B a b 12

1K 31 0
                                    

Ryan berlari ke arah kaunter pertanyaan dan bertanya tentang keberadaan isterinya.

"Patient nama Sofia Ariana bilik mana?" gelabah Ryan bertanya pada jururawat di situ.

"Apa hubungan encik dan pesakit?"

"Saya suami dia!" ujarnya sedikit tegas.

Baru sedar ada satu perasaan menjalar ke dalam hatinya. Baru sekarang nak mengaku suami ke Ryan?

"Bilik 409 encik," beritahu jururawat itu.

Ryan terus berlari ke arah bilik yang dikatakan. Sebaik sahaja dia melihat batang tubuh Nur di luar bilik pesakit itu, berlari dia menuju ke sana.

Nur yang baru perasankan kehadiran Ryan, terus bangun. Wajah cemas lelaki itu ditilik perlahan sebelum lima jarinya hinggap ke pipi lelaki itu. Berang wajahnya apabila diperlakukan sebegitu.

"Nur! Apa salah aku?!" soalnya berang. Wajah Nur di hadapannya dipandang geram. Nasib perempuan kalau tak memang mati dia kerjakan.

"Apa salah kau? Kau tanya apa salah kau? Agaknya kalau aku tak datang balik kat rumah tu, Sofia mati kering kat dalam tu pun kau tak kisah kan? Apa masalah kau ni sebenarnya hah?" garang Nur menyoal Ryan itu ini.

"Apa jadi kat Sofia Nur? Tolonglah. Bagi aku jumpa dia!" Ryan mahu menolak daun pintu bilik Sofia tapi dihalang tangan Nur.

Ryan terkejut melihat wajah Nur sudah basah dengan air mata. Apa kena semua orang ni? Ryan kusut.

"Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat belakang Sofia lah Ryan! Kau curang dengan dia! Mentang-mentang dia macam tu kau ambil kesempatan?" lirih Nur menyoal Ryan. Lelaki itu terdiam.

"Apa bukti aku curang dengan Sofia?!"

"Pftt...pura pura pulak kau ye? Ryan...aku tak nampak sekali Ryan. Aku nampak berkali-kali. Kalau kau dah tak mampu sangat nak jaga Sofia, kau ceraikan dia je lah! Biar aku jaga dia!" Nur menolak bahu Ryan kasar sehingga tubuh lelaki itu berganjak kebelakang sedikit. Dia masih buntu.

"Aku tak tahu apa yang kau buat kat dia sampai dia telan ubat dia habis. Dia overdosed kau tahu tak?! Dan aku syak kau tak tahu pun yang dia mengandungkan anak kau!" sinis bicara Nur pada pendengaran Ryan.

Lagi berdesing telinganya apabila mendengar perkataan anak.

"So..sofia pregnant?" soal Ryan tidak percaya.

"Aku syak memang Sofia tak sempat nak bagi tahu kau pasal ni. Dah lah Ryan. Aku penat dengan perangai kau. Sofia deserves another man. She really do. Setakat sampah macam kau ni, dia boleh buang tepi jalan je,"

Nur mengelap kasar pipinya yang masih bersisa air mata. Dia terus meninggalkan Ryan di situ.

Tanpa menunggu lagi dia terus menerjah masuk ke dalam wad isterinya.

Dia terhenti saat melihat wajah isterinya yang masih lena di atas katil itu. Perlahan lahan Ryan mendekati katil Sofia. Punggungnya dilabuhkan pada sisi katil isterinya.

Tangannya naik mengelus ubun-ubun Sofia dan satu ciuman dilabuhkan di situ. Air matanya mengalir perlahan..

"I'm so sorry sayang," Ryan mengambil pula tangan isterinya dan dibawa ke bibir. Dia betul-betul rasa serba salah telah berlaku curang pada satu-satunya wanita yang dia cintainya ini.

Yang telah mengandungkan anaknya.

Ya Ryan menyesal.

.....

Sofia mencelikkan matanya perlahan apabila telinganya mendengar alunan bacaan ayat Al-Quran. Fikirnya hanya mimpi tapi tidak apabila batang tubuh seorang lelaki elok sedang mengangkat takbir di sudut biliknya.

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now