B a b 9

545 26 1
                                    

"See? Kan I dah kata...you boleh pregnant...dah jangan risau. You bosan ea sorang sorang kat rumah? Nanti I pregnantkan you cepat!"

"Ryan!! You ni nak kena kee?"

"Apa? Betullah? Kan?"

"Eeee..tak de lah sampai macam tu. Alah semalam you jugak yang cakap biar kita dua dulu,"

"Memanglah...tapi I tengok you macam gak sabar,"

"Bukan tak sabar. Nak tahu je. Mana tahu kalau I betul-betul tak boleh pregnant ke kan? You boleh prepare awal kalau nak cari ibu baru untuk anak-anak you. Buat simpan I lama-lama,"

"Eeee dia ni...nak emo pulak! Dah dah...tak lah sayang...I gurau kan...I tak pernah ada niat pun nak kahwin lain. Kan semalam I dah cakap. Buat apa kahwin semata-mata nak anak. Kalau macam tu baik tak payah kahwin,"

"Mula dah bebel...," gumam Sofia perlahan tapi cukup didengari Ryan.

"Apa sayang? You cakap I bebel?" Ryan menarik lembut telinga isterinya. Ni bukan keganasan rumah tangga ya anak-anak.

"Aaaaa Ryan....," Sofia turut mengikut arah jari Ryan yang menarik telinganya. Ya memang tak sakit tapi nanti tudungnya yang rosak. Penat tahu duudk depan cermin semata nak betulkan awning. Yang si pakcik belakang ni sedap je nak tarik-tarik.

"Apaaa...tak de tak de...denda!"

"Ryan!!!!"

.....

Beberapa bulan kemudian...

Lily memasuki ruang pejabat itu untuk mencari adiknya. Katanya mahu lunch bersama tapi sudah 15 minit dia tunggu. Tidak kunjung tiba. Sebab itu dia naik ke atas. Melihat jika adiknya, Lisa tidak perasan waktu sekarang.

Saat melintasi kawasan kerja itu, matanya terpandang Ryan yang berkerut memegang pen di sisi dahinya. Penuh serius lelaki itu membuat kerja. Lily menghampiri.

"Ryan? You tak lunch ke? Dah pukul berapa ni?" Lily menunjukkan jam di tangannya.

"Tak kot. I ada banyak kerja lah Lily. You lunch dengan Lisa je lah," ujar Ryan sambil membetulkan posisi duduknya. Wajah Lily langsung tidak dipandang.

"I tengok bertimbun je kerja you. Bukan selalu you siapkan kat rumah?" soal Lily pelik. Sejak dia mengetahui keberadaan Ryan di sini, mereka mulai rapat dan makan tengahari bersama.

Kadang bertiga...

Kadang berdua..

Itulah.

Pengenalan singkat mereka telah membuatkan Lily faham bahawa Ryan memang akan bawa pulang kerjanya ke rumah cuma...

Semenjak dua ini saja dia lihat lelaki itu sibuk. Nak kata projek baru masuk tak juga kerana sebelum ini pun elok saja bawa kerja ke rumah.

"Haah. Tapi Sofia sakit lately ni. Dia asyik demam. That's why I jaga. Berapa hari lepas I dah amik MC. Harini pun I risau juga ni," cerita Ryan sambil tangannya sibuk menyelak-nyelak timbunan kertas di atas mejanya. Serabut saja kelihatan di mata Lily. Entah apa dicari.

Terus tangan Ryan ditangkap di dalam pegangan Lily. Terhenti terus perbuatan Ryan. Matanya menyoroti tangan Lily yang mencengkam tangannya lalu terus memandang wajah Lily.

"Relaks boleh tak? You ikut I lunch ok? I tahu perut you kosong lagi. Am I right?" Lily melepaskan tangan lelaki itu perlahan. Senyuman manisnya diberikan pada Ryan.

Seperti lembu di cucuk hidung, Ryan terus saja mengikut Lily tanpa sempat pun mejanya dikemas.

....

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now