B a b 5

596 26 1
                                    

"Kita kahwin?" soal Ryan dengan wajah polosnya. Kontra sekali dengan reaksi dari Sofia. Matanya membulat besar mendengar bait-bait kata Ryan.

Tangannya ditarik kasar dari genggaman Ryan.

"You gila ke?" kasar Sofia menyoal.

"Sofia...tak...kenapa ni? Kita dah plan pun kan? Lagipun..I nak tebus kesilapan I. Apa yang dah jadi pada you ni, puncanya I. Biarlah I yang jaga you,"

"Hell no! Ok look Ryan. Ni bukan siapa buat siapa. Ye I tahu kita dah merancang but that was before I be like this. We..,"

Sofia menggerakkan jari telunjuknya kepada dirinya dan Ryan.

"....be like this. You akan kahwin dengan orang cacat Ryan! Sedarlah!"

Ryan terdiam mendengar jerkahan dari Sofia.

"Kenapa diam? Baru sedar you akan kahwin dengan orang cacat? Dah lah Ryan. We are over. You tengoklah. Datang sini pun, kena bawa Nur. Habis kalau dah kahwin Nur pun kena ada jugak sampai I mati Nur ada sebelah I. Macam tu? You tak malu ke?" Sofia kembali meneruskan kata-katanya. Melihat wajah Ryan yang sugul itu menjadikan dirinya serba salah.

"Sofia...I tak kisah pun you cacat ataupun tak. You cantik ke buruk ke. I tetap nak jadikan you isteri I. Kalau I kena you seumur hidup I pun I akan buat. Sofia please, I janji akan jaga you,"

Sofia mencari keikhlasan pada wajah Ryan. Matanya mulai mengalirkan cecair jernih. Mengapa Ryan beria mahu herkahwin dengannya?

"Ryan...you deserves better. I bukan nak reject you or whatsoever but...I memang tak layak untuk lelaki macam you. Yes I mengaku I sayang dan cintakan you tapi, I tak mampu jadi isteri you yang baik. I tak sempurna Ryan,"

"I nak kahwin bukan saja-saja. Tak de siapa halang Sofia. Mama restu. And once you be my wife all your flaw will be mine too so please...Sofia...,"

Sofia mengeluh perlahan. Adakah sudah tiba masanya dia menerima Ryan? Adakah lelaki itu akan menerimanya?

....

"Ryan...your decision is for your future. Whatever it takes, it must be from me in the future. If you say so...I agree with that,"

"Aku terima nikahnya Sofia Ariana binti Malik dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai,"

"Sah!"

"Sah!"

Dengan sekali lafaz Sofia sudah menjadi isteri yang sah buat Ryan. Wajah masing-masing menunjukkan kegembiraan yang tak terhingga.

Sofia memang Sofia tidak mampu menafikan yang cintanya buat Ryan telah pun lupus. Sebab itulah dia menerima lamaran Ryan yang kedua.

Ryan berjalan mendekati Sofia yang elok duduk di atas kerusi rodanya. Kecantikan Sofia bertambah lagi apabila dia mengenakan hijab. Jarang sekali dia dapat melihat Sofia bertudung dan harini dia betul-betul dapat melihat kecantikan isterinya kini.

Sofia tersenyum malu saat Ryan sudahpun duduk di kerusi di hadapannya. Ryan mengambil cincin yang dihulurkan Nur kepadanya. Tangan Sofia diraih perlahan dan cincin itupun selamat terletak di jari Sofia.

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now