Bab 13♡Cinta di atas kertas

29 3 0
                                    

Sementara itu Di Pejabat Zain....

"Eh, Lisa dah la tu Lisa. Actually,I ni dah tak tahan dah tau dengan perangai selfish you ni. You tahu tak I malu tadi bila si Rara mengamuk macam tu? You tak malu ke apa haa?haishhhhhh"

"Aikkk? So you dah berani la ye lawan apa I cakap? You dah lupa perusahaan antara papa you dengan papa I? Lupa ke? You nak I suruh papa I tarik balik semua modal pelaburan dia dengan business papa you ni?"

"Eh,you ni dah melampau la. You ingat I ni apa? Cukuplah Lisa, I dah tak sanggup lagi nak kena berlakon mesra-mesra dengan you dekat luar. I tak biasa tahu tak? I masih cintakan Rara."

"You kena ingat tau atas dasar apa you kena lakukan semua ni? Kalau you nak business papa you tu bankrap, you cubalah putuskan I. Ingat eh, semua keputusan ada kat tangan you. Its up to you. Dah, I nak blah!!! Semoga you dapat lah eh decided baik-baik."

"Lisa!!!Lisa!!! Tunggu dulu la Lisa!!!! I belum habis cakap lagi dengan you ni. Aaaaaaaaaaaaa!" (Zain menjerit kerana stress dengan ugutan si Lisa).

...........................

Lelaki berusia 21 tahun itu sememangnya tidak pernah tahu berfikir secara rasional. Zain terlalu takut dan risau dengan ugutan Lisa yang kejam itu. Dia sanggup jadi hamba Lisa semata-mata untuk menyelamatkan perusahaan papa dia.

Di kedai makan...

"Babe, kau memang confirm ke nak minta putus tunang dari Zain?"

"Yalah.. dah tu? Perangai macam jantan apa takkan aku nak teruskan juga hubungan ni. Aku bukannya tak ada hati perasaan. Dia curang masa bertunang, kalau berkahwin nanti? Kau rasa macam mana tak ke ramai perempuan dia curangkan aku. I cannot brain"

"Emmmm...ya tak ya juga eh? Tapikan babe aku tak rasa yang Zain orangnya macam tu tau. Sebab Zain yang aku kenal melalui penceritaan kau la.. dia seorang yang baik,sopan santun,peramah,setia and paling penting dia Alim. Mustahil la dia nak berjalan dengan perempuan yang pakaian dia entah hilang ke mana macam tak cukup kain tu?"

"Bukan kau je perasan benda tu,Na. Aku pun pelik jugak ni. Macamtu sekali perubahan dia. Ketara sangat tahu tak? Aishhhhh.. tak sanggup aku. Better aku putus. Nak buat apa aku simpan jantan macam tu?"

"Tak baik kau.. mungkin Zain ada sebab tersendiri kenapa dia buat macam tu?"  (Nana bercakap sambil memotong chicken chop nya itu) .

"Wah kau? Kau dah pandai backup si Zain pula ye? Habis kawan kau ni,nak campak mana?"

"Eh.. tak tak... Aku gurau je la janganlah marah. Dah la, sambung makan bercakap je nanti rezeki lari."

Nana memujuk kerana dia anggap aku merajuk bila dia berkata sedemikian walhal aku tidak tersentuh langsung dengan ucapan dia tadi. Aku sengaja je marah-marah nak tengok apa reaksi dia.  Biar dia rasa hahahahahaha...

Keesokan harinya.........

Zain cuti namun sayangnya sewaktu dia menelefon Rara, Rara sedang dalam perjalanan menuju ke terminal bas. Dia tidak sama sekali kisah dengan panggilan Zain kerana hatinya sudah luluh.

"Hello, Rara!"

"You nak apa call I? Mana gf baru you tu? Tak ada ke kat sebelah you? Yalah, nanti dia cakap yang I ni perampas hak dia, murahan la itu la ini la. Malas I nak layan orang gila macam gitu."

"No, boleh tak kita jumpa sekejap Rara? I ada benda nak kena jelaskan dengan you. You kena tahu fasal benda ni. Tolong la Rara I begged of you,Please...."

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now