Bab 14♡Dramatis Cinta

18 3 0
                                    

Begitulah yang terjadi di antara hubungan Zain dan Lisa. Zain seorang lelaki yang baik sehinggakan dia mudah memberi kasih serta simpatinya kepada wanita lain. Dia tidak tahu bahawa Lisa sudah banyak mendustainya. Zain telah tersepit dengan novel hidupnya sendiri. Terlalu banyak hati yang perlu dijaga.

Apabila aku sampai ke Melaka setelah beberapa jam melewati perjalanan, aku ingin memberitahu kepada mak ayah tentang situasi hubungan aku dan Zain. Mana tahu, mereka berdua dapat membantu aku selesaikan masalah ini. Kalau ikutkan fikiran aku, mahu saja aku putuskan pertunangan ini kerana aku telah lepaskan perkara tersebut pada Zain.

Bercakap soal Zain, aku teringat, kenapa dia enggan memutuskan aku? Mengapa dia terlalu terkejut bila aku cakap yang aku nak putus tenang dengan dia? Sepatutnya, dia perlu rasa happy dan bersyukur sebab aku tiada lagi di sisi dia. Dia tidak perlu berlakon berpura-pura baik di hadapan aku, family aku mahupun rakan-rakan aku. Dia juga tidak perlu bersusah payah nak jaga aku, belikan aku hadiah even layan perangai aku lagi. Aku memang pelik sedikit ketika ni. Aku rasa ada hal penting aku kena siasat.

Di ruang tamu rumah aku... Aku sedang menonton televisyen.

"Uiiiiii,Rara... tengok cerita apa tu?"   Ibu aku menegur aku yang sedang menonton televisyen tidak berkelip mata.

"Ya Allah,mak. Terkejut  Rara tau. Tak ada cerita best so Rara buka je lah cerita Korea ni. Best pun best takdelah bosan. Mak, sini kejap duduk sebelah Rara ada benda nak tanya mak."

"Apa tu macam menarik je kau nak cakap."

"Mak, ni pasal Zain la mak. Sekarang ni hubungan Rara dengan Zain tengah tegang. Kitaorang rasa macam hubungan ni tak sempat sampai ke jinjang pelamin la, mak."

"Ehhhhhh, kau jangan Rara. Mak awal-awal dah berangan nak tempah baju blink-blink ropol ropol kat kawan mak yang menjahit tu, jemput saudara mara kita ramai-ramai datang sini..Dan kau sekarang cakap dengan mak kau nak putus tunang pula ye? Banyak cantik muka kau."

"Mak, mak kena dengar apa yang Rara terangkan dulu. Mak tahu tak apa yang Zain dah buat pada kita selama ni? Pada Rara?"

"Dia buat apa pula Rara oiiiii....!"

"Zain curang mak belakang Rara. Masa Rara ke JB kelmarin Nana dengan Rara nampak Zain jalan pimpin tangan dengan perempuan lain. Perempuan tu sexy, bibir tebal, putih dari Rara tapi dia tak lawa pun. Rara lagi lawa mak. Rara memang sebenarnya dapat agak kenapa Zain minta Rara pulang cincin tunang haritu masa dia datang sini. Rupa-rupanya, dia kasi cincin tunang tu pada betina tak guna tu. Mak tolongla Rara mak."

"Apa kau cakap Rara? Zain minta kau pulangkan cincin tunang kau pada dia? Habis tu, apasal kau cakap dengan mak yang Zain nak belikan kau hadiah baru sebab tu dia minta kotak hadiah tu? Kau tipu mak la ni,Betul Rara? Sampai hati kau."

"Tak mak. Bukannya Rara nak tipu mak tapi Zain yang suruh Rara rahsiakan. Dia tak nak mak banyak tanya nanti. Lagipun, masa dia minta pulang tu dia punya mood memang kurang baik. Jadi, Rara tak nak lah tambah serabutkan kepala dia lagi. Maafkan Rara ya mak. Mak boleh tolong Rara? Rara dah minta putus dengan Zain."

"Mak tak ada cara lain nak tolong kau, nak. Satu je cara yang ada kita kena jumpa family Zain. Takkan la anak dia buat tahi dekat keluarga kita, kita nak kena diam kan je? Kau ada maruah tau Rara. Mustahil mak ayah Zain tak tahu perangai anak jantan dia macam mana."

"Mak, tak perlu la sampai nak ke JB lagi. Rara penat dah ulang alik. Maksud Rara, boleh tak mak tolong bagi pendapat sama ada Rara nak putus tunang ataupun Rara kena bagi dia peluang kedua. Tapi tula, Zain cakap dia sayang perempuan tu lebih dari dia sayang Rara. Dah 2 bulan dia dengan perempuan tu."

"2 bulan kau cakap Rara? Maknanya, masa dia bertunang dengan kau tu bulan lepas dia dah mula main kayu 3. Bulan ni dia terkantoi dengan kau. Apa nak jadilah budak Zain ni. Kita kena jumpa mak ayah dia,Rara. Mak tak kira!!!! Kau kena ikut mak. Esok kita bagitahu ayah kau."

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now