Dup dap dup dap
Wajah yang tenang itu ditenung begitu lama. Lelaki itu lena bagaikan tiada masalah yang pernah melanda hidupnya. Semalam sewaktu dia ingin melangkah pulang, terkejut juga dia tiba-tiba mendengar satu erangan kesakitan.
Otaknya sudah melintas pelbagai bayangan. Sudahlah malam, tiba-tiba ada pula orang mengerang seperti sedang menahan sakit. Naik juga bulu romanya malam itu. Mahu minta tolong orang sekeliling untuk jenguk bunyi itu tetapi orang kampung masing-masing telah menutup pintu rumah rapat. Walaupun jam baru menunjukkan hampir pukul 10 malam, namun penduduk biasanya sudah nyenyak kerana mereka awal pagi lagi perlu bangun untuk menangkap ikan di lautan. Itulah rutin mereka pada setiap hari.
Matanya meliar ke kiri dan kanan. Ingin tahu juga milik siapa suara itu. Sebelah keningnya terangkat setelah dapat mengenal pasti gerangannya. Kelihatan seorang lelaki sedang menongkat sebelah tangan disebuah pokok sambil memegang dahi. Dia tidak rasa itu penjahat. Jika penjahat, mengapa berkelakuan sebegitu? Dia mengambil keputusan untuk mendekati lelaki itu.
"Encik? Encik okay ke?" Suaranya kedengaran agak runsing melihatkan keadaan lelaki itu yang terhuyung-hayang. Dari sisi wajah lelaki itu, dia sudah dapat teka betapa peritnya kesakitan yang dialami.
"To..long sa--" Belum habis bicara lagi, lelaki itu sudah pengsan diatasnya.
"Ya Allah, encik!" Dengan penuh tenaga, dia memapah Qariz terus ke rumah. Nasib baik Qariz diterima baik oleh ibu bapanya setelah menceritakan perkara sebenar.
Lamunan terhenti saat katil yang di tiduri lelaki yang diselamatkannya semalam bergegar-gegar sedikit. Matanya tertumpu pada lelaki itu yang sedang menyandar di kepala katil.
"Rupanya I telah diculik oleh seorang bidadari." Jantung yang berdegup laju dari tadi cuba ditenangkan. Ya Tuhan, kenapa ini?
"Awak buat apa merayau-rayau dekat kampung saya ini?" Dia berdiri lalu mendekati jendela bilik. Pandangan dilemparkan ke halaman rumahnya.
"Oh! Setiu ini kampung you ke?" Soal Qariz penuh teruja.
Helena memejam rapat matanya. Suara lelaki itu membuatkan rindu pada Asytar makin tidak dapat dilupakan.
"Ya, kampung saya." Qariz langsung bangun dari katil. Dia berdiri di belakang wanita itu bersama senyuman lebar dibibir. Sudahnya lupa tujuan asal ke Setiu.
"Kalau macam itu, boleh you bawa I jalan-jalan dekat kampung ini?" Kening Helena bertaut. Muka dia ini nampak macam tourguide ke?
"Buat apa?"
"I nak juga kenal-kenal dengan Kampung Penarik ini. Semalam I dapat ronda sekejap saja sebelum pengsan atas you." Dia terus memusingkan tubuh ke belakang mengadap lelaki itu yang berada semeter jarak dengannya.
"Kenapa awak tiba-tiba pengsan semalam?" Tertanya-tanya juga dia mengapa pengurus besar QGold Holdings ini pitam. Kena 'usik' ke?
Qariz tersenyum penuh makna. Sebelah kening dijungkit-jungkit.
"You wanna know? Kalau nak tahu, kena bawa I jalan-jalan petang nanti then I'll tell you the story." Helena menggelengkan kepala. Dia berjalan ingin keluar dari biliknya. Semalam dia tumpang tidur di bilik ibunya manakala Encik Firdaus tidur diruang tamu. Di rumahnya hanya ada 2 bilik saja.
"Please Helena?"
"Tak ada tak ada! Petang ini saya dah nak balik. Kalau nak mandi, ambillah tuala dan pakaian yang saya dah sediakan atas katil itu. Toilet dekat dapur." Dia berpesan tanpa berhenti melangkah. Kakinya bergerak terus ke dapur ingin menolong Puan Hasrin membuat sarapan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dua Rupa, Satu Hati
RomanceDalam sebuah kebakaran bangunan akibat litar pintas telah meragut beberapa nyawa tetapi ke mana suaminya menghilang? "Kes itu sudah ditutup setelah setahun kejadian itu berlaku." -Eyna Helena "Kemudian, mana Asytar?" -Qariz Irham Jawapan untuk soala...