BAB 8

452 41 11
                                    

Helena menyalami tangan kedua-dua orang tuanya. Senyuman manis dilemparkan buat Puan Hasrin dan Encik Firdaus.

"Hati-hati bawa kereta. Sampai nanti call ibu terus. Aih..berat nanang budak ni, malam-malam baru nak balik. Siang tadi dok wase nak balik. Bahaya tahu dok malam gini? Orang puang pula tu!" Puan Hasrin membebel seraya mencekak pinggang manakala Encik Firdaus hanya menggeleng kepala.

Helena tersengih.

"Saja Eyna nak balik malam. Siang-siang panas. Pening kepala nak drive tengok matahari depan muka."

"Sokmo doh gitu. Doh, pergilah balik. Kang lewat-lewat, 'benda' lain pula nak numpang." Dia yang tersengih tadi terus menarik muncung. Ibunya ini memang mulut lepas sungguh!

"Ibu ni..buat naik bulu roma orang saja. Eyna balik dululah. Assalamualaikum ibu, ayoh." Tangan dilambaikan sebentar sebelum dia masuk ke dalam perut kereta Myvi kepunyaannya.

Perodua Myvi itu dipandu keluar dari kawasan kampungnya menuju ke jalan besar.

"I accident about a few years ago di Korea. I disahkan amnesia. Semua ingatan I hilang. Satu pun tak tertinggal even latar belakang family I sendiri pun I tak tahu. Kepala I akan sakit bila banyak berfikir dan bila nak cuba ingat kembali masa lalu.."

"..and I don't know why, I jadi teringat sesuatu bila sampai di perkampungan nelayan ini. I feel like..I came here a long time ago and I've met someone right here. I couldn't see her face but I could only see her smile. I miss her but I don't know who she is. I just..miss her so much."

Kata-kata Qariz pada pagi tadi mula mengusik fikirannya. Benarlah bahawa setiap manusia masing-masing mempunyai kisah pahit tersendiri termasuk dia.

Dia mahu jauhkan diri daripada lelaki itu. Hidupnya lemah sejak hadirnya Qariz yang tiba-tiba saja muncul. Bukan kerana lelaki itu menuduhnya kahwin lain tapi perwatakan serta suara Qariz yang sama seperti Asytar membuatkan rindu pada suaminya makin mendalam. Dia tidak mahu menjadi lemah lagi. Cukuplah sewaktu dulu saja.

Loket berbentuk hati dilehernya diusap lembut. Dengan pelbagai cara yang sudah dilakukan demi mencari Asytar tetapi tidak berjaya, sekarang dia cuma mampu tawakkal pada Maha Esa. Jika tiada jawapan, maka dia harus redha.

Sepanjang perjalanannya di atas lebuhraya selama 3 jam masih tenang namun sampai saja ditempat yang gelap selepas itu, keretanya tersedu-sedu. Dia memarkir kereta di pinggir jalan lalu enjin kereta itu terus mati. Air liur ditelan kesat apabila melihat meter minyak.

"Alahai minyak..kenapa kau tak bagitahu awal-awal yang kau dah nak habis?" Dahi diletakkan di stereng kereta. Tengah malam begini, pengguna lebuhraya sudah kurang. Jadi, peluang untuk ada yang mahu menolongnya cuma 1 peratus dan itu pun jika ada.

Telefon pintarnya dikeluarkan dari beg tangan. Sekarang, siapa yang harus dia membuat panggilan? Orang tuanya? Huh! Jangan buat guraulah mahu menyuruh mereka datang ke tempatnya semata-mata hendak bagi minyak petrol. Sudahlah mengambil masa 3 jam perjalanan.

Sedang dia berfikir, sebaris nama terlintas dikepala.

"Nah it's okay Eyna Helena, sekali ini saja kau libatkan dia. After this, no more!" Nama seseorang dicari di dalam kenalan telefon kemudian di dail.

"Hello?"

"Sorry ganggu tengah malam macam ini. Dah tidur ke?"

"Belum lagi puan. Tengah siapkan slide untuk presentation esok. Kenapa puan?"

"Awak ada nombor Encik Qariz, CEO QGold Holdings itu?"

"Oh Encik Qariz. Maaf puan, saya tak ada nombor Encik Qariz tapi kalau puan nak, saya boleh minta pada secretary Encik Qariz."

Dua Rupa, Satu HatiWhere stories live. Discover now