BAB 6

436 47 0
                                    

Tangan kirinya diletakkan disebelah. Keningnya bertaut hairan apabila deria sentuhannya terasa lain. Ditoleh sekilas ke tepi. Dia menyentuh kerusi rupanya. Selalunya sewaktu memandu dia akan meletakkan tangan diatas paha seseorang.

Paha? Paha siapa? Yang kekasihnya mungkin kerana bonda pernah beritahu bahawa dia ada teman wanita dulu tetapi wanita itu telah tinggalkan dia ketika dia sedang koma.

Sewaktu dia hangat bercinta dulu, ke hulu ke hilir dia bawa anak dara orang itu sehingga balik lewat malam. Tidak pula dia sangka yang perangai dia sebegitu sebelum dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Korea.

Mungkin Tuhan ingin memberi pengajaran padanya kerana terlalu bersosial. Sekarang dia sudah berubah. Dia langsung tidak ingat perangainya yang dulu. Menurut doktor yang merawatnya, dia mengalami hentakan yang maha dahsyat dikepala sehingga dia tak dapat ingat tentang dirinya dan keluarga sendiri.

"Kuat sangat ke kepala aku terhantuk sampaikan muka keluarga sendiri pun tak cam?" Kepalanya diketuk perlahan beberapa kali cuba mengingati kembali perkara lepas.

Begitu berat rasanya ingin membuka kelopak mata namun digagahi jua. Bunyi mesin kedengaran sambung-menyambung tidak henti ditepi telinga. Buka saja mata, cahaya terus menyimbah perit dimata seakan sudah lama dia 'tidur'.

Mata hitamnya bergerak ke kiri dan kanan memerhati tempat yang di dudukinya sekarang. Mata berkelip lemah melihat tempat yang begitu asing baginya.

Bunyi seretan pintu membuatkan matanya terus tertumpu pada pintu bilik ini.

"Riz dah sedar? Alhamdulillah, akhirnya bonda dapat juga lepaskan rindu bonda pada Riz." Tubuhnya dipeluk oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai bonda. Disamping wanita itu terdapat seorang lelaki memakai coat putih datang ke arahnya.

Lampu suluh kecil disuluhkan dikedua-dua belah matanya oleh lelaki itu lalu mencatat sesuatu di dalam buku rekod. Gayanya seperti seorang doktor.

"His body is still weak. Make sure he has enough rest." Dato' Seri Fathini mengangguk.

"Alright, thank you doctor." Sofa yang berada ditepi katil menjadi tempatnya melabuhkan punggung. Wajah anaknya yang masih terbalut dengan kain putih ditatap penuh ceria. Tidak sabar mahu melihat wajah disebalik kain itu.

"Ini bonda, Riz. Riz tak ingat ke?" Dia memperkenalkan diri setelah melihat lelaki itu yang blur seakan sedang memproses semula ingatan.

Qariz menggeleng kepala. Dia tidak ingat apa-apa terutama sekali muka wanita dihadapannya. Langsung tidak familiar.

"Tak apalah, Riz rest dulu. Jangan banyak berfikir sebab kepala Riz belum sembuh lagi. Bonda nak keluar sekejap. Riz ada nak apa-apa ke?"

"Saya nak balik." Wanita itu kelihatan tergamam.

"Ke..kenapa nak balik? Riz belum sembuh sepenuhnya lagi. Selepas Riz sembuh, kita bolehlah balik ke Malaysia." Kerutan terbentuk di dahi Qariz walaupun tidak kelihatan akibat dilitupi kain yang membalut seluruh mukanya dan yang tinggal hanya mata bersama bibir. Matanya tidak lepas memandang wanita yang tidak dikenali.

"Malaysia?"

"Ya sayang..rumah kita di Malaysia. Kalau Riz mahu pulang, Riz kena cepat-cepat sihat."

"Kenapa saya tak boleh ingat apa-apa termasuk ibu saya sendiri?" Kepala yang berbalut itu dipegang. Mengapa mukanya juga berbalut? Patutlah berasa udara-udara seperti tidak meresap ke kulit muka.

Dato' Seri Fathini mengambil nafas dalam sebelum merungkaikan cerita begitu memeritkan yang pernah berlaku dalam hidupnya.

"Riz accident. Doktor cakap, disebabkan kepala Riz terhantuk kuat pada sesuatu, berlakunya gegaran pada otak Riz dan sekarang semua ingatan Riz dah hilang. Muka Riz pula tertucuk kaca dan terpaksa buat operation. Bonda bersyukur sangat-sangat tak kehilangan putera bonda yang seorang ini." Tangan anak lelakinya digenggam kemas. Air mata yang turun ke pipi lantas dikesat.

Dia berdiri di hadapan cermin. Tangannya naik menyentuh wajah sendiri. Tiada sedikit pun parut yang ditinggalkan selepas pembedahan. Mujur juga, tiadalah mencacatkan mukanya dengan parut itu.

Tapi satu saja yang masih pelik baginya sehingga kini. Dia langsung tidak berasa serasi dan tidak ingat akan muka ini. Jika wajah sendiri pun lupa, bagaimana dia bisa ingat pasal keluarganya, kan?

Kalau bukan disebabkan bonda yang menceritakan segalanya, pasti sampai sekarang dia tak tahu. Kuat benar agaknya kepala dia terhantuk.

Beberapa hari lepas, dia ke ASH Holdings kerana jadualnya tidak begitu padat pada hari itu. Sewaktu dia ketemu Helena bersama Isyraf, seakan dia pernah terserempak dengan mereka berdua sebelum ini tapi belum pasti di mana. Puas diputar kembali ingatan tetapi tetap juga tidak ingat.

Punggung dilabuhkan diatas katil. Pemandangan laut dari bilik penginapannya sungguh cantik lagi-lagi waktu matahari ingin melabuhkan tirai. Pintu gelangsar tertutup namun langsir dibiarkan terbuka luas.

......................

Kaki dibawa mengikut gigi pantai. Hanya cahaya dari pantulan bulan yang menerangi kawasan itu. Dia berjalan sehingga sampai disebuah kampung yang sepertinya dihuni oleh nelayan-nelayan.

Matanya memerhati sekeliling tempat itu sebelum deria penglihatannya mula terbayang sesuatu. Kepala dipegang. Makin lama makin rasa menyengat dikepalanya.

Sebuah senyuman gembira. Itu saja yang sempat dia ingat sewaktu terlintas di ingatan tadi.

"Ergh!" Sudah pula ubat tidak dibawa. Ada saja dalam bagasi di chalet. Sebelah tangan ditongkatkan pada sebuah pokok bagi menampung dirinya yang sudah tidak dapat berdiri tegak lagi. Dunia dirasakan berpusing-pusing bersama peluh didahi.

"Encik? Encik okay ke?" Suara seperti seorang wanita yang datang menegurnya tapi tidak pasti kerana mata memang tak boleh dibuka.

"To..long sa--" Belum habis bicara, dia sudah pengsan diatas gerangan itu.

"Ya Allah, encik!"

Dua Rupa, Satu HatiWhere stories live. Discover now