B a b 10

891 28 0
                                    

"Ryan? You nak pergi mana ni?" soal Sofia lalu menolak kerusi rodanya perlahan mendekati suaminya. Kelihatan Ryan sedang memakai jam tangan di tangan.

"Keluar. I nak jumpa kawan. You ok kan? I dah call Nur dah pun,"

Sofia hanya diam. Tak pernah rasanya Ryan keluar jika hujung minggu. Biasanya mereka akan meluangkan masa bersama. Entahlah. Ryan banyak berahsia dengannya sekarang.

Waktu mereka yang memang sudah terhad bertambah terhad kini. Jika Sofia minta dilayan, ada saja alasannya. Penat lah. Esok kerjalah.

Ya. Dia memahami semua itu tapi dia perlukan perhatian dari Ryan. Harini pula kena keluar. Tak pernah-pernah 'kawan' Ryan tu ajak keluar masa weekend.

"Ok. You pun dah call...lama ke?"

"Tak sure lagi. I pergi dulu ea? Dah lambat. Bai!" Ryan terus meninggalkan Sofia tanpa sempat menyambut huluran tangan Sofia seperti biasa jika dia ingin keluar ke mana-mana.

Sofia termangu sendiri. Pelik pun ya. Kenapalah Ryan nampak tergesa-gesa sangat?

.....

Sedang leka Sofia menyelak buku di tangannya, kelibat Nur menyapa pandangan tak lama selepas Ryan pergi. Datang mengejut kerana beritahu pun secara mengejut.

"Nur...," Sofia tersenyum lebar melihat batang tubuh Nur. Mana tidak, masanya dengan Nur lebih banyak berbanding Ryan. Kalau dulu, boleh pertimbang lagi sebab kerja tapi ni hujung minggu pun tiada.

Nur hanya membuat muka. Bukan kerana terpaksa menjaga Nur tapi kerana perangai Ryan. Dia pula yang geram. Sumpah dia langsung tak kisah jika harus menjaga Sofia bertahun tahun lamanya tapi Ryan seperti mempunyai sebab tersendiri menyuruhnya datang ke sini pada hujung minggu.

"Ni dah kenapa muka kau ni? Kau...sibuk ea masa Ryan call? Yela...harini kan weekend. Patutnya kau luangkan masa kau sendiri. Bukan jaga aku," lirih suara Sofia bertanya.

"Mana adalah Sofia...aku geram dengan Ryan lah. Aku tak kisah dia nak keluar weekend sebab kerja. Masalahnya aku rasa dia ada sorok sesuatu. Aku dapat rasa Sofia....,"

"Ha? Apa maksud kau? "

"Kau ni...harini weekend kot. Mana pernah Ryan kerja masa weekend. Semalam pun sama. Dia balik lambat. Aku tanya kenapa? Dia jawab kerja. Muka dia tak nampak penat sebab kerja pun Sofia. Semalam masa dia balik, kau tidur. Harini dia keluar kau baru bangun. Apa nak jadi dengan dia tu?!"

Sofia terdiam.

"Ish kau ni. Tak ada lah tu...yela...semalam punya kerja bertangguh sampai harini. Tu yang dia terpaksa keluar. Alaa..baru sekali ni kan? Kau yang nak serabut sangat kenapa? Tak ada apa lah tu. Yang kau ni ok tak kena teman aku? Ke kau ada kerja lain?"

"Hmm ada kejap lagi. Tapi masa doktor datang baru aku gerak. Tak lama pun. Tak berani aku nak tinggal kau sorang lama-lama,"

"Hmm ok,"

.....

Ketika doktor Safwa sudah tiba untuk menjalankan rawatan ke atas Sofia, Nur terus keluar kerana dia perlu berjumpa kliennya.

Ketika Nur sedang berbincang dengan kliennya di sebuah restoran, pandangan mata Nur terpandang sesuatu di luar kawasan restoran yang sedang dia duduki.

Ryan.

Dia lihat Ryan bersama seorang gadis yang dia tidak kenali. Kelihatan beberapa beg kertas dibawa di tangannya dan gadis itu dengan selamba saja merangkul lengan Ryan dan mengejutkan Nur ialah, Ryan tidak menolak sedikitpun. Nampak lebih selesa begitu.

Ryan masih kelihatan seronok bergelak tawa tanpa sedar ada yang memerhati. Nur cepat-cepat membuka kamera telefonnya dan mengambil gambar mesra mereka berdua.

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now