BAB 9

483 46 0
                                    

Brek tangan ditarik selepas memarkir keretanya dihadapan kenderaan Helena. Tali pinggang keselamatan dibuka sambil matanya tidak lepas dari memandang Perodua Myvi milik Helena tetapi dia lebih tertarik pada kenderaan yang diparkir dibelakang Myvi itu akibat daripada lampu kereta yang tidak dimatikan. Keningnya berkerut.

"Kereta siapa itu?" Dia melihat sekeliling sebelum keluar dari keretanya seusai mematikan enjin.

Langkah diatur ke arah kenderaan kepunyaan Helena. Pintu dibahagian pemandu dibuka. Tenyata memang tepat jangkaannya, wanita itu tiada di dalam kereta.

Mata dialihkan pula pada kereta yang diparkir dibelakang Perodua Myvi itu. Dia mendekati kenderaan yang mencurigainya dari awal dia sampai lagi dengan langkah yang berjaga-jaga.

Seperti tadi juga, pintu dibahagian pemandu langsung dibuka. Kosong.

Dengan tidak sengaja, dia terpandang pada sepucuk pistol yang berada diatas dashboard. Jantungnya automatik berdegup laju.

"Helena!" Dia memerhati kawasan sekeliling yang dipenuhi hutan kiri dan kanan. Dia yakin wanita itu sedang dalam bahaya.

Telefon yang berada di dalam poket seluar segera diambil. Dia sangat berharap agar wanita itu bawa telefon bersama.

Dia membuka satu aplikasi yang membolehkan untuk mengesan keberadaan telefon seseorang itu.

Titik merah diatas peta di dalam telefon pintarnya menunjukkan lokasi wanita itu berada. Dia melihat hutan disebelah kiri. Ya, Helena berada di dalam hutan itu. Apabila diteliti lama peta itu, sepertinya ada satu jalan pintas yang akan membantunya untuk cepat sampai.

Tanpa berfikir lagi, dia mencapai pistol diatas dashboard itu. Dia tidaklah begitu mahir dalam mengendalikan senjata api tapi sekadar untuk melindungi diri itu bolehlah.

.....................

"Berhentilah bodoh! Aku oyak berhenti!" Amaran lelaki itu tidak dihiraukan Helena. Dia tetap terus berlari.

Bang!

"Argh!" Sedas lagi tembakan dilepaskan dan mujur terkena sipi lengan saja. Hanya Tuhan tahu betapa peritnya rasa itu. Lengan dipegang sambil kaki tidak berhenti membuat langkah laju walaupun sudah mula perlahan dari yang sebelum tadi. Dia tahu bahawa darahnya telah banyak membasahi lengan baju yang dipakai.

Makin lama kakinya makin tidak larat demi menyambung langkah lagi. Sudah sesat jauh dia ke dalam hutan namun 2 orang lelaki itu masih mengejarnya tanpa henti. Sungguh, dia sudah tidak larat. Jurang yang begitu curam disebelahnya dikerling sebentar. Yang pastinya, jika jatuh dan ingin panjat naik semula, memang tidak boleh. Kalau inilah dapat menghentikan daripada terus dikejar dan ditembak, dia rela.

Nafas ditarik dalam. Dia membiarkan dirinya jatuh terguling-guling ke jurang itu.

'Abang..tolong Eyna.'

Buk!

Dahinya terhantuk kuat pada seketul batu besar saat ingin sampai ditanah rata sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Hoi!" Kedua-dua orang yang mengejar Helena tadi hanya mampu melihat dari atas. Tubuh wanita itu dilitupi dengan dedaun kering sepenuhnya.

"Mu pergilah angkat dio, bawo sini semula." Si rakan menunjal dahi si rakan sebelah.

"Tak bodoh aku nak bunuh diri sendiri supo dio. Muka mu ini harap saja boleh kiro tapi otak dekat lutut. Bodoh!"

"Pahtu nak ambil buah pinggang dengan jantung sapo lagi? Esok dahlah bos nak jual dah dekat Siam." Sekali lagi kepala Man ditunjal.

Dua Rupa, Satu HatiWhere stories live. Discover now