B a b 20 (E n d)

1.5K 40 0
                                    

Sofia menjadi sebak saat dia menjejakkan kaki di tanah perkuburan Islam Gardens of Peace Cemetery, lokasi mama dan papanya dikebumikan. Ryan di sebelah isterinya hanya memeluk bahu wanita itu menyalurkan semangat. Anak mereka ditinggalkan bersama tiga orang gaji di rumah kerana awal pagi lagi mereka berdua sudah gerak ke Hainault, England.

"Sayang..," Ryan menghulurkan Yassin pada isterinya sebelum mereka dua duduk di situ. Suara mereka berdua mengisi keheningan di kawasan perkuburan itu dengan alunan bacaan Yassin.

Sesekali Sofia memberhentikan bacaan kerana air matanya tidak mampu menahan tangisan lagi. Dia menjadi sebak mengenangkan mama dan papanya.

Ryan meneruskan bacaan tapi ada juga sesekali dia mengusap bahu isterinya bagi menenangkan wanita itu.

Setelah semua selesai, mereka berdua membuat keputusan untuk pulang terus.

Sofia pula dari tadi hanya mendiamkan diri. Ryan tidak lah pula mahu menganggu kerana dia faham isterinya masih berada dalam mood sedih. Sesekali dia dapat melihat isterinya menyeka air mata.

"Sayang...dah lah tu...jangan sedih ea? Kita doakan yang baik-baik buat mama dan papa. Ok?" Ryan menarik Sofia ke dalam dakapannya. Terus teresak tangisan wanita itu. Habis dada Ryan basah dengan air matanya. Ryan hanya mampu meredakan sedikit tangisan isterinya. Belakang Sofia digosok perlahan menenangkan isterinya.

....

Ryan dan Sofia berpandangan sesama sendiri apabila mendengar bunyi riuh rendah yang kedengaran apabila mereka sampai ke rumah. Gamat dengan bunyi jeritan dan gelak tawa.

"What happened?" soal Sofia pada Ryan. Lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Setahunya tiada pula dia merancang apa-apa lagi dengan pembantu rumah.

"Tak tahu lah. Jom tengok," Ryan terus melangkah masuk melalui pintu dapur rumah dia turut tersenyum melihat gerangan insan yang membuat bising itu. Sofia yang mengikut dari belakang Ryan juga turut menjerit melihat sahabat baiknya sudah di sini.

"Nur!!" Sofia terus berlari mendapatkan Nur yang sedang bermain dengan Dahlia. Gadis itu juga turut berlari apabila melihat Sofia sudahpun pulang. Mereka berdua berpelukan melepaskan rindu. Padahal baru sehari tinggal.

"Kau pun stay sini jugak ke weyh dengan kitaorang?" soal Sofia teruja selepas pelukan mereka dilepaskan.

"Tak kot. Aku datang sini sebab nak say bye-bye. Kau tengoklah..maid kau ramai ni. Kau dah tak perlukan aku lagi.Ryan lah bawak kau cepat sangat. Dia tinggal aku kat sini,"

"Ha yeke? Aku ingatkan kau masih kerja dengan kitaorang. Hmm...habistu kau dah jumpa ke kerja baru kat sana? Kalau belum kau stay je lah sini dulu. Nanti aku atau Ryan boleh uruskan apa yang patut," wajah Sofia sudah bertukar muram. Dia fikir Nur akan tinggal dengannya di sini nanti seperti dulu sebelum mereka berpindah ke Malaysia.

"Tak pe lah Sofia...aku boleh cari sendiri. Eh dah jangan sedih-sedih. Kau dengan Ryan rehatlah dulu. Aku dengan yang lain boleh jaga Dahlia," Nur cuba menghalau Sofia dari situ kerana risau mereka berdua bakal membuat drama air mata pula. Mana taknya, jika lihat wajah Sofia saja Nur boleh berasa sebak.

Sebak kerana harus meninggalkan satu-satunya sahabat yang dia ada di London. Mujur saja Sofia sudah berkahwin jadi dia tidaklah risau sangat.

Mendengarkan itu, Ryan terus membawa Sofia naik ke atas. Sudahlah isterinya itu masih dalam mood sedih selepas pulang dari Hainault kini, harus berdepan dengan satu kesedihan lagi.

Nur melepaskan keluhan kecil apabila melihat bayangan Sofia hilang. Dia juga turut merasa berat apabila harus membuat keputusan meninggalkan Sofia.

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now