Sebuah Toyota Vellfire hitam berkilat berhenti di sebuah stesen minyak bukan untuk mengisi tangki minyak malah untuk membeli dikafe itu. Sudah lama dia mengidam ingin makan Butterfly Pea Lemon Cheese Cake dan Hokkaido Triple Cheese. Harap-haraplah ada dijual disini.
"Selamat datang. Ya encik?" Sapa pelayan itu ramah. Qariz membalas senang senyuman pelayan itu lalu matanya memerhati koleksi kek yang berada di dalam cermin kaca itu namun dia cuma lihat Butterfly Pea Lemon Cheese Cake saja yang ada.
"Hokkaido Triple Cheese?"
"Hokkaido Triple Cheese baru saja habis, encik." Qariz menanggalkan kaca mata hitamnya kemudian disangkut pada kolar baju melayu hitam yang dipakainya.
"It's okay. Erm..give me 3 slices of Butterfly Pea Lemon Cheese Cake and a slice of chocolate cake." Pelayan lelaki lingkungan 20an itu mengangguk menerima pesanan.
Sedang kek dibungkus, telinganya menangkap bunyi sesuatu pecah diikuti dengan satu suara seperti jerkahan.
"You tak nampak ke kaki I dekat sini? Tengok, habis basah pakaian I! You nak suruh I ganti pakai apa? Pakaian you?" Semua menoleh pada suara itu termasuk Qariz sendiri.
"Kenapa itu?" Soalnya pada pelayan yang membungkus kek yang dipesan tadi.
"Oh, pekerja yang seorang itu memang selalu cuai. Setiap hari mesti ada saja masalah. Dia staf baru dekat sini." Qariz memerhati seorang gadis berbaju uniform hijau yang tunduk memandang lantai.
Dilihat dari tepi, cantik juga gadis itu. Bertudung litup.
"Total RM57." Bahunya terhinjut akibat terkejut lalu segera berpaling ke hadapan kembali. Itulah, ralit benar tenung anak orang.
"Berapa tadi?" Dompet dikeluarkan dari poket seluar baju melayunya.
"Rm57." Sekeping duit RM50 dan RM10 diambil kemudian dihulurkan.
"Keep the balance." Sempat dia kerling pada gadis yang bikin masalah itu sebelum melangkah keluar dari cafe menuju ke arah kereta milik Dato' Seri Fathini.
"Dah?" Soal bondanya sambil menekan-nekan sesuatu diskrin telefon pintar.
"Dah." Dia menjawab sambil menyimpan senyum yang penuh makna. Hatinya sedang berbunga riang. Harap-haraplah belum berpunya.
"Bila nak bertolak pergi Jerteh?"
"Pukul 1 nanti. Jerteh tak jadi. Semua berkumpul dekat Setiu. Katanya, lepas habis program ada makan-makan sikit tepi pantai."
"Habis saja program, terus balik. Jangan nak pergi merayap rata-rata." Qariz mencebik bibir. Wanita itu selalu melayannya seperti dia seorang anak kecil yang baru tumbuh sebatang gigi dibawah.
"Riz dah 29 tahun, dah besarlah bonda. Riz bukan budak yang makan lolipop lagi." Luahnya bersama nada yang kedengaran sedikit kecewa dengan layanan Dato' Seri Fathini.
"Bonda nak pesan saja. Bonda tak nak kehilangan anak bonda yang satu ini." Wanita itu mengambil tangannya kemudian digenggam.
"Cakap pasal hilang, hari itu Riz ada pergi ASH Holdings." Dato' Seri Fathini tersentak. Perlahan-lahan tangan anak lelakinya dilepaskan.
"Riz buat apa pergi ke sana?" Suaranya yang ketar cuba disembunyikan.
"Riz pergi untuk pantau staf-staf kita saja dan semuanya tak ada masalah termasuk staf-staf ASH Holdings tapi majikan mereka yang bermasalah sikit like she doesn't know anything about business and yeah I got my answer. Dia tak belajar business."
"She?" Dia sudah dapat teka siapa perempuan yang dimaksudkan Qariz itu.
"Ya, perempuan. Dia ambil alih syarikat suami dia selepas suami dia hilang dalam kejadian kebakaran bangunan 2 tahun lepas." Pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Tangan kanan diletakkan diatas tangan kiri demi menahan tangannya yang sedang menggeletar.
"Sampai sekarang belum jumpa suami dia. Ada orang kata dah meninggal dalam kebakaran itu. Bonda, Riz rasa nak tolonglah dia cari suami dia. Riz kesian tengok dia." Wanita itu segera berpaling menatap wajah si anak. Kepala digeleng laju tidak benarkan.
"No! Riz sendiri belum sembuh, ada hati nak tolong orang lain." Tegas dia membantah. Dia tidak akan biarkan itu berlaku sama sekali. Jika boleh, dia tak mahu terlibat langsung dengan ASH Holdings tapi terpaksa juga kerana hanya syarikat itu saja yang membekalkan bahan mentah yang berkualiti buat pelanggan walaupun harga sedikit mahal.
"Kenapa pula tak boleh?" Qariz mendengus tidak puas hati. Nak tolong pun tak boleh ke?
"No means no, Qariz Irham!"
.......................
"A bird doesn't sing because it has an answer, it sings because it has a song."
Menjalani kehidupan selama 2 tahun ini bukannya mudah tanpa suami disisi. Hampir 3 bulan juga dulu dia kemurungan tapi disebabkan ayat itu, dia kembalikan hidupnya.
Sungguh mendalam makna disebalik kata-kata itu hingga dia sendiri tidak mampu berkata apa-apa.
Ya, benar kata Isyraf. Dia perlu menikmati hidupnya dan tidak selalu mencari jawapan untuk tanda tanya itu. Aliran hidupnya perlu lancar dan InsyaAllah, Allah akan menolong hambaNya.
Suatu hari nanti, Allah pasti akan memberi petunjuk padanya. Dia hanya perlu bersabar buat sedikit masa saja lagi setelah itu dia akan ketahui jawapannya.
Helena mengambil tempat disebuah pondok kecil yang dibina berhampiran pantai. Angin laut menyentuh lembut kulitnya menyebabkan kesejukan menguasai ke seluruh tubuh. Selendang yang dikepala dibawa ke bahu menyelubungi tubuh yang berbaju tshirt nipis.
Malam ini barulah dia boleh menikmati keindahan di Kampung Penarik ini. Segala yang berkumpul di dada selama ini terasa begitu bebas setelah dapat menghirup udara segar. Senyuman dilebarkan. Jiwanya dirasakan sungguh tenang.
Satu saja tujuan dia ke sini adalah untuk melepaskan tekanan kerja. Sepanjang 2 hari cuti kerja ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
Agak lenguh juga bahunya memandu tanpa henti tadi. Biasanya, Asytar yang memandu dan dia pula menemani lelaki itu di sebelah namun sekarang tidak lagi.
Sebut saja Asytar, fikirannya terlintas pada Qariz, Ketua Pegawai Eksekutif kepada QGold Holdings.
Rupanya itulah Qariz yang sering disebut-sebut oleh staf-staf QGold Holdings apabila dalam mesyuarat. Sudah beberapa bulan syarikat itu bekerjasama dengan ASH Holdings dan pada hari itulah pertama kali dia bertemu mata dengan majikan kepada syarikat itu.
Pada pertama kali itu jugalah dia mendapat kejutan daripada lelaki itu. Suara Qariz persis Asytar tetapi bila dibuat kesimpulan bersama Isyraf beberapa hari lepas, ada saja suara manusia yang sama. Mungkin ini kebetulan.
"Eyna harap dapat berjumpa abang kembali." Loket dilehernya dikucup lembut.
![](https://img.wattpad.com/cover/211666776-288-k62826.jpg)
YOU ARE READING
Dua Rupa, Satu Hati
RomanceDalam sebuah kebakaran bangunan akibat litar pintas telah meragut beberapa nyawa tetapi ke mana suaminya menghilang? "Kes itu sudah ditutup setelah setahun kejadian itu berlaku." -Eyna Helena "Kemudian, mana Asytar?" -Qariz Irham Jawapan untuk soala...