Bab 10♡Perempuan Pemusnah

36 4 0
                                    

Sejak daripada peristiwa itu, aku dan Zain lebih kurang sebulan setengah tak berjumpa. Dia tidak bertanya langsung soal khabar aku mahupun keluarga aku. Dia bahkan tidak memberi tahu aku bila dia akan turun Melaka melawatku.

Kami tidak menghantar mesej antara satu sama lain. Sewaktu itu, aku pernah jatuh sakit kerana terlalu rindukan dia. Aku sering demam, pening kepala sampai aku tak larat nak bangun pergi kerja. Tapi, Alhamdulillah boss aku faham.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan kenapa aku masih tidak sambung belajar walaupun usia aku kini sudah mencecah 19 tahun? Jawapan aku mudah saja. Aku bukan tidak mahu sambung belajar cuma aku masih ingin bekerja. Kumpul duit sendiri dan enjoy sana sini.

Berapa A result SPM aku haritu? Aku cuma peroleh 5A sahaja dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Aku target 6A sebenarnya, tapi rezeki itukan Allah yang tentukan? Aku terima dengan hati yang terbuka. Jika diberi peluang sambung belajar , aku mahu mengambil bidang berkaitan kimia. Cita-cita ku mahu menjadi ahli kimia.

Namun, ada masanya impian aku mahu menjadi seorang ahli forensik dan seorang guru Bahasa Inggeris.

Mari kita sambung. Sewaktu itu aku berteka-teki sama ada aku mahu datang berjumpa nya di JB ataupun tidak. Aku percaya lagipun masa tunang haritu dia dah balik sini. Apa kata, giliran aku pula ke sana. Kali ini, aku menelefon Nana kawan baik aku itu untuk menemani aku ke Johor Bahru. Nana dengan cepat sekali dia bersetuju.

Tut..Tut..Tut..Tut..Tut..Tut..Tut

"Hello,Nana!"

"Hello, kenapa call Rara?"

"Wey, Na kau nak tak ikut aku pergi JB minggu depan? Aku rasa macam malas pula nak pergi sorang-sorang. Tu yang aku ajak kau ni."

"Serius ke,Ra? Nak aku nak ikut sangat. Tapi minggu depan tu hari apa? Aku nak minta cuti siap-siap kat Bos aku. Lagipun kau pergi sana nanti nak jumpa Encik Tunang kau ke? Hahahahahah...."

"Entah lah... aku pun tak sure lagi nak pergi hari apa. Malam karang aku fikir aku bagitahu kau okay? Apa-apa aku roger kau jangan risau. Haah, aku datang JB jumpa tunang aku la siapa lagi. Hahahahahahah.."

"Ohh..dah tu? Tunang kau tahu ke tak ni? Karang dia tengah kerja kau datang JB, buang masa je."

"Alaaaaa..itu rahsia la. Aku saja nak buat suprise dekat dia. Aku datang tapi tak nak bagitahu dia dulu. Lagipun dia kerja pagi, malam dah balik. No hal kalau dia date dengan aku malam tu."

"Kau fikir tunang kau tu robot ke,Rara senget? Tak ada perasaan penat baru balik kerja."

"Kurangajar punya Nana lidi. U shut up eh? Just mind your own business. Dah lah, aku ada kerja sikit nak buat ni. Nanti aku call balik okay?bye hahahahah..."

"Yalah bye!"

Aku dan Nana mengakhiri perbualan telefon kami dek kerana aku sibuk mahu menyusun luggage di department aku bekerja.

Malam itu di rumahku....

"Haishhhh bosan betul malam ni. Adik-adik aku pula tak sudah-sudah duk main kat beranda luar tu. Entah dah siap ke belum la kerja sekolah dia orang."

Aku monolog sendirian dalam bilik.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Seperti biasa lagu Blackpink Kill This Love sebagai call ringtone telefonku.

Aku melihat siapa lah yang sedang menelefon aku di skrin telefon namun, hanya sekadar nombor yang tidak dikenali sahaja cuma tertera diatas skrin itu.

Aku mengangkat panggilan tersebut.

"Hello!"

"Ya, Hello siapa ni ya?"

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now