B a b 16

1.2K 33 0
                                    

2 bulan kemudian....

Sofia melabuhkan punggungnya di atas kerusi gazebo luar rumah mereka. Perutnya yang semakin membesar itu diusap dengan penuh kasih. Bibirnya mengukir senyuman bahagia saat terasa pergerakan kecil anaknya. Suka agaknya dimanjai oleh mamanya.

Pandangannya kini beralih pada kolam renang di hadapannya. Dia berniat setelah dia melahirkan nanti dia mahu berlatih berenang semula tapi Sofia masih berbelah bahagi. Memandangkan dia sudah bertudung, banyak kerjayanya seperti perenang dan model tidak boleh diteruskan.

Mahu buat bagaimana? Tuntutan agama lebih penting. Mungkin ada perancangan lain yang dia boleh fikirkan di lain hari.

Sedang Sofia befikir, kereta milik Ryan memasuki pekarangan rumah. Bukan niatnya mahu menunggu Ryan pun pulang dari kerja tetapi memandangkan dia sudah terbiasa duduk duduk di sini pada waktu petang, alang-alang tu tunggu je lah Ryan balik.

Dapat melihat suaminya pulang dalam keadaan selamat juga dapat membuat hatinya lega. Bukanlah dia terlalu membenci Ryan biarpun hubungan mereka masih dingin. Lelaki itu saja yang beriya menunjukkan usaha.

Sofia perhatikan saja Ryan menuju ke arahnya dengan wajah yang kepenatan dan tangan kiri kanan membawa breifcase casenya dan kot. Rambut kusut lelaki itu menunjukkan bahawa harini sangat sibuk.

"Assalamulaikum," sapa Ryan lalu terus menolak belakang kepala Sofia ke bibirnya. Dahi licin isterinya dikucup mesra. Punggungnya dilabuh sebelah si isteri lalu perut boyot Sofia diciumnya perlahan sambil mengusap lembut.

"Hey anak papa! Papa dah balik...," Ryan berkata-kata dengan anaknya sambil mengusap-ngusap lembut permukaan perut Sofia. Isterinya juga tak menghalang.

Sofia secara sembunyi mengukir senyuman tipis. Dia bahagia melihat Ryan sekarang berada di rumah tepat pada masanya dan melayan serta menjaganya dengan baik sekali seperti yang pernah dikatanya. Dia terasa kasih sayang Ryan kini sepenuhnya telah diberikan kepadanya dan anak mereka.

"Kenapa sayang duduk luar?" soal Ryan setelah dia duduk tegak semula.

"Saja. Amik angin," jawabnya tanpa memandang wajah Ryan.

"Hmm...I ingatkan you tunggu I," Ryan tergelak kecil. Kedengaran sedikit hampa pada pendengaran Sofia.

"I...nak masuk," Sofia mulai bangun tapi lengannnya disentuh lembut oleh Ryan.

"Can we talk? I mean...about us?" soal Ryan. Terpancar keseriusannya untuk membuka bicara tentang mereka.

Sofia menghela nafas lalu dia duduk kembali. Tetap wajah Ryan tidak dipandangnya.

"What?" soal Sofia dingin.

"I rasa you takkan ubah pendirian you untuk..you know...get divorce after you deliver later. So...can we just end it right now? I mean...huh..," Ryan tunduk memandang bawah. Air matanya mula bergenang. He just want to end it right now.

"Ryan...I...," Sofia memotong kata-kata suaminya. Mendengar suara Ryan begitu juga sudah membuatkannya sebak.

Ryan hanya menunduk menyapu air matanya tanpa memandang wajah Sofia. Dia sedia mendengar segalanya.

"I tak rasa kita perlukan perpisahan. I want us to be a happy family," terang Sofia mencari wajah Ryan. Lelaki itu barangkali terkejut hanya memandang wajah Sofia dengan pandangan tidak percaya.

Sofia terus menarik wajah Ryan dan membenamkan bibir mereka bersama. Air matanya juga turut bergenang dan menitis saat berjaya meluahkan keinginan yang satu itu.

Ya dia tahu dia yang terlalu ego dan terburu-buru membuat keputusan sehinggakan mengakibatkan situasi janggal antara mereka suami isteri.

Ryan juga turut terpana lalu dia merangkul pinggang Sofia. Lama mereka dalam keadaan begitu sehingga akhirnya Sofia sendiri melepaskan tautan bibir mereka.

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now