B a b 4

527 25 2
                                    

Ryan menilik telefonnya sementara menunggu Fahmi ke tandas. Menanti jika-jika Nur ada melaporkan sesuatu tentang Sofia. Bibirnya mengukir senyuman saat Nur mengatakan Sofia ada mencarinya ketika gadis itu baru bangun tidur. Ini bermakna Sofia sudah mulai menerima kehadirannya kembali.

"Ryan?"

Ryan mengangkat wajahnya ketika ada satu suara lunak menyapa. Seperti dia kenal suara itu.

"Lily?" soal Ryan kembali. Melihat senyuman yang terbingkas di bibir gadis itu memang betullah itu Lily. Tak sangka mereka satu penerbangan lagi. Dengan baju syarikat penerbangan mereka dan skaf merah yang terikat di lehernya memang betullah mengatakan Lily adalah salah satu paramugari untuk penerbangan kali ini.

"Yeah. You tunggu siapa ni? " Lily mula melabuhkan punggung di sebelah Ryan.

"Fahmi. Dia pergi toilet," Ryan memberi ruang pada Lily untuk duduk disebelahnya.

"Ouh...I see,"

Keadaan menjadi jeda seketika. Kedua-dua mereka diam. Ryan masih lagi melihat skrin telefonnya.

"Hmm..by the way...how's Sofia? Dia dah ok?"

Terhenti perbuatan Ryan dari menaip sesuatu di skrin telefonnya. Wajah Lily kembali dipandangnya.

"In recovery process. Cuma tu lah...she's still never get any treatment for her leg,"

"Is it forever?"

"I pun tak berapa sure sangat Lily. Depends pada dia jugalah,"

"Macam mana you guys punya wedding? Still proceed?"

"Of course. We just postponed it," dengan yakin Ryan memberitahu. Bukan dia tak perasan perubahan wajah Lily.

Berita tentang Sofia tersebar meluas termasuklah pembatalan majlis perkahwinan mereka. Ada juga pihak yang bertanyakan bila akan meneruskan kembali tapi jawapan Ryan adalah dalam masa terdekat.

"You pasti ke nak teruskan? I mean..Sofia? She paralyzed Ryan. She can't do anything. You yang kena jaga dia nanti. Macam tak function je kalau you kahwin dengan dia?" Lily mula memprovok keputusan Ryan.

"Lily. Why? Kenapa dengan you ni? Sofia kacau you ke? Tak kan? Apa masalahnya kalau I kena jaga dia pun. Dia akan jadi isteri I. I tak suka you cakap macam tu. At least she still the best," bidas Ryan pedas. Hatinya menjadi sakit apabila Lily menuduh kekasihnya yang bukan-bukan. Keputusannya adalah muktamad. Sofia tetap akan menjadi isterinya.

Ryan terus berlalu meninggalkan Lily yang masih terpinga-pinga dimarahi. Gadis itu menjeling kelibat Ryan yang berlalu pergi. Rancangannya untuk meracuni fikiran Ryan tidak berjaya.

....

Sofia merenung air kolam renang yang berkocak tenang di hadapannya. Sudah seminggu sejak Ryan meninggalkannya tetapi Sofia masih di sini. Menanti kehadiran lelaki itu. Rindu? Entahlah. Dia tak sepatutnya merindui lelaki yang terang akan meninggalkannya lambat laut pun.

Nur yang berjalan mencari kelibat Sofia terhenti apabila akhirnya dia dapat melihat kelibat gadis itu di tepi kolam. Bibirnya menyungging senyuman. Dia tahu Sofia mencari Ryan tapi sedaya upaya gadis itu berselindung. Mana tak kantoi kalau soalannya terang-terang bertanyakan keberadaan Ryan.

S O F I A. ✔️Where stories live. Discover now