B a b 6

536 25 0
                                    

Sebulan kemudian...

Sejak Ryan telah bertukar kerja dari pilot kepada Officer, jadualnya telah bertukar. Dia tidak lagi dengan jadual penerbangannya. Syarikat yang bekerja sekarang juga milik rakannya dan dia hanya bekerja sebagai jurutera. Katanya biarlah kerja biasa tapi yang penting masanya dan Sofia terjaga.

Dia tidak sanggup mahu meninggalkan Sofia selalu. Jika siang ramai yang boleh tengokkan seperti doktor yang merawat dan Nur tapi jika malam? Bahaya. Jadi dia buat keputusan untuk mengubah kerjanya.

Sofia juga tidak kisah tentang pekerjaan Ryan. Besederhana juga dia ok. Biar mereka berdikari.

Dan harini adalah hari pertama Ryan bertukar jawatan. Mulalah dua ekor tu nak bersawit.

Ryan merapikan pakaiannya di hadapan cermin. Dapatlah dia lihat wajah sugul isterinya yang elok duduk di birai katil. Sudah dia uruskan isterinya itu awal-awal lagi sebelum dia mengendalikan dirinya. Ada juga Sofia menegah tapi Ryan berdegil juga mahu menguruskannya.

"Sofia...you betul ke ok ni? Kalau you tak ok I boleh...,"

"Ryan...harini hari first you tau. Kan Nur ada. Kang dah nak petang sikit I pulak kena buat fisio. You jangan risaulah. I ok," Sofia mengelus wajah Ryan. Siapa yang kena sedih ni?

"Hmm..ok. Tapi you kena janji dengan I," satu ciuman hinggap di dahi Sofia.

"You jangan gatal nak buat kerja rumah," satu ciuman melekat di pipi kanan Sofia.

"Jangan cuba-cuba untuk buat kerja berat," satu ciuman hinggap lagi di pipi sebelah kiri Sofia.

"Makan ikut waktu. I dah suruh Nur sediakan," satu lagi ciuman pada batang hidung Sofia.

Dan diakhiri dengan sekilas ciuman pada bibir Sofia.

"Rindu I. Tu paling penting,"

Sofia hanya tersenyum tipis. Batang tubuh Ryan dipeluk erat.

"I nak rindu siapa lagi kalau bukan you Ryan. You tak pergi lagi pun I dah rindu ni,"

Ryan melepaskan pelukan. Wajah Sofia ditatap kembali.

"Alaa..janganlah rindu dulu. Nur ada. Kalau you nak apa-apa suruh je dia. Ok? Kalau rindu jugak...you call I ok?"

Sofia hanya mengangguk lemah. Apa ni?! Orang nak pergi kerja je lah. Pukul 6 balik lah.

"Jom kita turun,"

Ryan terus membawa Sofia ke dalam dukungannya dan meletakkan gadis itu di atas kerusi rodanya. Selepas beg kerjanya diambil, barulah kerusi roda dibawa turun bersama dengan menggunakan lif yang telah tersedia di rumah itu.

"Ha turun pun kalian berdua. Lai lai lai Ryan. Kau kena pergi kerja dah kan? Lambat dah ni!" Nur mendekati Ryan dan menolak tubuh lelak itu sehingga ke muka pintu.

"Eh eh..Nur kejaplah...aku tak say goodbye kat Sofia lagi," Ryan cuba berpatah balik tapi dihalang Nur. Sofia hanya tergelak melihat. Sorry Ryan. Tak mampu buat apa.

"Ah tak de tak de. Dah lama kat atas tadi. Ingat aku tak tahulah korang buat apa? Nak say bye-bye kat aku je. Ok bye!"

Dum! Klik!

Pintu ditutup dan dikunci. Lantaklah si Ryan tu nak jadi apa. Semak je memanjang.

"Fuh! Liat jugak laki kau nak pergi kerja kan?"

Sofia tersengih.

"Tah dia tu. Aku ok je,"

"Yela...mesti dia risau...eh kau tak kisah ke Ryan kerja biasa je? I mean...yela...sekarang dia kerja biasa-biasa je,"

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now