"Setakat ini saja mesyuarat kita pada hari ini. Jika ada apa-apa yang masih tidak faham boleh datang ke bilik saya. Terima kasih." Komputer riba dimatikan kemudian ditutup.
Semua pekerja yang menghadiri mesyuarat pada hari itu sudah pun beransur keluar.
"Bella." Nama setiusahanya dipanggil untuk membacakan tugasnya selepas makan tengah hari nanti.
"Erm..selepas lunch nanti puan free sampai balik. Meeting dengan QGold Holdings esok lepas lunch. Hari ini tak jadi." Helena menggaru hujung keningnya yang tidak gatal.
"After lunch? Saya baru niat nak pergi Rumah Titian Kaseh. Dah lama tak pergi. Awak call semula QGold Holdings. Inform dia yang lepas lunch saya tak free kalau sebelum itu saja boleh." Bella mengangguk mengerti.
Sejak kejadian 2 tahun lepas, hubungannya dengan Eyna Helena makin erat. Disebabkan itulah dia telah dilantik sebagai setiausaha.
Setiausaha Asytar sudah pun meninggal dalam kebakaran tersebut.
Helena keluar dari bilik mesyuarat lalu mengatur langkah ke ruangannya. Buka saja pintu, terpampang wajah Puan Sri Aisyah iaitu ibu mentuanya bersama Isyraf, adik lelaki kepada suaminya.
"Mama? Raf?" Agak kaget juga kerana jarang-jarang sekali wanita itu berpijak ke sini.
"Eyna sihat?" Soal Puan Sri Aisyah. Dia menghulurkan tangan kanan ketika Helena datang ke arahnya.
"Sihat saja mama. Mama dengan Raf sihat?" Helena menyalami tangan ibu mentuanya. Seusai itu, dia mengusutkan rambut Isyraf yang duduk disebelah Puan Sri Aisyah.
"Kau ini, jahatlah!" Dia tergelak kecil melihat muka cemberut lelaki yang berusia 25 tahun itu.
Wajah Isyraf seiras Asytar tetapi mereka berdua bukan kembar. Jika ikutkan sekarang Asytar berumur 27 tahun sama umur dengannya namun berbeza 2 tahun daripada Isyraf.
Helena melabuhkan punggung disofa berhadapan Puan Sri Aisyah dan Isyraf.
"Kami sihat Alhamdulillah. Mama datang ini saja nak jalan-jalan. Bosan duduk rumah. Raf ikut ini pun sebab rindu dengan kakak ipar dialah katakan." Isyraf yang mendengarnya hanya menggelengkan kepala. Wanita itu selalu saja menambah gula dalam sup.
"Rindu akak ke Raf? Kalau rindu, cakap saja. Tak perlu pendam dalam hati. Nanti memburuk pula." Seronok Helena mengusik adik Asytar.
Akak?
"Mama, nak pinjam handbag boleh tak?" Berkerut kening Puan Sri Aisyah. Wajah Isyraf dipandang pelik. Anak lelakinya nak bertukar jantina pula ke?
"Nak buat apa?"
"Nak muntah."
"Hey! Mama baru beli semalam handbag ini." Segera diambil beg tangannya yang sedang dipegang Isyraf.
"Kurang asam limau punya adik. Sampai sekarang tak insaf-insaf." Helena mengetuk kepala jejaka itu agar hidup semula suis otak Isyraf.
Lantas tersengih lelaki itu. Kepalanya yang diketuk tadi diusap-usap.
"Tak payah layan sangat Isyraf ini. Sampai ke tua pun perangai macam itu. Biul tak habis. Jom Eyna kita pergi lunch?"
"Boleh juga." Ajakan wanita itu disambut baik oleh Helena.
....................
Kad menu diserahkan kembali kepada pelayan setelah siap membuat pesanan untuk makan tengah hari. Pelayan lelaki itu berlalu pergi bersama pesanan pelanggan dan kad menu ditangan.
"Esok Raf lapor diri di ASH Holdings jadi pembantu pengurus Eyna." Terjungkit kening Helena mendengarkan pernyataan itu. Mengapa dia tidak tahu apa-apa?
"Kau ambil business ke Raf?" Rasa terperanjat tadi ditutupi dengan pertanyaan itu.
"Of course. You know nothing about me." Isyraf menayangkan wajah berlagaknya.
"Boleh tapi kau kena datang sebelum pukul 10 pagi sebab pukul 10.30 aku ada meeting dengan QGold Holdings. Kau lewat, aku tendang kau terus ke rumah." Dia menyapu hidung.
"Pukul 10? Huh! Kau tengok esok, pukul 6 lagi aku sampai ASH Holdings." Helena menjuih bibir.
"Kau sembang saja lebih. Kau fikir aku tak tahu perangai kau? Dah masaklah." Lengan disilangkan di dada.
"Aku dah taubat."
"Bila?"
"Sejak masuk tahun baru 2 bulan lepas."
"Muka kau mana boleh percaya sangat. Semua yang keluar dari mulut kau itu hanya fatamorgana saja."
"Amboi kau, suka kutuk aku ya?"
"Bila masa aku kutuk? Aku cakap saja."
"Kau rasa tak sama ke dua benda itu?"
"Tak."
"Ayy kalau aku buang kau dalam mulut naga, sia-sia saja kau hid--"
"Ish! Banyak mulut betullah budak seketul ini. Dah besar panjang pun perangai macam budak 3 tahun." Kemas Puan Sri Aisyah menekup mulut anak bongsunya.
Helena menarik senyum sinis. Padan muka. Budak 3 tahun pun, 3 tahunlah.
Beberapa minit kemudian, pesanan mereka bertiga telah pun siap terhidang diatas meja makan.
"Eyna.." Puan Sri Aisyah menyeru nama menantunya yang sedang menjamu selera.
"Ya mama?" Helena mengangkat muka menatap wajah wanita dihadapannya.
"Eyna tak mahu cari pengganti?" Dia tersentak menerima soalan itu. Matanya tidak berkelip memandang Puan Sri Aisyah.
Bukannya dia tidak mengerti maksud wanita berjilbab itu. Dalam banyak-banyak soalan, tidak pula disangka akan keluarnya soalan yang begitu sensitif ini.
"Tidak akan." Pendek saja dia menjawab.
"Tapi kenapa? Eyna sayang, Asy sudah tiada. Eyna kena terima hakikat ini." Helena melarikan anak matanya dari terus bersatu dengan pandangan ibu mentuanya.
"Masih hidup atau tidak, Eyna tetap setia pada yang satu. Maaf mama, Eyna nak ke ladies sekejap." Dia bangkit dari kerusi lalu langsung membawa langkah ke arah tandas.
Loket berbentuk love yang digantung pada rantai yang dipakainya digenggam kemas.
Rantai bersama loket ini ialah hadiah terakhir daripada suaminya.
Melalui pantulan cermin ditandas, dia mengucup lama loket itu. Matanya yang sudah lama berair itu telah menitiskan cecair jernih ke pipi saat mata dipejam.
'I miss you, abang.'

ANDA SEDANG MEMBACA
Dua Rupa, Satu Hati
RomanceDalam sebuah kebakaran bangunan akibat litar pintas telah meragut beberapa nyawa tetapi ke mana suaminya menghilang? "Kes itu sudah ditutup setelah setahun kejadian itu berlaku." -Eyna Helena "Kemudian, mana Asytar?" -Qariz Irham Jawapan untuk soala...