B a b 15

1.1K 34 0
                                    

Ryan sabar menunggu doktor merawat Sofia di dalam bilik mereka. Disebabkan keadaan lalu lintas yang tidak berapa mengizinkannya untuk ke hospital, Ryan terus menelefon doktor untuk datang ke rumah mereka.

Nur yang juga berada di situ resah menunggu. Dia berasa serba salah. Jika dia tidak memaksa pasti Sofia baik-baik saja. Ini semua terjadi kerananya!

Krek!

Sebaik sahaja batang tubuh doktor keluar dari bilik mereka, Ryan terus menerpa ke arah doktor.

"Macam mana doktor dengan Sofia?"

"Macam ni lah Ryan. Saya nasihatkan agar kamu jangan benarkan Sofia berjalan lagi. Saya risau. Kakinya masih tidak betah berjalan lama. Berdasarkan pemeriksaan yang saya lakukan, sakit yang dialami puan Sofia sudah lama dirasai tapi Puan Sofia menahan sehingalah kakinya tidak mampu lagi bertahan.

Sebab itu dia mengalami kekejungan. Lagi pula...Puan Sofia hamil. Masih baru. Jadi saya harap Ryan dapat pantau Puan dengan baik,"

"Ba..baik doktor. Saya faham," Ryan memandang Nur yang masih resah dibelakangnya dengan pandangan tajam sehingga menunduk ketakutan gadis itu dibuatnya.

....

Nur teragak-agak mahu masuk ke dalam bilik Sofia selepas saja ditegur Ryan tadi. Banyak juga lelaki itu membebel tapi dalam kena marah tu sempat juga dia mengagumi sikap ambil berat Ryan. Ketegasan lelaki itu sangat dikaguminya.

Nur memandang wajah Ryan dan lelaki itu sekadar mengangguk tanda membenarkan Nur masuk. Sebaik saja dia masuk, kelihatan tubuh Sofia yang masih lena. Tidur ke?

Nur melabuhkan punggungnya di disisi katil Sofia. Gadis itu membuka matanya perlahan.

"Nur...," panggil Sofia perlahan. Bibirnya yang kering itu membentuk senyuman lemah.

Nur mencapai tangan Sofia. Dielus lembut tangan sahabatnya itu.

"Sofia...aku minta maaf sebab aku kau jadi macam ni," Nur mulai menyusun katanya. Dia berasa serba salah atas apa yang berlaku. Sikap memaksanya telah membahayakan Sofia.

"Tak lah...," perlahan Sofia membalas. Nak tergelak dia melihat wajah serba salah Nur padahal gadis itu cukup tegas dan garang juga.

"Tak...ni mmg salah aku...aku janji lepasni aku tk bawa kau keluar lagi," Nur mengangkat tangannya gaya berikrar. Dengan muka innocentnya tu. Aduhai Nur, Nur.

"Ish kau ni...tak apa...aku ok dah kan?"

"Aku risau tauu,"Nur mencebik sedih.

"Ryan marah kau ea?" teka Sofia. Ryan tu bukan boleh kira sangat. Benda kecik pun dia nak marah.

"Tak...dia slow talk je tadi. Tapi nampak lah dia marah juga masa cakap. Tapi aku tak terasa pon. Aku faham..dia tak nak kau sakit lagi," ujar Nur sambil bermain dengan jemarinya.

Sofia senyum. Alahai Ryan ni. Kan dah gugup jadinya si Nur tu.

"Kau dah nak balik ke?" soal Sofia mengubah topik.

"Haah. Aku ingatkan kau tidur,"

"Tak.. Tak boleh tido,"

"Sakit lagi ke?" soal Nur. Manalah tahu jika-jika sakit tadi masih bersisa walaupun dia lihat doktor telah menyuntik sesuatu pada kedua belah kaki Sofia ketika pemeriksaan dijalankan sebentar tadi.

"Tak lah...dah dah..eh kau ni," Sofia segera menidakkan. Risau sangat!

"Oklah...aku balik dulu. Nanti kalau kau nak apa-apa minta Ryan ok?"

Sofia mengangguk perlahan. Tangan Nur di tangannya ditahan sehingga gadis itu memandangnya meminta kepastian.

"Thanks bawa aku shopping harini," ucap Sofia dengan senyuman di bibirnya.

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now