka itu dirawat.
"Inilah padah dia bila tak nak dengar cakap isteri." Asytar menatap wajah jelita isterinya. Rambut gadis itu yang terjuntai di dahi diselitkan dibelakang telinga.
"Sayang tak cakap pun yang kelapa muda tak dibuat santan?"
"Eyna belum cakap apa-apa pun lagi, abang dah sampai atas. Kalau dah sampai atas, turunkan sajalah kelapa muda itu untuk buat minum petang." Ubat luka disapu cermat khuatir jika tertekan kuat pada goresan panjang itu.
Lelaki itu mengerutkan dahinya saat cecair pemati kuman itu meresap masuk ke dalam lukanya. Pedih itu memang yang amat.
"Tahan sikit."
Tok tok!
Bahunya sedikit terhinjut akibat terkejut mendengar ketukan dipintu biliknya. Air mata segera dikesat sebelum dia berpusing ke belakang. Senyuman diukirkan buat ibu tercinta.
"Ya ibu?"
"Mari makang?" Anggukan diberi. Tepat pada masanya, perut dia pun sudah berkeroncong minta diisi. Pagi tadi dia tidak makan. Entahlah, tiba-tiba dia berasa tidak berselera mahu mengisi perut.
![](https://img.wattpad.com/cover/211666776-288-k62826.jpg)
YOU ARE READING
Dua Rupa, Satu Hati
Lãng mạnDalam sebuah kebakaran bangunan akibat litar pintas telah meragut beberapa nyawa tetapi ke mana suaminya menghilang? "Kes itu sudah ditutup setelah setahun kejadian itu berlaku." -Eyna Helena "Kemudian, mana Asytar?" -Qariz Irham Jawapan untuk soala...