Bab 15♡Pertemuan kali kedua

23 1 0
                                    

Balik sahaja daripada kedai makan, aku menceritakan hal tadi kepada mak ayah aku yang sedang berborak di beranda luar rumah. Aku kelihatan begitu teruja dan gembira sekali bercerita di hadapan mereka.

"Mak..Ayah... Guess? Who has come back to Malacca?"

"Alahai anak ayah ni. Tak payah la nak speaking english bagai. Cakap jelah melayu."

"Hahahahaha okay okay.. mak ayah cuba teka tadi masa kat kedai, Rara jumpa siapa?"

"Jumpa siapa? Jumpa Zain?"

"Aishhhh..bukan dia la mak. Dia tu lantak la malas Rara nak fikir. Tadi Rara jumpa Zaireen,mak. Dia kirim salam kat mak dengan ayah. Katanya dia dah balik and kerja sini semula."




Cara Aku bercerita dengan mak ayah aku seolah olah aku ini bukan tunangan orang dan belum ada sesiapa yang punya. Aku berada dalam keadaan yang tidar sedar diri masa tu.

"Emmm..dah tu? Cinta berputik kembali ke Rara? Yang si Zain kau nak taruk kat mana? Dalam tong sampah bilik kau? Sedar sikit le kau tu tunang orang. Gaduh besar macam mana pun kau dengan budak Zain tu kau tetap tunang dia. Banyak duit habis dah buat majlis tunang kau berdua haritu tau."

"Aikkkk mak? Yang mak ni marah-marah Rara pula kenapa? Rara tak cakap pun Rara jatuh cinta balik kat Zaireen tu. Mak yang buat andaian sendiri."

Aku memang terlalu geram dengan pernyataan ibu aku. Dia suka-suka je buat andaian yang cinta berputik kembali antara Zaireen dengan aku then dia juga yang nak marah-marah. Mood aku masa tu okay je jadi tak baik terus. Nasib lah ayah aku jenis tak kisah aku jumpa Zaireen. Kalau dia pun jenis kecoh, haa mendapat la aku ceramah free.

"Dah la.. mak, ayah... Rara masuk dalam dulu. Makanan ni Ra letak atas meja nanti panggillah adik-adik turun makan." (MUKA MERAJUK ).

Aku pun masuk ke dalam dan meletakkan makanan yang aku beli di atas meja makan rumahku.

*Di Luar Rumah*

"Haihhh... awak ni Som, kan Rara tu cakap je dia jumpa Zaireen kat kedai. Yang awak marah sangat dia tu kenapa? Baguslah budak-budak tu dah berjumpa semula lagipun dah berapa tahun diorang terpisah." Ayahku menegur sikap tidak semenggah ibuku tadi kerana memarahiku.

"Saya bukannya marah dia pun,abang. Tapi saya geram bila tengok cara dia bercerita dengan kita tadi. Macam orang tak sedar diri yang dia tu dah bertunang. Nak-nak, dia dengan Zain sekarang tengah tak baik. Bukannya nak perbetulkan hubungan malah sibuk cakap pasal ex. Bengang la saya, bang."

"Yalah, kalau ya pun, ambillah side positive kat budak tu. Dia cuma bercerita. Dah la, layan awak ni saya pun boleh merajuk. Awak je yang nak menang. Saya masuk dalam dulu nak makan."

Ibuku cuma mendiamkan diri sambil mendengus manakala ayahku masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu bergaduh dengan ibu ku.

.....................................

Keesokan paginya,di tempat kerja Rara

Nana menelefon Rara sewaktu dia sedang menulis 'sale' di backroom Aeon Shopping Mall.

"Hello, Na? Kau ni kacau la aku tengah busy ni buat sale. Kau telefon nak apa pula?"

"Weyy, kau block contact si Zain ke? Kau tahu tak tiap-tiap malam dia call aku sebab dia nak cakap dengan kau? Dia bagitahu kau block contact dia so dia nak text kau, call kau even Whatsapp kau pun tak dapat."

"Ya..memang aku block dia. Eyyyy malas la aku biarlah lantak dia tu. Yang kau pun satu, pergi layan call and mesej dia buat apa? Kan aku dah cakap kat dia haritu aku nak putus. Dia tak faham ke macam mana."

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now