B a b 17

1.2K 30 0
                                    

Seminggu sebelum Sofia melahirkan, Ryan membawa isterinya ke hospital sebagai persediaan jika wanita itu sudah mendapat tanda-tanda kerana dia risau jika dia tiada di rumah dan Sofia pula keseorangan.

"You tak rasa sakit-sakit ke sayang?" soal Ryan sambil mengelus lembut ubun-ubun Sofia.

"Tak...belum lagi rasanya. You tu ha beriya bawa I pergi sini," balas Sofia bagi meredakan hati suaminya yang resah. Dia yang nak beranak suaminya yang melebih. Biasalah tu.

"I risau tau. Mana tahu kalau you nak terberanak kat rumah. Hish,"

Sofia hanya tergelak kecil mengenangkan sikap paranoid Ryan itu.

"You tak masuk kerja ke harini?"

"Tak...I dah cakap dengan kawan I, I masuk kerja lepas you bersalin. I nak ada dengan you masa anak kita keluar nanti,"

"Awww..so sweet of you," Sofia mengusap pipi Ryan perlahan.

....

Sofia bergerak ke kiri dan kanan apabila dia merasakan pinggangnya berasa lenguh dan sakit-sakit di bahagian ari-arinya tapi entah mengapa doktor masih belum benarkan dia masuk ke dalam dewan bedah. Katanya bukaan masih belum luas.

Dia bersandar pada kepala katil tapi semakin menyengat sakit yang dia rasakan. Batang tubuh Ryan yang sedang bersolat membantutkan niatnya untuk memanggil si suami tapi dia benar-benar sakit. Malah katil itu sudah basah dengan air ketubannya.

Sofia bergerak-gerak di atas katil menahan sakit. Bibirnya diketap kuat supaya tidak menghasilkan bunyi. Kini dia lihat Ryan sudahpun di tahiyat akhir dan serentak Ryan memberi salam dia terus menjerit.

"Arghh Ryan!"

Ryan terus berpaling ke belakang dan berlari menuju ke arah isterinya yang sudah kesakitan.

"Sayang sabar sayang. I panggil doktor. Sabar kejap,"

"Arghhh sakit Ryan!" Sofia mengenggam erat tangan Ryan sehingga kukunya berbekas pada lengan lelaki itu.

"Ya I tahu. Bagi I panggil doktor kejap," perlahan-lahan Ryan melepaskan genggaman Sofia dan berlari memanggil doktor.

Tak lama kemudian Sofia dipindahkan ke dalam bilik bersalin setelah bukaannya sudah mencapai 10 cm. Ryan juga turut ikut ke dalam setelah dia dipersiapkan dengan pakaian yang sepatutnya.

Ryan setia berdiri di sebelah katil Sofia dan memberi kata-kata semangat serta membacakan ayat-ayat al-quran supaya isterinya terus kuat.

Wajah Sofia sudah basah dengan air mata dan peluh. Benarlah kata orang sakit melahirkan anak itu sakit kedua selepas mati!

"Puan...puan kena teran sekuat yang mungkin kalau tak anak puan lemas," ujar doktor yang menguruskan Sofia itu.

Mungkin kerana ini pengalaman pertama Sofia melahirkan jadi dia tidak berapa tahu caranya.

"Sayang...you teran perlahan-lahan ok? Kesian anak kita. Ok sayang?" bergetar suara Ryan berkata. Dia juga sudah berapa kali mengalirkan air mata melihat isterinya bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

"Arghhhhh!" Sofia cuba meneran sekali.

"Ok puan sikit lagi. Dah nak nampak kepala ni puan,"

Sofia meneran lagi sekuat hatinya sehingga lah tangisan anak kecil berbunyi dan saat itu juga dia berasa lega. Anaknya sudah selamat dilahirkan.

Perlahan-lahan mata dan pandangannya gelap. Sempat juga dia mendengar suara Ryan berkata.

"Terima kasih sayang," ujar Ryan sambil mengucup ubun-ubun isterinya. Ryan sedikit kaget melihat Sofia sudah terpejam.

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now