Bab 1♡Ditahan Ward

165 3 0
                                    

Ting Ting..Ting Ting..

Ya, bunyi itu datang daripada notifikasi telefon Samsung ku. Disaat itu aku sedang membaca satu blog soal kecantikan di sebuah ward salah satu Hospital yang merawat aku selama dua hari.

Sebelum terlupa, nama aku Rara. Aku ditahan kerana aku disyaki demam denggi. Aku tidak pasti mengapa doktor mengatakan sedemikian namun apa yang aku tahu, aku perlu ditahan ward dan itu adalah petanda buruk. Aku memang tidak suka duduk Hospital inikan ditahan ward. Kalau memang aku bekerja disitu,lainlah.

Aku terima. Aku terima dengan keputusan itu. Aku tidak membantah walaupun sekali. Kerana mak ayah aku pasti akan marah. Pasti mereka akan kata aku anak yang nakal. Sudah sakit, tidak mahu dirawat pula malah membantah. Jadi, ibu dan ayah aku pulang sementara ke rumah untuk mengambil apa-apa yang patut untuk aku selama tinggal di Hospital.

Apa yang buat aku suka duduk ward ni, sebab makanan dia je. Tapi satu hal paling aku benci, bila jururawat di sini sering menganggu tidur malam aku. Di saat aku sedang lena, mereka pasti akan mengejut tubuh badan ku yang kecil ini. Aku berasa terkejut dan tidak selesa untuk memejamkan mataku semula. Jururawat di situ sangatlah ramah, berbudi bahasa dan prihatin dengan keadaan para pesakit disitu. Mengapa? Mungkin kerana hospital yang aku duduk ini merupakan hospital swasta. Hospital yang berbayar melalui insurans yang ayah aku hidupkan buat diriku.

Selepas beberapa minit menyelesaikan tugasan sebagai jururawat, dia pun beransur pergi. 'Injection' yang diberi tadi menjadikan tangan aku nyeri dan sedikit kebas. Aku hanya mampu menahan saja. Ingin jerit? urghhh.. lebih baik aku diam. Hanya memalukan nama aku sahaja disitu.

Oh ya, dalam satu bilik ward tu ada 2 katil. Kebetulan pula, aku masuk ward, jiran sebelah katil aku ini pula sudah mahu keluar. Takut? Tidak sebenarnya.. kebetulan meja kerja jururawat itu semua sederet dengan bilik ward yang aku ditempatkan. Jadi, aku tidak berasa risau sama sekali.

Kita teruskan. Selesai sahaja semua benda, aku pun mencapai telefon bimbitku yang berada di sebelah almari kecil katilku. Aku sudah tidak bisa tidur. Aku mengambil keputusan untuk mencari ilmu pengetahuan melalui Cik Google. Santai..Santai..Santai.. aku pun terbaca satu blog tentang kecantikan. Aku tertarik dengan tajuk tersebut. Aku buka lalu membacanya dengan khusyuk sekali tanpa aku sedar tiba-tiba bunyi notifikasi di telefon aku telahpun masuk. Aku leretnya ke bawah dan aku terkejut. Satu nombor telefon orang asing yang aku tidak kenali telah menghantar pesanan Whatsapp kepada nombor aku. Aku jadi pelik dan takut.

Sebelum aku dimasukkan ke ward, aku mengaku bahawa aku telah membalas satu content seorang temanku di dalam Twitter yang berbunyi begini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebelum aku dimasukkan ke ward, aku mengaku bahawa aku telah membalas satu content seorang temanku di dalam Twitter yang berbunyi begini. "Hai korang, kalau korang okay apa kata korang drop numbr phone korang kat komen ni.Nanti aku save okay?Thank u!" . Ya, berbunyi lebih kurang begitu.

Aku terbaca. Aku bukanlah seorang yang sombong lalu hatiku tergerak untuk menolak tanganku dan menyentuh skrin telefon ini bagi membalas content teman ku itu. Aku dengan naif nya meletakkan nombor telefon ku disitu seperti orang lain. Aku kira, wajah ku yang tidak seberapa ini di Twitter tidak akan mampu menarik ramai orang untuk menyimpan nomborku. Sebaliknya, ramai yang menghantar pesanan Whatsapp kepada ku untuk menyimpan nombor mereka kedalam kenalan ku. Aku redha dan terima. Aku begitu lelah. Aku takut bukan sahaja terkejut. Tapi, aku cuba santai melawan keadaan.

Tibalah malam itu kira-kira jam 2:30 a.m keadaan hospital menjadi sunyi sedikit. Aku kan sedang menbaca blog kecantikan tiba-tiba bunyi Ting..Ting..Ting..Ting... Ya itulah bunyinya. Bunyi yang datang daripada notifikasi Whatsapp dalam telefon ku. Aku meleret nya ke bawah.
Seorang lelaki yang mengaku mendapat nombor telefon ku menerusi ulang kicau (retweet) aku di Twitter. Dia berani mengenaliku lebih dalam.Dengan lebih lanjut. Dia sangat tidak kisah dengan siapa dia bermesej walaupun baru sahaja kenal.

Aku menjadi semakin pelik. Aku tidak tahu siapa dia.Apakah dia ikhlas mengenali aku ataupun sebaliknya? Nantikan kisah selanjutnya pada BAB YANG KE-2.

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now