Bab 12♡Menagih kasih sayang

38 4 1
                                    

Segala yang dia nak semua aku turuti. Aku cuba menjadi seorang tunang yang baik dan patuh malah setia dengannya. Apa lagi yang dia nak dari aku?

Aku menghentak meja makan di situ kerana aku begitu kecewa dengan sikap Zain.

"Eh, kalau kau rasa kau jenis yang tak cukup sorang perempuan, kenapa kau nak bertunang sangat ha dengan aku? Kau saja kan nak sakitkan hati aku, Zain?"

Aku menolak dada Zain sehingga dia hampir terjatuh.

"U tak payahlah nak acah baik sangat pula dekat sini. Yang U datang sini tak bagi tahu I buat apa? Konon suprise sangat kan? Haa ni lah suprise yang you dapat daripada I.Now, Puas hati you dapat tahu siapa diri I yang sebenarnya."

"Kau memang si*l la Zain. Aku jarang maki orang la Zain tapi kau punya perangan menyundal dengan betina macam ni ingat aku tak jelous ke apa? Kau cakap dengan aku sekarang berapa lama dah kau dengan dia?"

Tiba-tiba perempuan murahan itu memberi respons. Dia membatukkan dirinya dengan sengaja sambil menjawab pertanyaan aku.

"Hmm...hmmm...hmmm... kitaorang dah 2 bulan. So, any question?"

"Apa Zain? Betul ke apa yang perempuan ni cakap Zain? Zain jawabla Zain aku tanya kau ni."

Aku menggoncang badan Zain kerana ingin tahu jawapan darinya.

"Yes, officially dia gf I. I dengan dia 2 bulan dah. Puas? Eh dahlah Rara better you balik lah. Semak tahu tak mata I tengok you jerit-jerit kat sini. Mana maruah you haa? Pergi balikla.."

"Sampai hati you,Zain. You dengar sini eh, I takkan lupa apa yang you dah buat dekat I selama ni tau. You jadikan I 'sparepart' you selama ni. You memang jahat Zain. I takkan maaf kan you dengan betina murahan ni."

Sekali lagi perempuan itu masuk campur menambahkan lagi kemarahan aku padanya.

"Oppsss sorry ya Miss Rara, you are not his wife yet. So, get away please? Aku tak semurah macam kau. Kau tu yang murah. Dah pergi sana ..shuh shuh shuh!"

Sebelum aku pergi dari situ, aku sempat mendengar Zain cakap sesuatu kepadaku.

"Maafkan aku Rara.. selama ni kau hanya menagih kasih sayang dari aku je."

Lantas dengan itu, Nana menarik tangan aku untuk beredar daripada situ selepas dihalau. Nana bengang tetapi dia mampu diam sahaja.

"Dahlah tu, Rara. Jomlah kita balik Hotel. Kita tak diperlukan disini."

"Kau ingat sampai bila-bila tu Zain. Aku takkan maafkan kau." Aku terus ditarik oleh Nana keluar dari restoran Papparich itu.

Air mata aku terus mengalir. Tidak dapat aku ungkapkan perasaan sedih ini.

Aku dan Nana pun beredar daripada situ.

*Di Bilik Hotel*

"Nah,air untuk kau Rara! (Nana sambil menghulurkan segelas cawan kecil berisi air Nescafe yang disediakan oleh Hotel) Sudah-sudah la tu kau fikir kan fasal benda tadi. Tak guna pun dia dah memang jenis kaki perempuan. Cheater always be a cheater, Ra! Lagipun, ramai lagi lelaki yang baik daripada si Zain tu cuma kau je kena pandai cari."

"Kau cakap senang la Nana. Tunang kau tu setia je dengan kau sampai sekarang. Kau pun jarang aku tengok bergaduh dengan dia. Tapi, aku? Aku ni baru je tunang tapi dah macam-macam masalah datang kat aku. Aku nak tahu la family background perempuan tu."

"Haihhh... ada je Ra kitaorang gaduh tapi takkan la kitaorang nak kena tunjuk? Kau just sabar je.. kalau betul Zain tu jodoh kau, dia akan datang cari kau. Kalau bukan dia jodoh kau, kau kena kuat terima benda ni semua. Biasalah tu, dugaan bertunang..kau sabar je InshaAllah Allah tu sentiasa ada tolong kau."

"Aku pening la, Nana. Aku nak rehat kejap. Kalau kau ada nak keluar, keluar jelah. Tapi, inform aku dulu ya? "

 Tapi, inform aku dulu ya? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak ada kot. Malas aku nak keluar. Better aku jaga kau nanti apa-apa berlaku aku pula yang susah. Kau tidur je dulu ok? Aku ada je kat sini main telefon.

"Ok, thanks tau."

Itulah Nana. Sahabat baik dunia akhirat aku. Selalu ada di kala aku susah dan senang. Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku kalau dia tiada sekarang ni. Aku pun tidur untuk merehatkan minda aku yang berserabut .

...............................
Beberapa jam kemudian, akupun bangun daripada tidur kerana berasa lapar. Jadi aku mengambil biskut yang aku beli sebelum ke JB di Melaka Sentral haritu untuk makan sebagai alas perut.

Semasa aku sedang makan, Nana tiba-tiba tersedar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semasa aku sedang makan, Nana tiba-tiba tersedar. Dia bertanya kalau-kalau aku sedang lapar. Dia mahu belanja aku makan malam ni. Aku tidak menolak kerana bagi aku, aku boleh jimat duit sedikit bila dia belanja aku.

"Eh, kau dah bangun? Sekejap je kau tidur? Kau lapar eh? Jom lah kita turun makan. Lagipun bawah ni ada kedai makan kan? Sederet aku tengok kedai makan. Kalau kau lapar jomlah aku belanja. Aku ikhlas! Jom."

"Tak payah la, Na. Menyusahkan kau je la. Aku ada duit lah."

"Tak apa. Aku belanja ikhlas ni. Kau macam tak biasa pula."

"Okay la okay. Thanks tau nanti lain masa aku belanja kau pula."

Kitaorang pun siap-siap pakai tudung, sweater dan apa yang patut. Malas la nak pakai cantik-cantik bukannya ada yang tergoda pun kan? Paling pun semua tu buaya.

Bersambung..

Nantikan kisah seterusnya di Bab ke-13. Terima kasih ya para pembaca sebab baca cerita aku ni. Maaflah kalau tak menarik. Setidaknya korang baca dan folloe kisah percintaan aku yang penuh liku ni. Votes ok?

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now