Bab 9♡Memori yang dikhianati

35 4 0
                                    

Pagi tu aku dah siap sediakan sarapan untuk Zain dan keluarga dia datang bertandang . Aku rajinkan diri aku untuk masak Nasi goreng cili padi dan goreng beberapa telur mata. Bukan itu sahaja aku juga sempat keluar pergi ke kedai sarapan untuk membeli beberapa biji kuih sebagai pencuci mulut nanti.

Mak ayah aku agak terkejut kenapa aku bersemangat sangat pagi tu. Aku lupa nak bagitahu diorang yang Zain akan datang ke rumah. Mereka baru tahu dan mak aku mula membebel sebab dia kata kenapa aku tak suruh dia tolong aku masak nasi goreng tadi?

Aku pun jawablah yang aku boleh buat seorang. Setakat goreng nasi lepastu goreng telur apahal sangat bagi aku. Lainlah kalau aku buat nasi lemak memang ya lah aku akan minta mak aku tolong sebab aku lemah sikit nak buat sambal nasi lemak. Untuk pengetahuan korang, mak aku dulu pernah join kelas memasak jadi bab-bab memasak semua ni aku serahkan dekat dia je. Mana yang aku tahu masak,aku cuba masak dan mana yang aku lemah, aku cuba belajar daripada dia. Memang sedap semua menu yang mak aku masak kat rumah. Jarang sekali kami sekeluarga makan di luar. Mak juga pandai jaga perut kami semua.

Selepas beberapa jam, dalam pukul 9:15 a.m. macamtu,maka aku mendengar ada seseorang memberi salam dari luar tingkap bilik aku. Aku melihat ke bawah bahawa orang itu adalah Zain.

Aku pelik mengapa dia seorang sahaja yang keluar sedangkan mak ayah dia pun ada. Jadi aku cuba berfikir positif mungkin mak ayah dia masih berada didalam kereta dan akan keluar sebentar lagi.

Aku segera turun ke bawah untuk buka pintu pagar bagi Zain masuk kedalam rumah. Dia memandang wajah aku dengan senyuman namun senyuman itu bukanlah senyuman manis yang biasa dia berikan pada aku selama ini.

"Assalamualaikum, Rara!"  sambil tersenyum.

"Waalaikummussalam,awak. Marilah masuk dalam. I dah buat sarapan dah untuk U and family U. Mana mama papa U? Tak nampak pun diorang."

"Ohh..takpe takpe.. I tak masuk pun. Tadi I baru je sarapan dengan mama papa kat depan hotel. Sedap juga makanan kat situ."

"Alaa..tapi U, I dah masak dah. Penat I masak. At least U jamah la sikit. Ajak parents you. Diorang kat hotel lagi ke atau ada dalam kereta?"

"Ada tu haa dalam kereta. Diorang dah kenyang baru lepas makan tu yang malas nak turun tu. Katanya kaki sakit. Biarlah diorang. Ni I ada hal sikit nak cakap kat U."   Zain bercakap sambil memandang ke arah kereta dia.

"Okaylah kalau macam tu. Apa dia tu yang you nak cakap kat I ? Macam penting sangat je U ni."

Aku bingung kenapa mood Zain pagi ni macam ke laut sikit. Aku ajak makan dia cakap yang dia dah makan. Aku ajak dia masuk dia cakap dia nak balik cepat. Aku tanya mak ayah dia mana, dia cakap ada dalam kereta kaki tengah sakit. Macam-macam alasan dia bagi kat aku. That's why dia tak dapat masuk dalam rumah aku. Aku rasa macam aku ada buat salah pula pada diorang satu family. Tapi,apa salahku?

Macam ni ke perubahan yang berlaku pada sebuah pasangan bila mereka mula mengikat tali pertunangan? Aku menjadi musykil sekali. Namun, aku cuba buat endah tak endah. Malas nak tanya banyak-banyak waktu mood orang tengah tak baik ni. Bukan tambah baik tapi tambah lagi merumitkan keadaan.

"Boleh tak, I nak you pulangkan cincin tunang U tu pada I buat sementara. Ha lagi satu dengan hadiah pemberian I pada U sempena anniversary kita haritu masa you datang JB. Kan I ada kasi u gelang kaki kan?"

"Apaaaaaaaa?????? U nak I pulangkan semua tu buat apa pula? Tu kan I punya. You yang kasi I haritu U dah lupa ke,Zain? Lagi satu cincin tunang ni kan tanda ikatan cinta kita sebelum kahwin. At least orang-orang kat luar sana tahu la yang U tu hak orang. Milik orang. Tak adanya diorang nak gatal-gatal dengan U lagi."

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now