Jam yang terlilit cantik dipergelangan tangannya dikerling sekilas. Keluhan kecil dilepaskan.
"Aku dah cakap, mulut dia itu memang tidak boleh dipakai langsung. Fatamorgana saja semuanya." Pelipis diurut perlahan.
"Pening nak fikir." Sebuah fail berwarna hitam diambil dari rak belakangnya. Isi di dalam fail ini perlu di fotostat untuk diagihkan buat beberapa orang staf QGold Holdings yang akan menghadiri mesyuarat pada hari itu.
Langkah dibawa keluar dari bilik kerjanya lalu terus ke mesin fotostat yang berada disebelah pantri.
"Ingatkan lepas aku dapat cucu baru kau nak munculkan diri." Sindirnya pada Isyraf yang sedang berbual dengan Bella. Lagaknya seperti baru tiba.
Bahannya yang telah siap di fotostat tadi telah disimpan kemas di dalam fail.
"Betullah aku datang sebelum pukul 10 macam yang dah dijanjikan. See, seminit lagi nak pukul 10." Isyraf menayangkan jam tangan berjenama Rolex miliknya dihadapan muka Helena.
Helena memutarkan bebola mata. Hotak dialah!
"Kalau begitu, baik kau datang sesaat sebelum pukul 10. Dahlah, mari masuk." Lelaki itu mencebik bibir. Kalau sehari tidak memerlinya memang tidak sah.
Haish..macam manalah abangnya boleh berkenan dengan wanita bermulut lada ini?
"Isi borang ini kemudian kau bagi pada Bella. Bilik kau dekat depan bilik ini. Kau keluar dalam beberapa langkah, itu bilik kau. Tak cukup apa-apa kau boleh bagitahu Bella." Isyraf mengangguk-angguk kepala sambil mengisi borang yang diberi oleh kakak iparnya tadi.
"Okay."
"Lebih kurang setengah jam lagi aku ada meeting dengan QGold Holdings. Kau nak join? Kau tak perlu buat apa-apa. Pasang telinga saja. Kalau kau rasa ada pendapat yang bernas, kau keluarkan." Wajah diangkat. Pandangan mereka berlaga.
"Menarik juga. Bolehlah aku cari pengalaman sikit tengok macam mana mereka semua keluarkan pendapat masing-masing untuk majukan lagi perusahaan. Pengalaman akan lebih mematangkan kita." Isyraf yang berpakaian lengkap berkemeja dan blazer mula menimbulkan dirinya seorang yang profesional.
Benar kata jejaka itu, pelbagai pengalaman yang sudah dia rasai sejak mengambil alih ASH Holdings. Dan, pengalaman itulah yang telah mematangkan dirinya sehingga kini.
"Aku keluar dululah. Nak pergi tengok bilik aku lawa ke tidak. Kalau tak lawa, aku nak tukar." Dia menayangkan wajah toya.
"Kerja tak lagi, ada hati nak memilih-milih." Isyraf melepaskan tawa halus melihat reaksi muka wanita itu.
"Aku gurau saja. Dahlah, blah dulu. Apa-apa roger." Helena mengangguk sebagai balasan.
Pemergian lelaki wajah persis suaminya hanya dihantar dengan pandangan mata.
Lihat saja wajah Isyraf terus teringatkan Asytar. Langsung tiada khabar berita mengenai kehilangan suaminya. Sudah diupah orang untuk mencari jejak lelaki itu tetapi sampai sekarang masih senyap.
Pihak polis pun sudah buntu mencari dan kes itu telah ditutup sebagai mati dalam kebakaran.
Ditubir matanya berasa cecair hangat mula bertakung. Masih lagi dia ingat ucapan cinta daripada Asytar.
"Jaga diri. I love you." Ucap Asytar seusai mencium dahi sang isteri.
Tidak pula dia sangka bahawa ketika itu ialah kali terakhir dia dapat menatap rupa suaminya sebelum malang menimpa.
Tok tok!
Ligat saja jarinya menyapu air mata yang menuruni pipi sebelum memberi keizinan gerangan luar untuk masuk.
"Puan, QGold Holdings dah ready di bilik meeting termasuk Encik Isyraf. Sebelum itu puan, pengurus besar QGold Holdings turut hadir meeting kali ini, Encik Qariz Irham." Bertaut keningnya. Tidak pernah-pernah pengurus syarikat itu turun padang setiap kali mesyuarat berlangsung tetapi kali ini terlebih rajin pula. Pelik tapi nyata.
"Okay baiklah." Bahan-bahan yang sudah dikumpul diatas meja untuk dibawa masuk ke bilik mesyuarat lantas dicapai. Semakin hampir langkah kakinya ingin tiba di ruangan itu, semakin kencang jantungnya berdegup.
Kenapa dengan jantungnya ini? Mengapa dia perlu rasa gemuruh begini?
Sampai dihadapan pintu bilik mesyuarat, nafas dalam diambil lalu dihembus perlahan mengumpul sedikit kekuatan.
Baju dan rambut dibetulkan agar lebih kelihatan kemas sebelum pintu itu dibuka. Senyuman manis dipamerkan buat seluruh kakitangan termasuk,
"Qariz Irham, Chief Executive Officer of QGold Holdings. Great to know you Miss Helena." Helena tergamam bukan kerana lelaki itu mengenali namanya tetapi sebab lain. Wajah Isyraf yang berada disebelah Qariz Irham langsung dipandang. Ternyata adik iparnya itu seakan mengerti saja maksud pandangannya.
Tak mungkin sama.
Huluran tangan Qariz disambut mesra. Hal tadi dilupakan sebentar.
"Yeah great to know you too. Thank you for coming. Please, have a seat." Semua dijemput duduk. Dia mengambil tempat dikepala meja manakala Isyraf dibaris kanannya sementara Qariz dibaris kiri.
"This is the first time we met, right?" Dia mengangguk mengiyakan.
"Have a cup of coffee after this?"
"Sure."
YOU ARE READING
Dua Rupa, Satu Hati
RomanceDalam sebuah kebakaran bangunan akibat litar pintas telah meragut beberapa nyawa tetapi ke mana suaminya menghilang? "Kes itu sudah ditutup setelah setahun kejadian itu berlaku." -Eyna Helena "Kemudian, mana Asytar?" -Qariz Irham Jawapan untuk soala...