BAB 10

965 63 18
                                    

Helena membersihkan luka yang berada di dahi serta lengannya menggunakan air sungai. Dia menoleh ke belakang melihat Qariz yang sudah tersandar lesu disebuah pokok sambil menutup mata. Keluhan berat dilepaskan. Dia perlu mencari jalan untuk keluar dari hutan tebal ini.

"Kalau kita sesat dalam hutan, kena cari sungai dan ikut arus sungai mengalir. Penamatnya akan berjumpa laut."

Bicara seorang artis ternama sewaktu sedang berlakon dalam filem aksi, teringat semula. Dia tersenyum lalu segera menghampiri Qariz.

"Riz, saya dah jumpa jalan keluar." Qariz mencelik sebentar matanya memandang Helena kemudian ditutup semula. Dia sudah tahu.

"Ikut arus sungai?" Helena mengangguk.

"Air sungai ini akan mengalir ke Pantai Penarik. Naik kereta dari sini ke pantai itu mengambil masa selama 3 jam lebih dan itu pun jika drive 130km/j. Kita yang berkaki ini macam mana? Dua tahun agaknya baru sampai." Qariz berdiri. Jaket yang masih tersarung ditubuh lantas ditanggalkan. Dilipat jaket itu sebelum diletakkan diatas seketul batu besar. Dia bergerak ke arah sungai ingin mencari sumber makanan.

"Habis itu, tak akanlah kita nak berkampung dekat sini sampai bila-bila?"

"Macam itulah gayanya." Saat berjalan mendekati sungai, dia terpandang pada sebilah pisau lipat dan jaring lama dicelah-celah batu. Dia memerhati lama dua benda itu kemudian matanya meliar ke sekeliling hutan.

Nampaknya ada yang pernah sampai ditempat dia berada sekarang.

"El, come here!"

"Kenapa?"

"Marilah cepat!" Helena dengan terpaksanya harus bangun.

"Ada apa?" Dia berdiri disamping lelaki itu.

"Ada pisau dengan net." Tercengang dia dengan balasan Qariz. Lelaki itu suruh dia datang cepat semata-mata untuk lihat jaring dan pisau itu saja? Omg.

"Aw..ak suruh saya datang cepat-cepat just for.." Helena meraup rambutnya ke belakang. Punggung dilabuhkan diatas batu ditepi sungai.

Qariz menjeling wanita itu hujung mata. Jaring bersama pisau lipat itu diambil.

"You tak terfikir ke apa yang I tengah fikir?" Soalnya sambil menebarkan jaring ke dalam sungai. Harap-harap dapatlah juga seekor dua ikan untuk mengalas perut.

"Tak." Dia menggeleng mendengar jawapan Helena. Ada juga rupanya manusia yang slow begini atau otak wanita itu tiba-tiba menjadi lembab disebabkan kepala terhantuk pada batu?

Helena menongkat dagu menggunakan tangan kiri. Mata hitamnya ditumpukan pada Qariz. Tengok saja kerja yang dibuat lelaki itu, fikirannya terlintas sesuatu.

"Oh awak nak maksudkan tangkap ikan ke tadi?"

"Nothing. Just forget about it." Bibir dicebikkan. Daripada dia duduk sahaja, baik dia pergi mengumpul kayu untuk menghidupkan api sementara menunggu lelaki itu berjaya menangkap ikan.

"Nak pergi mana?"

"Awak nak bakar ikan kan nanti? Jadi, kena carilah kayu nak hidupkan api." Qariz melihat Helena atas bawah. Dia ragu-ragu dengan wanita itu. Mahu cari kayu dengan keadaan lemah sebegitu?

Hujung jaring diikat pada ranting kayu kemudian ranting itu dicucuk ke dalam tanah bagi menyekat jaring itu daripada dibawa bersama arus air.

Tempat Helena sedang berdiri dihampirinya. Bahu wanita itu ditekan.

"Sit down."

"Hah?"

"Duduk." Helena menuruti perintah. Matanya mengekor bayangan Qariz yang sedang mengutip kayu untuk dijadikan unggun api nanti.

Setelah itu penglihatannya jatuh pula pada kesan tembakan yang terkena pada lengannya. Selagi mampu bertahan, dia akan bertahan. Dia tidak mahu menyusahkan Qariz lagi. Darah yang banyak keluar dari badannya membuatkan dia tidak terdaya namun cuba tidak diucapkan.

Bukan dia tidak mahu fikir apa yang difikirkan lelaki itu cuma dia tidak ingin menekankan otaknya supaya berfikir bimbang jika kepala makin berdenyut.

"Lepas makan, I nak mandi sungai sekejap lepas itu kita dah kena gerak. You kuat lagi?" Tanya Qariz seraya tangan mematahkan ranting kayu menjadi dua.

"Kenapa pula tak kuat? No worries, I'm okay." Dia mula membuat timbunan kayu dihadapan Helena. Daun-daun kering juga dicampurkan sekali. Diambil dua ranting kayu kemudian digesek-gesek laju sehingga terhasil bara api. Ranting tersebut diletakkan disebalik dedaun kering tadi.

Apabila asap sudah banyak, dia meniup kuat bara-bara api itu sebelum terbentuknya api-api kecil yang tentunya sebentar nanti akan marak.

Dia pergi ke jaring semula. Ternyata ada tiga ekor ikan yang sudah tersekat dilubang-lubang jaring itu. Qariz tersenyum. Alhamdulillah, rezeki mereka berdua pagi itu. Ketiga-tiga ekor ikan tersebut dibuang perutnya. Sekali-sekala matanya pada Helena. Jauh benar wanita itu termenung.

Helena melepaskan keluhan kecil. Makin dia ingin berjauhan daripada Qariz, makin itu jugalah Tuhan mendekatkan mereka. Tiba-tiba dia merasakan ada benda keras yang jatuh diatas ribanya. Laju saja tangannya menepis kerana difikirnya binatang berbisa.

Saat telinganya menangkap tawa besar seseorang, baru dia perasan bahawa benda yang ditepis tadi ialah ranting kayu yang semestinya kerja Qariz.

"Qariz!" Dilempar semula ranting tadi pada lelaki itu tetapi dia segera mengelak.

"Itulah, lain kali berangan lagi."

"Suka hatilah." Helena memutarkan bebola mata.

"Buat mata macam itu lagi, I cungkil mata you itu dengan pisau lipat ini." Dia hanya mendiamkan diri. Malas mahu respon. Luka dilengan kanan dibelek perlahan. Mujurlah darah sudah berhenti keluar. Dia menyandar kepala di pokok lalu mata ditutup. Ingin berehat kepala yang berat sebentar.

Qariz yang memerhati Helena makin khuatir dengan keadaan wanita itu. Dia tahu bahawa Helena sudah tidak terdaya.

"El!" Dia memanggil Helena agar tidak melelapkan mata.

"Hm?" Helena cuma menyahut tetapi tidak pula ingin mencelik mata.

"Janganlah tidur nanti ikan ini dah siap, I malas kejutkan you."

"Tak payah kejutkan. Saya nak tidur lama."

"El, jangan."

"Kenapa pula?"

"Nanti dah dapat pertolongan, barulah you boleh tidur. Sekarang you tak boleh berehat lagi selagi kita belum dapatkan bantuan. Dengar tak?" Qariz terbalikkan ikan yang dibakar pada bahagian yang belum masak. Tangannya terhenti saat balasan Helena hilang. Mata dihala pada wanita itu. Ternyata batang tubuh tersebut telah pun layu. Kepala pula terteleng ke tepi.

Keluhan lemah dilepaskan. Dia yakin bahawa Helena akan berehat begitu lama. Begini ke yang kata okay tadi?

Dua Rupa, Satu HatiWhere stories live. Discover now