PROLOG

1.1K 39 0
                                    

Bukan aku pinta untuk jatuh cinta. Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan. Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.

Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu! Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN. Aku berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.

Tetapi, mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan? Jadi...janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.

Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu...

** Tinta Ilham Kak Damya **

Jiwang pulak prolog Bicara Hati ni kan? Hehehe... lantaklah. Enjoy reading guysss. Jangan lupa tekan vote tau! Next chapter on the way. Kak Damya tengah edit-edit sikit sebab ayat novel tahun 2003 sangatlah skema. Boleh berdekah-dekah gelak bila baca semula. Kahkah 😂

BICARA HATIWhere stories live. Discover now